BAB 6

3.7K 133 0
                                    

Tenang rasa hati melihat pemandangan di hadapan mata. Angin yang bertiup menambahkan kesegaran yang sudah sekian lama Amanda tidak rasakan. Tasik yang dia lihat di hadapan mata sangat jernih airnya sehingga dapat melihat ikan yang berenang di dasar. Kaki yang sengaja direndam ke dalam air dibiarkan sahaja. Tidak sangka di Genovia ada banyak pemandangan yang cantik. Dia jadi jakun dengan semua keindahan yang ada di depan mata. Ini mungkin destinasi percutian yang terakhir sebelum mereka berdua mula berkhidmat.

"Kau suka tempat ni?" Entah dari mana datangnya suara Rasha membuatkan Amanda kembali dalam dunia nyata. Dia angkat kepala melihat susuk tubuh Rasha.

"Suka sangat. Aku tak pernah datang tempat tempat macam ni." Amanda membalas. Dia tersengih tanda gembira.

Rasha hanya menggeleng.

"Ei... Jakunnya kau. Kau tinggal kat mana eh sebelum ni sampai tak tahu apa apa? Dah macam keluar dari gua aku tengok." Rasha menghulurkan air kotak kepada Amanda sambil sambil itu, sempat la dia membebel sedikit.

Dia pun naik hairan, Amanda ni dah macam orang kuno. Satu apa pun tak tahu. Ikan siakap kat pasar pun dia kata ikan nemo. Apalah budak ni!

"Jahat kau kan. Aku kan dah cakap aku ni tak familiar kat sini." Amanda mempertahankan diri daripada dijadikan bahan tawa Rasha.

Kemudian mereka berdua ketawa.

"Eh kau tengok ni! Tengku Harith la. Aku kan, crush gila kat dia. Aku pernah tengok live depan mata. Handsome bapak ah." Ceria wajah Rasha. Dia memuji gambar di telefon bimbit sambil menghulurkan pada Amanda.

Amanda melihat sekilas sahaja. Tak berminat nak tengok lama lama. Ingat dia kesah ke.

"Lepas tengok gambar ni, kau pun berangan la nak kahwin anak raja. Hidup senang lenang. Tak payah buat apa apa, kan?" Tembak Amanda. Namun, bukan saja saja tembak tau. Tembakkan Amanda tepat pada sasaran. Tersengih sengih Rasha dibuatnya. Dasar perempuan materialistik!

"Kau ingat sesenang je nak kahwin kerabat. Nak ikut peraturan istana, nak berhenti daripada buat benda yang kau suka, nak ada teman bila keluar beli bra pun. Tapi kalau kau dah siap sedia nak share laki kau dengan rakyat jelata. Boleh la, kau ada la peluang tu." Serius Amanda berbicara. Dia memberi bayangan perkara yang sebenar kepada Rasha.

"Serius la nak pergi beli bra pun ada orang ikut? Awkward la wei! Tak sanggup pulak rasa." Rasha membuat muka geli. Baru kau tahu rasanya jadi orang ternama ni!

Amanda hanya ketawa melihat aksi Rasha yang seperti ada ulat bulu di dalam baju.

💎💎💎

"Doktor Tengku Afzan... Free to lunch with me?" Tengku Afzan yang sedang membelek fail report pesakit mengangkat sedikit wajahnya. Dia sekadar memberi senyuman yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat.

Lelaki itu sudah duduk di kerusi hadapan mejanya tanpa disuruh. Lepas pulak masuk dalam bilik ni. Dah la kat luar tu ada dua orang 'men in black' yang duk berdiri kat pintu dari dia masuk kerja sampai la  habis kerja. Kadang, Tengku Afzan naik rimas melihat.

"Free je Tengku. Tak cakap pun nak datang." Tengku Afzan bermesra. Nasihat mummynya sebaik mungkin disematkan di dalam hati supaya tidak terlupa siapa dirinya yang sekarang.

"Saja nak buat surprise kat future wife I. Lagipun dah dua hari I kat Persivia. Tengku Sulaiman pesan suruh datang tempat dia malam ni. Jadi, I sekali la nak ajak you lunch." Tengku Harith menerangkan tujuan dia ke sini.

"Ok. Lunch hour." Tengku Afzan menanggalkan kot putih paras lutut lalu disangkutkan ke penyandar kerusi. Beg tangan di bawah meja dicapai. Dia beriringan keluar dari bilik dengan tunangnya Tengku Harith.

