Berita perkahwinan diantara Tengku Makhota Genovia dengan Puteri kerajaan Persivia mula menjadi buah mulut rakyat kedua dua buah negara apabila setiausaha DiRaja Genovia mengumumkan berita penting dari istana. Banyaklah rakyat yang cuba mencari maklumat mengenai Tengku Puteri Khadija Amanda memandangkan dia adalah bakal permaisuri baharu Genovia menggantikan Permaisuri Tengku Suraiya Zaleha.
Menurut setiausaha DiRaja itu juga, majlis pernikahan akan berlangsung di Persivia enam bukan dari sekarang. Persiapan sedikit sebanyak telah dibuat dengan rapi memandangkan bakal raja Genovia yang akan berkahwin. Pertunangan akan dilangsungkan minggu hadapan di istana Persivia.
Amanda tunduk mengadap komputer riba. Berita mengenai dirinya di media elektronik di baca kesemuanya. Dia menghela nafas.
Belum jadi permaisuri dah banyak spekulasi timbul. Dah banyak gosip yang keluar. Memang dugaan macam ni ke perlu dihadapi kalau nak berkahwin dengan pemerintah kerajaan? Macam mana la Tengku Afzan dapat hadap benda macam ni semua dulu tu.
Amanda mencapai telefon bimbit. Nombor telefon Tengku Afzan didail laju.
Beberapa saat menunggu sebelum panggilan mereka bersambung.
"Hello future bride. Ada apa call aku ni?"
Jelas keceriaan pada suara Tengku Afzan di Wetland.
"Yan...kau dulu waktu nak kahwin dengan Harith, ada tak berita gosip pasal kau kat media?"
Amanda menyoal. Dia sudah merehatkan badan dengan menyandar pada kepala katil sambil melunjur kaki. Jari kaki pula digerakkan. Komputer riba diletakkan di atas paha.
Kedengaran suara Tengku Afzan ketawa. Apa lucu sangat ke soalan dia?
"Relaks la Manda. Benda tu normal. Aku dah pernah kena semua tu. Kau ignore je. Lama lama, diorang tu senyap la. Tak payah fikir sangat."
"Really? Kau sure? Aku rimas la dengan berita berita yang ntah apa apa ni. Dah la palsu. Kalau saman ni boleh buat duit pergi honeymoon!"
Amanda menghela nafas. Nampak sangat dia bosan dengan berita yang dicipta khas untuknya. Tak payah fikir banyak. Dah ada orang tolong beritakan mengenai dirinya. Bagusnya hidup! Banyak pulak jurucakap tak bertauliah.
"Sure la. Tak pe. Ignore je. Yang penting, kau kena sabar. It maybe a little bit hurt when the false news pasal kau keluar nanti, but kau keep patient. Ni pun salah satu dugaan nak berkahwin tau."
"Hmm.... Whatever la Yan. Banyak la kau punya dugaan nak kahwin tu."
Amanda tayang muka bosan. Ni ke nasihat daripada permaisuri Wetland? Macam tak membantu je.
"By the way, next week your engagement day, aku tak dapat balik Persivia jumpa kau. Mungkin two or three days after, aku balik. Aku nak sorry awal awal la sebab aku ada appointment dengan doctor."
Jari kaki yang bergerak gerak tadi terus terhenti mendengar perkataan doktor. Amanda garu kening.
"Kau sakit ke?"
Amanda mengerut dahi. Pelik bila Tengku Afzan kata yang dia ada temujanji dengan doktor. Selalunya kalau orang yang ada sakit teruk ja kan buat temujanji doktor. Betul la kan? Sorry, Amanda tak tahu pasal ni sebab dulu selalu ponteng kelas waktu belajar. Dapat habiskan pengajian dengan lulus pun macam nasib ja dulu. Tak la secemerlang Doktor Tengku Afzan kita tu!
"Kau sakit apa Yan? Appointment dengan doctor bagai ni.?"
Tengku Afzan di hujung talian ketawa pada Amanda. Kita dah tepuk dahi.
"Hai la Manda. Apa yang noob sangat kau ni? Aku kan pregnant, kena la jumpa doctor. Nak check baby, nak check aku. Ke kau dah hilang ingatan sampai aku pregnant pun kau lupa. Tu la, nervous nak kahwin sampai lupa benda benda sekeliling."
Amanda menayang sengih. Dia memintal hujung rambut. Kan dah kena. Padan muka. Tu la, boleh pulak lupa sepupu sendiri pregnant.
"Sorry. Aku lupa."
"Tu la kau. Tu belum kahwin lagi, dah lupa semua orang. Kalau dah kahwin nanti tak tahu la. Mungkin kau kenal laki kau sorang je kot."
Bebel Tengku Afzan.
Amanda dah boleh agak gaya Tengku Afzan bercakap. Mesti sepupunya itu dah cekak cekak pinggang.
Gaya Tengku Afzan bercakap waktu marah selalu menjadi hiburan buat Amanda dahulu.
💎💎💎
Tengku Atisha dan Tengku Izman melabuhkan duduk ketika masuk ke dalam bilik untuk vip di sebuah restoran yang ditempah khas untuk mereka bertiga nenjamu selera sambil berbincang. Mukhriz yang menyusun segalanya. Dia sengaja ingin meminta bantuan pasangan suami isteri itu. Siapa lagi dia ada kat Genovia ni. Dua orang tu ja la yang sesuai pun nak membantu. Yang lain, kurang rapat.
"Kenapa panggil kami datang sini. Ni mesti nak mintak tolong kan?"
Tengku Izman membuka bicara saat mereka bertiga sudah mengambil tempat duduk masing masing.
Tengku Atisha masih diam membisu. Wajah dua orang lelaki menjadi tatapan mata.
"Pandai kau! Ha la. Nak minta tolong la. Nanti korang tolong jadi pengapit aku? Korang kan pasangan bahagia, nampak la secocok untuk jadi pengapit nanti."
Pinta Mukhriz sambil menayang sengih. Gelas mengandungi air kopi dikacau dengan sudu.
Tengku Atisha tepuk tangan. Akhirnya, tercapai hasrat dia nak jadi pengapit untuk perkahwinan bakal raja Genovia ni.
"Yeay! My dream come true!"
Tengku Atisha mengalih pandangan kepada Tengku Izman. Seketika kemudian, sorakan semakin mengendur dan tepukan di tangan semakin perlahan.
Wajah Tengku Izman yang memandang pelik ke arahnya dilihat. Menyampah betul dengan Tengku Izman, tak sporting.
Mukhriz hanya menggeleng melihat gelagat Tengku Izman dan Tengku Atisha.
TBC
YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomanceKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...