PROLOG

1.7K 58 14
                                    

Ps# Buku sambungan daripada SURI HATI SI NERD. Kalau nak lebih faham baca buku yang pertama.

KERTAS putih itu ditenung dengan sayu, rasa sukar untuk dia nak bernafas sekarang. Dia merasakan ruang biliknya ini menjadi sempit sehingga nafasnya terasa sesak untuk keluar dari rongga hidungnya. Adakah ini kesudahan kisah hidupnya? Menjadi janda di usia muda. Satu gelaran yang paling tidak disukai oleh mana-mana perempuan yang bergelar isteri. Cerita cinta agung yang mereka bina runtuh dilanda badai dan kecundang di tengah jalan akibat sejarah silam yang tersingkap tanpa amaran. Sejarah silam yang pahit untuk dia ditelan lagi-lagi bagi seorang perempuan yang bernama isteri. Ditambah dengan kisah yang terbaru dia terima bulan lepas. Satu persatu kisah malang menimpa dirinya tanpa dia sedia.

Agungkah cinta si suami kepada sang isteri? Adakah selama ini semua kata-kata yang keluar dari mulutnya hanyalah satu gula-gula manis yang diberikan kepada anak kecil untuk membuatkan anak kecil itu gembira? Kepala digeleng perlahan tanda tidak percaya. Empat tahun hidup bersama, akhirnya sehelai kertas putih ini menjadi titik noktah hubungan mereka.

Kertas yang sudah siap ditandatangani di ruang namanya disimpan rapi ke dalam sampul bersaiz A4 berwarna coklat. Kertas itu akan sempurna jika si penerima menurunkan tandatangani sekaligus menamatkan cerita cinta agung ini.

Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunannya. Matanya spontan memandang ke arah pintu yang terbuka sedikit itu.

"Kay... Mama masuk ya," pinta Datin Imani.

Datin Imani melabuhkan punggungnya bersebelahan Kayla. Dia merapati Kayla. Melihat muka sugul Kayla, bahu anaknya itu dipaut lalu tubuh kecil itu didakap dengan erat. Seraya itu terdengar suara esakan halus di sebalik rambut panjang Datin Imani. Datin Imani turut mengalirkan air mata melihat satu-satu anak perempuannya menangis di dalam pelukannya.

"Sabar, sayang..." pujuk Datin Imani.

"Mama... kenapa ini semua jadi kepada Kay?" soal Kayla.

"Ini ujian dari Allah untuk umatnya yang terpilih, sayang. Dia tahu Kay kuat dan boleh menghadapi ujian ini."

"Tapi... Kay tak kuat mama." Suara esakan semakin kuat.

"Sayang... mama yakin Kay mampu menghadapi ujian ini," pujuk Datin Imani.

Selepas suara esakan Kayla reda, Kayla menyeka sisa air matanya. Datin Imani setia menemani anaknya daripada tadi. Dia takut anaknya akan membuat perkara yang tidak diingini. Bila fikiran berkecamuk dan hati dilanda kesedihan yang dalam maka akan ada benda yang lain iaitu syaitan menghasut supaya kita membuat perkara yang dilaknat oleh Allah.

"Kay betul-betul yakin dengan keputusan Kay ni, tak menyesal jika Kay teruskan?" soal Datin Imani sambil mengusap pipi anaknya itu.

"Kay tak tahu mama, tapi ini sahaja jalan yang Kay nampak untuk menyelesaikan masalah ini."

"Mama ikut sahaja keputusan Kay, tapi mama nak Kay fikir semasak-masaknya keputusan Kay ini sebab mama tak nak Kay yang akan lebih merana apabila semua ini selesai."

"Hati Kay dah hancur bila Kay mendengar pengakuan daripada dia dulu, ma. Tak ada apa yang boleh diselamatkan lagi hubungan ni."

Bum!

Tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar. Wajah Aidin terpampang di hadapannya. Tergamam Kayla, bagaimana Aidin boleh berada di sini? Bukan sepatutnya dia di masjid bersama Maira.

"Sayang..." panggil Aidin lemah. Matanya yang sembam memandang sayu ke arah Kayla.

Datin Imani yang melihat wajah anak menantunya yang siap berpakaian melayu putih itu bangun lalu menapak keluar. Dia mahu memberi ruang kepada Kayla dan Aidin berbincang dari hati ke hati kerana selama ini Kayla lebih banyak mengelak untuk berjumpa dengan Aidin.

"Mama keluar dulu, kamu berdua berbincanglah baik-baik," pesan Datin Imani. Sebelum Datin Imani keluar, bahu menantunya itu dipegang seraya satu senyuman tipis diberi kepada Aidin.

"Terima kasih, mama." Aidin membalas dengan senyuman hambar.

Selepas Datin Imani pergi, Aidin menutup pintu bilik. Kayla terus bangun lalu menyerahkan sampul surat coklat kepada Aidin. Aidin terpinga-pinga saat dia melihat sampul tersebut.

"Cepat tandatangan borang ni, lepas ni awak dan saya tak ada hubungan apa-apa lagi." Sudah hilang panggilan manja selepas dia mengetahui kes Aidin dan Maira.

"Sayang... abang tak akan buat apa yang sayang nak. Abang akan tetap nak sayang jadi suri hati abang selamanya."

"Suri hati awak bukan saya tapi... Maira." Perit Kayla mahu menyebut nama perempuan yang bakal menjadi isteri Aidin. Pahit untuk ditelan tetapi itulah kenyataan yang akan perlu dia hadapi pada masa sekarang.

"Tak... Maira hanyalah kisah silam abang. Kasih dan sayang abang hanyalah untuk sayang. Abang tak sanggup kehilangan sayang. Jangan minta apa yang abang tak mampu tunaikan, sayang," rayu Aidin seraya lutut kakinya menyembah ke lantai, tangan Kayla dirai dengan penuh lembut.

Kayla terkejut dengan tindakan Aidin. Dia  berusaha melepaskan tangan yang digengam erat oleh Aidin. Dia tidak mahu termakan pujuk rayu Aidin lagi. Cukuplah, hatinya sudah tawar untuk meneruskan ikatan suci ini. Tapi, betulkah sudah tawar. Mulut dan kata hati tidak memberi jawapan yang sama. Hatinya berbelah bahagi tetapi hatinya tidak mampu untuk berkongsi kasih dan sayang dengan perempuan lain. Perempuan mana yang rela hati untuk bermadu.

"Awak pergilah kepada Maira, dia lebih berhak daripada saya. Saya ini akan menjadi kisah yang perlu awak lupakan," kata Kayla sambil memejam matanya. Air mata yang bertakung dari tadi akhirnya gugur juga. Dia tewas. Tewas dalam pertarungan ini.

"Abang tak akan berkahwin dengan Maira. Abang tak jadi kahwin dengan dia. Dia sekarang yang benarkan abang batalkan perkahwinan ini. Sebab itu abang datang ke sini."

"Senangnya awak lepas tangan lepas apa yang awak buat kepada dia. Kami ni perempuan. Tak akan senang dia nak lepaskan awak. Awak yang cakap awak akan bertanggungjawab dekat dia. Sekarang awak nak mengelak pula?" sinis Kayla berbicara.

"Abang... abang..." Aidin tidak tahu nak berkata apa lagi.

21.07.2019

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now