🌻𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

4.6K 148 5
                                    

Mohon follow second acc sis Opi_Ayid
Beautiful cover by _bttrswtsz_

"KHAI tu Pak Serban panggil kau tu." tegur Qama sambil menolak perlahan bahu sahabatnya sehingga membuatkan sahabatnya itu agak terkejut.

"Ha ?!"

"Hish, kau ni. Tu Pak Serban panggil kau !" ulang Qama lagi dengan nada suara yang agak kuat.

"Apa lagi mamat sotong tu nak ?! Kacau hidup aku je lah !" rungut Khairun Batrisya geram sambil melangkah ke arah meja seorang lelaki yang bergelar 'Pak Serban' itu.

Pap !

Meja ditepuk kuat sehingga membuatkan lelaki itu agak terkejut. Cermin mata yang dipakainya dibetulkan semula. Khairun Batrisya menjengkelkan matanya.

"Hoi, kau nak apa hah ?! Kacau aku je lah !" herdik Khairun Batrisya lantang.

Namun hanya sia-sia apabila Pak Serban tidak mendengarnya. Wajah Khairun Batrisya mula menyinga.

Pap !

"Kau berangan apa ?! Aku tengah cakap dengan kau ni !" benggang Khairun Batrisya. Dia bercekak pinggang.

"Ha ? Kau cakap apa tadi ? Boleh ulang balik tak ?" pinta Pak Serban yang agak keliru itu.

Khairun Batrisya merengus geram.

"Aku tanya kau, kenapa kau panggil aku ni ? Ada hal penting ke ?" suara Khairun Batrisya mula perlahan seperti biasa.

"Oh, aku panggil kau sebab nak bagi surat ni dekat kau. Baca dekat rumah tau ! Jangan bagi sesiapa baca. Malulah aku nanti." pinta Pak Serban sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Khairun Batrisya.

Dengan malas gadis itu membuka lipatan surat tersebut dihadapan lelaki tersebut. Baca dekat rumah ? Memang tak lah !

Assalamualaikum...Aku nak minta maaf sebab selalu buat kau marah. Aku buat macam tu sebab aku dah lama suka dekat kau. Harap kau sudi terima aku !

Yang benar,
Orang yang dah lama mencintaimu

Tak semena-mena, kertas tersebut dibaling kasar ke arah wajah Pak Serban tanpa belas kasihan. Lelaki itu tersentak.

"Surat sampah apa yang kau bagi dekat aku ni ? Kau ingat aku akan terima kau ke ? Dahlah perangai sotong ! Jangan harap aku nak terima kau !"

Pak Serban terkedu selepas mendengar kata-kata pedas yang keluar dari mulut gadis yang dah lama disukainya.

"Tapi aku ikhlas, Khai...." ujarnya agak perlahan.

"Kau fikir aku kisah dengan ikhlas kau tu ?! Sorry, aku tak minat dengan lelaki sotong macam kau ni !"

Selepas berkata sedemikan, dia terus berlalu semula ke meja belajarnya. Wajah cerianya terus hilang. Manakala, Pak Serban mengeluh kecewa.

Kertas yang dibaling tadi, dipandang lama. Songkok hitam yang dipakainya dibetulkan perlahan. Perasaan sedih mula menguasai diri.

Sabar... Sabar

Kau kena sabar dengan semua ni. Kalau ada jodoh antara kau dengan dia, ada lah. Kalau tak ada, kau kena redha. Allah tu Maha Adil,dia mula memujuk dirinya. Senyuman kembali terukir di bibirnya.

BOOK 2: JODOH UNTUK PAK SERBAN  Where stories live. Discover now