Mukhriz memberhentikan kereta yang dipandu sejak dari pagi di hadapan sebuah hotel. Mungkin malam ini dia dan Amanda akan bermalam di hotel memandangkan hari sudah mula gelap. Mukhriz meregangkan otot. Lama memandu boleh naik bersimpul urat. Kepala digerak ke kiri dan kanan.
Wajah Amanda yang masih nyenyak tidur dari tadi dipandang. Senyuman terukir. Mukhriz menyelak rambut Amanda yang terjuntai ke dahi lalu diselitkan ke belakang telinga. Tak sampai hati pulak nak kejut. Tengok macam penat sangat. Walaupun hakikatnya, sepanjang jalan Amanda hanya tidur sahaja.
Tulah definisi perempuan di dalam kereta sebenarnya. Kalau jalan jammed, yang penat pun diorang la jugak. Yang jadi pemandu tak da perasaan gamaknya!
Melihat tubuh itu masih tidur dengan tenang, Mukhriz rasa bersalah. Dia perlu juga kejutkan Amanda. Lagipun, takkan nak suruh Amanda tidur kat kereta sedangkan dia sedap tidur atas katil hotel.
"Awak? Bangun. Dah sampai ni. Awak.. Awak?" Mukhriz mencuit bahu Amanda. Nak pegang lebih lebih nanti bahaya. Anak orang tu. Bukan anak patung!
Terpisat pisat Amanda bangun menggosok mata. Keadaan yang agak gelap membuatkan dia mencelik mata dengan luas. Mukhriz di sisi dilihat. Amanda masih mamai.
"Dah sampai mana?" Tanya Amanda dalam keadaan yang masih mamai. Mata pun tak habis dibuka.
Mukhriz senyum. Comel pulak budak ni. Geram tengok mata kecik dia. Hai la Mukhriz, tak kan dah suka kat bodyguard sendiri? Tak boleh jadi.
"Dah sampai Persivia la. Malam ni check in la dulu kat sini. Esok kita cari tempat lain pulak. Awak ok tak ni? Cuba celik luas sikit. Ha... Tak pe la. Awak tunggu sini kejap, saya masuk dalam uruskan bilik. Settle nanti, saya datang balik. Awak tu jangan sambung tidur pulak."Tanpa menunggu lama, Mukhriz keluar dari kereta menuju ke lobi hotel. Amanda ditinggalkan terkapai kapai dengan mamai yang masih tidak hilang dari tadi.
Amanda cuba menghilangkan rasa mengantuk. Pipi berkali kali ditepuk. Air mineral dicapai laju sebelum dia minum. Baru segar sikit mata. Amanda menunggu dalam kereta hingga kelibat Mukhriz kelihatan berjalan menuju arah kereta yang mereka naiki.
Tok!
Tok!
Mukhriz ketuk tingkap. Isyarat supaya menurunkan tingkap dibuat supaya dia dapat berhubung dengan Amanda.
"Jom masuk, saya dah uruskan bilik. Nah kunci awak. Saya nak ambik barang dulu." Mukhriz menghulur kunci dan kad akses kepada Amanda.
Dia hanya menyambut. Beg sandang di seat belakang dicapai sebelum dia keluar dari kereta menuju ke dalam hotel.
💎💎💎
Usai membersihkan diri, Amanda merebahkan badan. Rasa empuk sangat katil yang dia tidur. Bathrobe yang tersarung di badan dibiarkan tidak terikat. Suhu penyaman udara yang tinggi membuatkan Amanda rasa segar.
Seketika kemudian, Amanda bangun. Tali bathrobe diikat kemas. Siapa pulak dah yang datang? Amanda berjalan ke arah pintu.
"Awak? Kenapa?" Pintu dibuka luas. Rupanya Mukhriz yang datang. Oleh kerana, bilik mereka sebelah menyebelah, Amanda tidak la risau sangat bila tinggal seorang. Lagipun ni Amanda la. Tak pernah takut dengan apa apa.
"Saya nak keluar cari makan. Awak nak ikut? Kirim ke?" Mukhriz menjongket kening. Tubuh Amanda yang sudah tersarung bathtobe dengan rambut yang basah sengaja tidak dilihat. Dia takut terpikat. Kalau dia suka Amanda sekalipun, Amanda sudah pasti tidak mahu kepadanya. Lagipun, Amanda sudah banyak kali cakap yang dia tidak suka bersuamikan kerabat seperti Mukhriz.

YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomanceKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...