BAB 28

3.3K 109 0
                                    

Amanda berdiri kaku di hadapan pintu kamar beradu Tengku Sulaiman bersama Tengku Aisyah. Amanda masih berkira kira untuk ketuk dan masuk ke dalam. Dia pun tak pasti apa yang dia buat ni betul ataupun tidak. Tapi, kalau tak buat,  rasa bersalah makin menebal pula. Benar kata Tengku Aryana tempoh hari, tak baik bermasam muka lama lama. Dia tu dah la mama, orang yang lahirkan Amanda di dunia. Kalau orang lain tak apa lagi. Ni mama sendiri, setiap hari tengok muka tapi tak bertegur. Makan semeja tapi tak pernah tengok mata masing masing. Boleh dikatakan, dah banyak dosa Amanda pada Tengku Aisyah.

Tanpa berlengah, pintu kamar beradu Tengku Aisyah diketuk juga. Amanda turunkan ego. Nafas ditarik dan dihembus berkali kali sehingga hatinya tenang.

Tok!

Tok!

Masuk!

Amanda berhenti mengetuk setelah suara dari dalam mengarahkan supaya dia masuk. Liur ditelan. Rasa kesat, tersekat di kerongkong. Perlahan pintu ditolak lalu dia menjengukkan kepala ke dalam.

Amanda masuk ke dalam.

"Ma..."

Amanda duduk di birai katil. Tubuh Tengku Aisyah yang sedang duduk menyikat rambut di hadapan meja solek dipandang dari belakang.

Tengku Aisyah masih lincah menyikat rambut. Wajah anak gadis yang degil dipandang dari lantunan cermin sahaja. Langsung tidak berpaling melihat Amanda.

"Manda nak minta maaf. I'm just, always making you angry. Manda tak nak derhaka tapi, Manda ego. Sorry ma."

Amanda tunduk memandang tangan yang dimain mainkan sesama sendiri di atas riba.

Tengku Aisyah berhenti menyikat. Tak sangka Tengku Puteri Amanda yang keras kepala datang minta maaf. Ini sesuatu yang luar biasa! Dah insaf kah budak ni. Senyuman lega terukir jua.

Dia segera berpaling memandang Amanda. Kemudian, dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah Amanda yang masih tunduk kaku di birai katil.

Entah siapa la yang dah 'basuh' budak ni. Sejak balik dari Wetland ni dah berubah pulak. Macam ni, kena selalu hantar pergi sana. Namun, ada rasa bersyukur melihat gadis ini.

"Amanda sayang. Mama dah lama maafkan Manda. Tapi, Amanda berubah la. Jangan la nak buat perangai macam orang lelaki lagi lepasni. Mama bukan marah kat Manda. Mama cuma sayangkan Manda. Mama nak yang terbaik untuk semua anak mama. Bukan Manda je, Amani, Aryana, Ababg Hafiz pun, semua mama nak yang terbaik."

Tengku Aisyah memeluk erat tubuh anak gadisnya. Rasa kasih sayang yang sudah lama menjauh kembali bertaut. Dalam hati, berkali kali dia memanjatkan rasa syukur. Tengku Aisyah sudah dapat tersenyum bahagia apabila anak gadis yang dirasakan jauh selama ini sudah kembali dekat.

"Mama tak paksa Manda kahwin kan?"

Perlahan suara Amanda dalam dakapan Tengku Aisyah.

Tengku Aisyah senyum.

"No sayang. Mama just making scene je haritu. I'm sorry. Ok?"

Lega dada Amanda saat ini.

💎💎💎

Mukhriz senyum. Pesanan daripada Amanda tadi membuatkan hatinya tidak keruan. Amanda ada berjanji bahawa dia akan bagitahu Mukhriz apabila pulang ke Persivia. Janji itu telah Amanda tunaikan baru sebentar tadi.

Sekarang, Mukhriz hanya tunggu masa yang sesuai untuk berjumpa Amanda. Mimpinya minggu lepas bagaikan tanda yang dia harus bertindak cepat. Kalau dia lengahkan masa, mungkin dia akan terlepas. Lagipun, tanpa Amanda, dia jadi kosong. Mukhriz sudah mabuk cinta ke tu?

