Mukhriz menghulurkan tangan bersalaman dengan Tengku Hafiz. Tengku Hafiz menggantikan Tengku Sulaiman yang mempunyai kerja di luar. Lawatan ke Persivia kali ini hanya ditemani oleh beberapa pengiring. Mukhriz tidak mahu membawa banyak pegawal kerana dia sendiri tidak selesa. Lagipun, Persivia negara yang selamat.
Dalam lawatan itu, Tengku Hafiz membawa Mukhriz melawat balai polis yang baru dibuka di Persivia. Sesekali, Mukhriz mengangguk. Sesekali dia ketawa.
Usai lawatan, Mukhriz pulang ke Genovia dengan pesawat peribadi DiRaja. Lawatan sehari ke Persivia itu tiada seri tanpa puteri kerajaan itu. Kalau la dapat bawa Amanda sekali, pasti banyak tempat menarik yang dia boleh ajak Amanda pergi.
Ting! Bagaikan ada mentol yang menyala di kepala. Mukhriz melebar senyum.
"Bawak Amanda datang holiday? Sound good".
💎💎💎
Telefon yang berdering berkali kali minta diangkat membuatkan Amanda berlari anak mendapatkannya. Dari dalam bilik air lagi Amanda sudah dengar telefon berdering. Nak minta tolong Rasha angkat pun, Rasha tiada. Katanya keluar membeli makanan.
Amanda yang hanya berkemban memperkemaskan tuala. Risau terleret, mana nak letak muka? Kot kot la masa tu jugak Rasha balik. Merana la hidup Amanda nanti.
Nombor Mukhriz tertera.
Sejak dia dan Mukhriz selalu keluar dari istana berdua, mereka sudah menukar nombor telefon bagi memudahkan lagi urusan keduanya.
"Helo."
"Saya ada benda nak cakap dengan awak. Esok kita jumpa dekat taman belakang istana pukul 12. Ok bye. See you."
"Ok. Bye."
Amanda meletakkan kembali telefon ke tempatnya. Amanda membawa kaki ke hadapan almari. Singlet hitam dan seluar separuh lutut disarung ke badan. Komputer riba dihidupkan.
Satu email yang dikirim oleh Tengku Afzan membuatkan senyuman Amanda terukir. Tapi, Amanda tidak pernah membalas satu pun email yang dikirim. Cukup sekadar membaca.
Dia bukanlah marah, cuma tak nak rasa sakit hati tu makan diri. Akhirnya dia hanya mengabaikan semua kiriman mesej daripada Tengku Afzan. Melihat sepupunya itu dari media sosial sudah cukup menyedapkan hati Amanda. Selepas berkahwin, tanggungjawab Tengku Afzan bukan pada Amanda lagi. Tiada lagi perjuangannya pada Tengku Afzan.
Kini, Amanda juga sudah melupakan apa yang dia tegakkan dahulu. Biarlah semuanya jadi kenangan. Kalau itu yang keluarga DiRaja Persivia tegakkan, Amanda akan ikut perancangan mereka. Itu lah yang hatinya saat ini fikir. Dia sudah malas hidup begini. Hidup seperi anak buang. Membawa diri ke negera orang.
Namun, senua itu pilihan Amanda sendiri. Nak tak nak, dia kena hadap.
Amanda melajukan langkahnya. Jam di tangan dijeling sekilas. Belum pun jam menunjukkan pukul 12. Tapi kelibat lelaki dalam tshirt merah berkolar sudah terpacak di taman belakang istana.
Mesti Mukhriz sudah lama menunggu.
"Sorry, saya ingat awak nak jumpa pukul 12." Amanda meminta maaf. Dia melipat lengan baju hingga keparas siku. Hari ini, Amanda hanya memakai baju berlengan panjang dengan jeans hitam memandangkan dia tidak ada kerja luar. Maksudnya Amanda tidak perlu mengawal Mukhriz keluar. Kerjanya hanya dalam istana.
![](https://img.wattpad.com/cover/194830889-288-k748374.jpg)
YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomanceKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...