BAB 4

4.1K 132 0
                                    

Gembira tak terkata. Itulah yang dapat digambarkan pada riak muka Amanda saat ini. Bukan sahaja dia dapat me'rasuah' Tuan Farid dengan kata katanya bulan lepas, malahan dia berjaya dimasukkan ke dalam akademi ini dengan panggilan pertama. Selalunya, akan ada tiga panggilan dalam sesi pengambilan. Panggilan pertama untuk yang mempunyai pengalaman dalam seni mempertahankan diri, panggilan kedua, adalah untuk yang baru berjinak jinak tetapi mempunyai minat, dan yang terakhir. Panggilan untuk pelatih yang membuat rayuan.

Amanda fikir, dia akan diterima masuk melalui panggilan ketiga. Tapi, berkat penipuan yang diceritakan, dia dapat masuk ke akademi ini dengan mudah. Bermakna, Tuan Farid dan yang lain meyakini dirinya yang sudah banyak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri. Tak sia sia dia angkut semua sijil.

Telefon yang berada di atas meja solek di biliknya dipandang dari jauh. Amanda kemudian mencapai telefon itu. Sudah lama rasanya tidak mengirim apa apa kepada Tengku Afzan. Apalah khabar sepupu tersayang itu.

Ikon aplikasi whatapps disentuh. Laju jari bermain di atas kekunci telefon bimbitnya.

Amanda
+
Hey! Lama tak dengar cerita sihat ke?
Ni Amanda!

Tanpa menunggu Tengku Afzan membalas pesanannya, telefon diletakkan kembali ke atas meja.

Amanda mengatur kaki ke bilik air yang berada di dalam biliknya. Di Genovia, dia menyewa sebuah apartment sahaja memandangkan dia tinggal seorang. Lagipun, Amanda bukan lah jenis suka tinggal dalam rumah besar besar. Sebab itu dia tidak berapa selesa di istana Persivia.

💎💎💎

"Amanda tak ada telefon kamu Yan? Dah nak dekat sebulan dia keluar dari istana. Satu berita dari dia pun pak long tak tahu." Tengku Sulaiman memecahkan kesunyian di meja makan. Dia naik merenung wajah anak saudaranya.

Tengku Afzan mengangkat kepala memandang Tengku Sulaiman yang duduk di kepala meja makan. Seterusnya, mata dituju memnadang  Tengku Aisyah yang duduk bertentangan dengannya. Hanya mereka bertiga.

"Tak ada pulak pak long." Balas Tengku Afzan ringkas. Sopan sekali tutur bicara gadis ini. Beza benar kalau nak dibandingkan dengan anak gadis mereka, Amanda. Serupa langit dengan bumi.

"Biarkan lah dia. Biar dia buat apa yang dia nak puas puas. Sampai masa, dia sendiri balik sini. Abang tak payah risau la." Giliran Tengku Aisyah berkata kata. Sejak mempunyai anak gadis yang kuat memberontak, Tengku Aisyah bukanlah seperti ibu ibu yang menangis menangis, melalak merisaukan anaknya. Dia sudah terbiasa dengan perangai Amanda. Dalam keempat empat orang anak, Amanda lah yang paling susah dikawal. Namun, gadis itu perlu diberi pujian kerana dia pandai membawa diri dan berdikari walau kemana dicampak.


"Kita ni duk asyik cakap pasal Amanda kan bang. Yan tu dah fikir ke pasal rancangan ayah?" Pertanyaan Tengku Aisyah membuatkan Tengku Afzan sedikit tersedak. Tak sesuai cakap kat meja makan sebenarnya pasal ni. Tapi dah terlepas, nak buat macam mana. Tengku Afzan telankan sahaja.

Tengku Afzan hanya pura pura tersenyum manakala Tengku Sulaiman menggeleng laju. "Ish awak ni. Tersedak budak tu. Nanti nanti la kalau ye pun kita cerita pasal ni." Tengku Sulaiman menyelamatkan keadaan. Nasib baik ada bapa saudara yang sporting. Kalau tak, habislah dia kena soal siasat kat sini.

"Minggu depan Yan balik Wetland. Bincang dengan mummy dengan ayah. Mak long dengan pak long jangan la risau ye." Tengku Afzan hanya memberikan jawapan selamat. Untuk dia menyatakan keputusan saat ini, tidak mungkin. Banyak hal yang perlu dipertimbangkan. Lagipun, dia tidak mahu menjadi seperti Amanda yang kuat memberontak. Dalam masa yang sama, dia juga tidak sanggup menamatkan hidup solonya secepat mungkin.

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now