BAB 33

3.4K 117 0
                                    

Rasha duduk menyandar di sofa. Bola mata dililaukan sekeliling rumah yang tidak terlalu besar, tetapi mewah hiasan dalamannya. Keluhan dilepaskan.

Rasa sunyi dan kosong! Kalau sebelum ni, balik rumah mesti akan hadap muka Amanda yang macam macam ceritanya. Sekarang, rumah yang selesa untuk tinggal lebih dari seorang ini terpaksa dihuni sendirian. Tiada lagi teman untuk berborak, untuk makan dan paling Rasha rindu, tiada lagi celoteh Amanda yang selalu buat lawak tah apa apa tahap Mr.Bean.

Rasha rindukan Amanda. Tapi, tidak mungkin dia menelefon gadis itu. Gadis itu tidak sama taraf dengan dirinya. Lihatlah dia yang hanya daripada keluarga biasa biasa yang tinggal di Genovia, jika nak dibandingkan dengan Amanda. Bagai langit dengan bumi.

Entah jawab, entah tidak kalau dia telefon. Mungkin Amanda juga sudah lupakan dirinya. Selepas Amanda pergi, senyap begitu ja. Langsung tiada perkhabaran.

Selepas Amanda pergi juga, hidup Rasha berubah. Kalau dulu dia punya masa untuk bergurau senda dan keluar makan bersama Amanda, kini dia balik rumah hanya ditemani televisyen.

Pagi keluar pergi kerja, balik kerja terperap dekat rumah. Macam orang tak ada life!

Rasha tertidur sewaktu mengenangkan nasibnya yang tersangatlah malang saat ini. Dulu dialah yang paling bertuah bila serumah dengan puteri raja, sekarang? Dia sendirian. Tiada yang sudi menemani.

💎💎💎

Usai menyiapkan kerja di bilik Tengku Sulaiman, Amanda keluar dengan menyelitkan satu fail berwarna merah di ketiak. Dia hanya mengangguk apabila berselisih dengan beberapa pengawal istana.

Kaki dibawa melangkah ke ruangan peribadi Tengku Hafiz. Amanda ada sesuatu yang perlu dia tanya kepada kakak iparnya, Tengku Natasha.

Pintu berukiran klasik yang diperbuat daripada kayu jati diketuk perlahan.

Sesaat kemudian, pintu terbuka. Seorang wanita dalam sut serba biru terpacul daripada pintu besar itu. Pastinya pembantu Tengku Hafiz.

Dalam istana yang besar dan gah ini terdapat satu lagi istana kecil khas yang menempatkan putera mahkota. Jadi, ruangan itu adalah milik abang sulung Amanda dan isterinya memandangkan Tengku Hafiz merupakan tengku mahkota bagi kerajaan Persivia.

Wanita bersut biru tadi mengiringi Amanda sehingga ke ruangan peribadi Tengku Natasha. Sebenarnya, dayang yang mengiringinya tadi sudah dimaklumkan bahawa Amanda akan datang ke sini. Jadi, dia sudah tahu apa yang patut dilakukan.

Amanda melabuhkan punggung di hadapan figura kakak iparnya.

Tengku Natasha memandang sahaja setiap pergerakan Amanda. Nampak sedikit kusut wajah bakal pengantin itu. Mungkin lagi ada masalah.

"Kak Nat... Can you explain this? Ni rule apa? I keep search it on pile of book, but still did'n found. Give up la."

Amanda menyandar kepala pada sofa. Fail dibiarkan terbuka. Mata sudah terpejam rapat. Mungkin sedang menghilangkan lelah.

Tengku Natasha mencapai fail tadi. Berkerut kerut wajah wanita itu membaca setiap ayat yang tercatat sebelum dia mengambil pensil dari bekas bulat di atas meja.

"Ni macam ni. Dia cakap rules number 32. Mean that, berkaitan dengan pakaian je ni. Cakap dah cari on pile of book, takkan tak jumpa?"

Tengku Natasha mencatat sesuatu pada ruangan sedikit kosong pada kertas itu. Wajah Amanda yang malas dibiarkan sahaja. Malas nak mengasak. Orang kata, kalau dah malas, study mesti tak masuk punya.

Siap mencatat, Tengku Natasha juga menyandar pada sofa. Mereka sama sama memandang siling istana yang dihiasi ukiran bunga bunga.

"Penat la akak. Nak kahwin pun kena belajar rule lagi. Ingat dah habis azab."

Amanda pejam mata. Terasa banyak lagi beban di bahu belum hilang. Banyak lagi peraturan dan protokol yang perlu dipelajari. Tambah pulak Mukhriz tu bukan dari negara yang sama, lagi la banyak yang Amanda perlu hafal.

Dah la peraturan istana sendiri pun dia main redah ja, ni pulak nak ambik tahu pasal Genovia, memang tak la jawabnya. Ingat dia rajin?

"Sabar la Manda...akak dah kena dulu. Hadap je la. Nak kahwin kan?"

Tengku Natasha pusing sedikit kepala melihat Amanda.

"Nak la... Ingat dah kahwin boleh lepas. Ni lagi banyak pulak nak kena belajar. Tak boleh ke tak belajar semua ni?"

Amanda bangun dari menyandar. Rambut diselit belakang telinga. Rantai yang tergantung di leher digenggam. Hadiah pemberian Mukhriz sudah lama tersemat di situ. Sejak dari hari pertunangan lagi, Amanda tidak langsung menanggalkan. Bila pakai rantai yang Mukhriz bagi, rasa dekat sangat dengan tunangnya yang seorang itu.

Berbeza bila pakai rantai DiRaja Persivia, rasa nak buang dalam laut tak nak pakai lagi dah sebab berat dan menyusahkan. Itu pandangan peribadi Amanda. Orang lain jangan kecam!

"Akak nak keluar kejap lagi. Nak ikut?"

Tengku Natasha memancing Amanda. Mana la tahu, Amanda nak ikut keluar. Boleh buat girls day out. Lagipun, Amanda jarang keluar sejak majlis semakin dekat.

Amanda mencebik.

"Dengan abang ke?"

Soal Amanda lagi. Fail tadi sudah didakap erat ke dada.

"Tak. Dengan Nini, dengan Nana. Jom la... Girls gathering?"

Tengku Natasha menjongket kening beberapa kali.

"Emm... Malas la akak. Manda busy la.  Lepas ni nak call Mukhriz pulak. Nak settle benda kat sana. Haih... Susah nak kahwin orang jauh ni kan?. Dah la tak boleh jumpa. Nak jumpa pun hari nikah nanti."

Amanda malas. Kalau boleh tak nak balik bilik dah. Nak tumpang tidur ja kat sini kejap sampai malam nanti ke. Biar Tengku Aisyah dan pembantu pembantunya cari tak jumpa. Tak payah la nak belajar rules lagi.

Tengku Natasha sudah bangun. Dia berjalan ke arah langsir yang kuat berkibar ditiup angin. Sambil berjalan, sempat dia mengusik.

"Ala... Dua bulan lagi je kan? Lepas ni korang nak buat apa? Korang buat la. Nak duk dalam bilik tak keluar keluar pun tak apa. Tak ada yang nak marah."

Tengku Natasha kemudiannya ketawa. Lucu tengok muka cuak Amanda. Ingat tak nampak ke dia telan liur. Muka dah pucat tu. Takut la tu.

TBC

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now