Inilah salah satu cara dia nak pelan pelan menerima dan mengenali lelaki yang bergelar tunang, yang akan menjadi suami kelak. Nasib baik Tengku Harith bukan jenis sombong dan berlagak. Kalau tidak, merana la sampai ke tua.

Lama mereka berdua bersembang sehingga Tengku Afzan berubah riak wajah. Dia baru teringatkan soal itu. Nak tanya ke tak? Tengku Afzan masih teragak. Wajah Tampan bakal suami yang sedang menyuapkan spaghetti ke dalam mulut dipandang lama.

"Actually, I ada benda nak tanya you sikit." Takut takut Tengku Afzan menyusun kata. Nasib baik percakapan Tengku Afzan semulajadi lembut. Kalau dia macam Amanda, penat jugak nak kawal ni.

Tengku Harith menghentikan mulut daripada mengunyah. Dia memandang Tengku Afzan. Kening dijongketkan.

"Sure. Tanya lah."

Tengku Afzan tarik nafas.

"Katalah kita dah kahwin nanti, you kasi I terus kerja or...? Ya, you kasi I still kerja or you nak I ikut you balik Wetland, dan berhenti kerja?" Huh! Keluar juga persoalan yang sudah lama menyerabutkan kepala Tengku Afzan. Sekarang, jawapan daripada persoalan itu lagi mendebarkan.

Tengku Harith menggulum senyuman tipis.

"Ya you still jadi doktor. Tapi,you akan jadi doktor peribadi I je. Ok look. I bukan tak kasi you kerja. Tapi, you tahukan. I akan sibuk fly sana fly sini. Lawatan sana, lawatan sini. Banyak kerja yang I akan handle bila I ambik alih Wetland nanti. At the same time, I will bring you along. So, I minta maaf siap siap. You tak akan teruskan dengan kerjaya you kat Wetland." Tengku Harith menghabiskan kata kata. Wajah Tengku Afzan yang sudah berubah dipandang. Ada rasa kasihan, namun nak buat macam mana.

"I minta maaf. I tahu lima tahun you struggle belajar semata nak jadi macam sekarang. Jadi doktor. Tapi... Please korbankan. You akan jadi permaisuri di Wetland nanti." Sambung Tengku Harith. Walaupun rasa sedikit bersalah, dia perlu. Mana ada permaisuri kerajaan bekerja. Tak pernah dibuat orang.

Tengku Afzan hilng kata kata. Panas sahaja terasa di mata. Tapi tetap dia tahan. Sudah agak begini jawapannya.

"Ok I faham." Hanya itu yang keluar dari mulut Tengku Afzan. Perasaan kecewa sudah tidak dapat dicerita. Rasa macam di tanam dalam tanah hidup hidup. Rasa diri tidak berguna. Namun, dia masih memikirkan perasaan keluarganya.

Senyuman kelat dihadiahkan pada Tengku Harith yang memandang wajahnya sayu.

💎💎💎

"Sabar la, tiga bulan lagi nak habis. Lepastu kita lepak puas puas. Kau bila nak datang Newland? Ye la tu. Sihat je. Ha ah. Cuti hari ni. Ingat nak tidur je kat hostel. Keluar pergi mana sejuk sejuk ni. Nanti kirim salam umi dengan babah. Ok. Bye." Telefon dilempar ke katil dua tingkat bahagian bawah.

Tengku Mukhriz memperkemas kain yang dilengkarkan di tengkuk. Sejuk seperti itu sudah biasa. Sudah tiga tahun dia di Newland. Sekarang sudah ke penghujungnya. Selepas ini, dia akan pulang ke Genovia untuk mengambil alih segala tugas Tengku Yusuf. Selalunya, sebelum ditabal menjadi raja, putera mahkota haruslah berkahwin terlebih dahulu.

Mukhriz tidak mahu mengambil tahu soal itu. Biarlah umi dengan babah yang uruskan semuanya. Lagipun, tiada sesiapa yang menghuni hatinya. Kat sekolah tentera ini semuanya lelaki. Dia masih waras jika dikaitlan ke arah itu.

Mukhriz menarik kerusi meja belajar. Frame gambar ahli keluarga yang sudah lama dia rindu ditatap lama. Tiga bulan ja lagi masa yang tinggal di Newland sebelum dia pulang ke Genovia menggalas tugas yang lagi berat.

TBC

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now