Amanda turun dari kereta. Dia memandang sekeliling. Rasha pula tidak dibenarkan turun. Amanda menyuruh orang kanannya itu menunggu sahaja di dalam kereta. Kalau Rasha turut ikut bersama, takut ada yang perasan kewujudan permaisuri Genovia di taman rekreasi itu pula nanti. Ini bahaya untuk menyelesaikan misi.
Tanpa berlengah, Amanda berjalan masuk ke dalam taman rekreasi yang nampaknya masih lagi ramai dengan kehadiran manusia.
Taman ini tidak pernah sunyi, ada sahaja orang berjogging tidak kira siang atau malam.
Amanda menurunkan sedikit bahagian hadapan topi ke wajah bagi menyorokkan sedikit rupa. Dia bimbang, takut ada yang perasan kehadiran dirinya di sini. Sweater hitam yang tersarung di badan dibiarkan tidak dizip. Terdedah baju tshirt putih di dalam.
Kaki melangkah ke arah sebuah kerusi batu panjang yang dikhaskan untuk duduk lebih dari seorang. Pokok besar di sebelah kerusi itu dikerling sekilas.
Ya! Inilah tempatnya.
Amanda menghampiri kerusi itu. Dia melabuhkan duduk. Pandangan dibuang ke dalam tasik. Cahaya bulan yang menerangi air di tasik nampak cantik sekali. Tenang melihat keindahan alam.
Lebih kurang lima minit melayan perasaan sendiri, sebatang tubuh datang dari arah belakang. Tubuh tersebut turut duduk di sebelah.
Topi di atas kepala dinaikkan sedikit bagi tujuan melihat orang di sebelah.
Amanda memasukkan tangan ke dalam poket seluar untuk mencapai sesuatu yang dia simpan. Pendrive berukiran bunga ros merah yang berada ditangan diletakkan ke atas kerusi batu tersebut. Kemudian, Amanda menolak pendrive tersebut dengan hujung jari runcing miliknya dekat ke arah orang yang duduk bersebelahan.
Mata masih memandang pemandangan tasik di depan. Tidak langsung melihat ke arah figura disebelah.
"All you need is on that pendrive."
Amanda mula bersuara setelah keadaan sunyi dan sepi. Namun, suara yang keluar hanya cukup untuk didengari mereka berdua. Tangan naik memeluk tubuh.
"How your day?" Pertanyaan yang keluar dari mulut orang sebelah membuatkan dia senyum sedikit.
"Good. Well, maybe bertambah baik bila ada abang." Amanda masih tenang memandang depan. Keduanya nampak seperti tidak mengenali antara satu sama lain.
Mukhriz menguntum senyum. Tubuh isteri di sebelah diikutkan nak sahaja dipeluk. Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan.
Dia menghembus nafas.
"Sabar kejap je. Kita dah nak selesai."
Amanda angguk mengerti.
Mukhriz menilik jam ditangan.
"I've got to go now. Ingat pesan abang. Jaga diri." Mukhriz mengambil pendrive lalu dimasukkan ke dalam poket jaket kulit yang dia pakai.
Kemudian, dia bangun meninggalkan Amanda keseorangan di taman itu.
Amanda hembus nafas.
Nak jumpa suami sendiri pun dah macam penjenayah. Nak kena jumpa sorok sorok. Apalah nasib hidupku ini. Dia mejuihkan bibir. Sedih mengenang nasib diri.
"Dah?" Rasha menyoal sebaik Amanda menutup pintu kereta. Topi di kepala ditanggalkan lalu diletakkan ke atas dashboard kereta. Rambut yang sengaja dilepas tadi mula diikat tinggi.
"Dah... Kejap lagi singgah pharmacy. Nak beli barang perempuan sikit." Amanda bercakap sambil menarik seatbelt supaya melingkar di badan. Kemudian, dia mengambil telefon bimbit dari dashboard. Sengaja telefon bimbit disimpan di situ tadi.
"Yes boss." Segera Rasha memandu meninggalkan taman itu. Dia membelah kesunyian malam lalu membelokkan kereta masuk ke jalan utama bandaraya Genovia yang tidak pernah lenggang dengan kereta.
💎💎💎
"Tengku pergi mana? Puas saya cari?" Soalan Joe yang keluar dari dapur rumah selamat dengan mug di tangan membuatkan Mukhriz pusing memandang kearahnya.
Mukhriz dilihat sedang duduk termenung di sofa sambil menonton siaran langsung WWE di televisyen. Namun, percayalah, fokus Mukhriz bukan pada perlawanan rancak antara John Cena dengan Randy Orton seperti yang ditayangkan.
Fokusnya adalah pada masalah diri sendiri yang entah bila bertemu penghujung.
Joe menghampiri Mukhriz. Punggung dilabuhkan ke sofa sebelah.
Mukhriz senyum. Dalam genggaman ada sesuatu yang sejak tadi tidak dilepaskan dari tangan.
"Saya pergi ambik bukti." Ujar Mukhriz senafas.
Joe meletakkan mug ke atas meja kopi.
"Bukti?"
"Ye. Bukti untuk saya balik ke istana menjadi raja Genovia semula." Mukhriz masih berkias.
"Maksud tengku, kita dah cukup bukti untuk dedahkan semua yang terjadi ni?"
Mukhriz angguk.
"Lepas isteri saya buat pc dekat istana. Kita akan start buat kerja."
Selesai ayat, Mukhriz bangun. Bahu Joe ditepuk perlahan. Dia membawa kaki naik ke bilik.
Mukhriz menghempaskan badan ke katil. Dia mengiring ke tepi. Dia senyum.
Ingatan Amanda terbayang bayang di kepala. Dia sudah tidak sabar menghentikan segalanya. Benar apa yang disangka.
Mukhriz tidak boleh hidup tanpa adanya Amanda. Wanita itulah penguat jiwa ketika melalui waktu waktu sukar kehilangan orang tua.
Sepanjang waktu sukar, wanita itulah yang tunduk membelai kepala. Yang memeluk setiap kali air mata jatuh ke pipi. Yang memberi kucupan untuk dia terus kuat bangun dari kesedihan.
Sampaikan setiap kesedihan dan kekecewaan Tengku Muadzam pun, Amandalah yang ada untuk memberi kekuatan supaya adik bongsunya itu terus kuat menghadapi hari hari yang mendatang
Kehadiran Amanda dalam hidup dirasakan sebagai bidadari penyelamat yang telah merubah segala galanya.
Untuk anugerah itu, Mukhriz tunduk syukur kepadaNya.
TBC

YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomanceKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...