"Sayang malam ni ada event tau. Jangan lupa pulak." Mukhriz mengambil sikat rambut lalu menyisir rambut. Amanda yang tengah mengemas katil dikerling sekilas sewaktu ingin masuk ke dalam bilik pakaian tadi.
Amanda angkat wajah melihat Mukhriz yang masih dengan tualanya. Rasanya dah lama sudah mandi, tapi tak reti reti lagi nak pakai baju. Suami siapa la tu. Amanda hanya menggeleng.
"Yes. I know... Abang tu pergi pakai baju boleh? Dari tadi duk terbalut towel. Menyampah tau tengok! Macam tak siap." Amanda membawa kaki ke arah tingkat. Sengaja dia membuka sedikit tingkap bilik bagi memastikan ada ruangan udara yang masuk. Ingat senang ke nak jaga bilik besar besar?
Mukhriz sudah menghampiri Amanda.
"What? Tak siap? Bukan sayang suka ke abang pakai macam ni? Huh?" Mukhriz menghampiri rapat tubuh Amanda sehingga wanita itu mengundur ke belakang.
Semakin lama, semakin tiada ruang sehingga Amanda sudah terperangkap. Dia tersandar di dinding bilik. Dia terperangkap dalam tangan Mukhriz yang dinaikkan keduanya. Sekarang wajah Amanda tepat pada dada bidang Mukhriz.
Mukhriz tunduk selaraskan wajahnya. Dia senyum senget. Agak gerun melihat Mukhriz pagi ini. Amanda kaku.
"Abang nak buat apa?" Tergagap mulut saat mengugkap kata. Amanda telan liur. Semakin lama, semakin seram perangai Mukhriz. Dulu nampak baik sangat muka. Bila dah tahu perangai yang sebenar baru Amanda faham apa itu 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'!
"Nothing... Just a little morning kiss special to my beloved wife. Why not?" Mukhriz bisik perlahan di telinga Amanda.
Bagaikan di awang awangan, Amanda mengangguk. Tidak sedar apa yang dia dah buat. Oh Amanda! Wake up! Wake up!
Segera Mukhriz mendekatkan bibir ke pipi gebu Amanda. Seterusnya tulang leher Amanda pula menjadi mangsa morning kiss Mukhriz.
"Siap cepat. Abang ada nak kenalkan sayang dengan bodyguard yang akan jaga sayang kat Genovia ni." Mukhriz menyarung tshirt polo berkolar. Warna putih yang dipilih itu sangat sesuai dengan kulit Mukhriz yang agak cerah.
Tiba tiba Amanda rasa panas!
"Wait... Bodyguard? For what?" Amanda bangun dari duduk. Dia mengikut tubuh Mukhriz yang melangkah masuk ke dalam bilik pakaian.
"For your safety sayang!" Suara Mukhriz dari dalam bilik pakaian membuatkan Amanda bosan. Dia tak jadi nak ikut Mukhriz masuk dalam. Dia sakit hati.
Amanda merebahkan badan ke atas katil. Punat merah pada alat kawalan jauh televisyen ditekan. Terpampang siaran kartun yang ntah apa apa. Amanda mengeluh lagi. Bosan! Bosan! Bosan!
Lepasni nak keluar mana mana, kena ada orang ikut jugak. Sama sahaja macam hidup dekat Persivia dulu. I want freedom!
"You're not fair!"Kuat suara Amanda saat tubuh Mukhriz dilihat keluar dari pintu bilik pakaian."
Mukhriz menjongket bahu. Tak faham apa yang Amanda maksudkan. Tiba tiba sahaja wajah isteri cemberut. Tadi bukan main sweet.
"Why? Apa yang not fair sayangku Amanda..." Mukhriz menghampiri tubuh isteri yang sedang duduk bersimpuh di atas katil sambil mata tidak lepas daripada menonton siaran di televisyen. Tidak sedikitpun Amanda memandang Mukhriz. Nampak sangat marah tu. Ni buat Mukhriz geram ni. Aum!
"Not need bodyguard to take care of me. I can just take care of myself." Laju Amanda menyembur. Ya! Memang dia pandai jaga diri. Dulu dialah yang jaga Mukhriz. Takkan nak jaga diri sendiri tak mampu sedangkan putera mahkota Genovia pun dia yang jaga.
Mukhriz senyum.
"No. Abang akan make sure sayang selamat walau kat mana pun sayang pergi. That why you have to use bodyguard. At least, hati abang tenang bila sayang jauh dari mata abang. By the way, abang berani kerat jari yang sayang akan suka bodyguard yang akan abang kenalkan. I bet." Mukhriz senyum bangga. Tangan naik menggosok kepala Amanda. Kening dijongket.
"Whatever... We'll see." Taruh Amanda. Sekarang ada taruhan antara mereka.
"Kalau Manda tak suka, Amanda sendiri akan potong jari abang. Well I don't care if my husband not have ten fingers." Amanda jeling. Padan muka! Geram betul dengan Mukhriz. Ni ka perangai raja?
Mukhriz pula ketawa kuat.
"Well. Kalau abang menang?"
"Tonight. I'm yours. Deal?" Amanda jongket kening. Laju sahaja ayat itu keluar. Pertaruhan yang dibuat dalam keadaan marah selalunya memakan diri. Bersedialah Amanda!
"Deal." Mukhriz bangun dari duduk. Sisa ketawa masih ada. Dapat jugak dia rasa perangai manja Amanda.
"Ready for tonight huh, because I know, I will win." Mukhriz kembali menyambung langkah. Dia senyum.
Hai la Amanda! Lain benar perangai waktu kita jumpa dulu. Kalau ni la nikmat selepas berkahwin, aku rela setiap hari begini seumur hidup.
Mukhriz pejam mata rapat. Bahagia milik mereka saat ini.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/194830889-288-k748374.jpg)
YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomanceKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...