Sesungguhnya, Amanda adalah sangat berbeza daripada gadis lain yang pernah dia kenal.

Kata Amanda, gadis itu merindui dirinya. Mukhriz jadi teruja. Tak sabar nak jumpa Amanda. Dia berlagu senang dalam hati.

"Amboi kau...asyik senyum tengok phone. Kau ade buah buah hati eh bang. Share la dengan aku...bakal kaka ipar tu."

Suara Tengku Muadzan yang entah dari mana menghentikan lamunan Mukhriz. Kalau dah laki ni balik Genovia, mesti asyik nak spoilkan mood orang aje. Tak letih letih nak korek rahsia orang, nak kenakan orang. Apa lagi? Semua yang jahat jahat tu la Tengku Muadzam. Sampai Tengku Yusuf pun kadang malas nak layan. Lagi layan, lagi dia galak mengusik. Adik siapa la tu.

Tengku Muadzam curi curi tengok skrin telefon Mukhriz. Tapi, dia lagi cepat bertindak. Dia matikan telefon.

"Sibuk je la kau ni kan? Tak habis habis nak busybody pasal hal orang."

Mukhriz bangun menyelesakan duduk. Wajah Tengku Muadzam yang tersengih macam kerang busuk kat depan hanya dipandang malas nak layan.

Tengku Muadzam mencebik.


Lama Mukhriz mengendahkan kehadiran adik lelakinya. Sehingga Tengku Muadzam buat buat batuk.

"Ehem."

"Ehem."

Semakin kuat batuk tu bila Mukhriz tidak mempedulikan virus yang datang menyerang sehingga Tengku Muadzam batuk dah serupa orang kena penyakit tibi.

"Apa lagi kau nak? Pergi la masuk bilik kau ke. Gym ke. Jangan sibuk nak kacau aku la. Pergi tu...video call ape? Babe? Apa nama dia? Hannah? Kan?"

Mukhriz menghalau Tengku Muadzam keras sekali. Nama teman wanita yang entah ke berapa belas Tengku Muadzam turut disebut sekali. Fikir Tengku Mukhriz tak main instagram ke? Dah la post selalu, jatuh maruah Genovia bila anak raja Genovia playboy. Huhu apa la nak jadi dengan Tengku Muadzam. Harap muka ja baik. Perangai! Allah je la yang tahu.

"Mana ada Hannah. Tu kawan aku je la. Tu la netizen ni, semua benda nak viral. Kalau nak ikut kan, kita tak payah kawan dengan berlainan jantina la bang. Semua tak kena."

Tengku Muadzam menyuarakan ketidak puasan hatinya.

Yalah setiap kali post dengan kawan kawan yang berlainan jantina ni, mesti komen kat media sosial tu sakit hati. Sikit sikit girlfriend la, awek la, bakal isteri la. Macam macam la kata bawang bawang ni sampai ada setengah kawan dia pun dah jauhkan diri dari Tengku Muadzam. Bimbang dikutuk juga katanya. Dah la semua netizen mulut bisa. Tak faham betul Tengku Muadzam dibuatnya.

"Ye la. Kau nak luahkan perasaan marah tu, kat netizen, bukan kat aku tau. Pergi luah kat ig kau. Aku sibuk nak chat kak ipar kau yang kau duk tanya tadi tu. Ada faham?" Mukhriz menambah. Diselitkan sedikit bayangan mengenai kakak ipar tu.


Tengku Muadzam ketawa. Baru ja nak jalan keluar dari bilik ni tadi, dah tak jadi pulak. Dia mematikan langkah.

"So, betul la kau dah ada calon menantu untuk umi? Come on bang! Be gentleman. Kenalkan la aku kat dia."

Tengku Muadzam masih mencuba. Kening dijongket berkali kali. Dia nak sangat jumpa wanita yang dah masuk dan sesat dalam hati Tengku Mukhriz yang susah sangat nak jatuh cinta ni.

"Nanti la. Kau tu pergi. Menyampah aku tengok."

Mukhriz selamba menghalau adiknya. Dah terlanjur cakap, tak boleh nak patah balik lagi dah. Yang dia boleh buat hanyalah menghalau budak Muadzam yang kurang matang tu.

Mukhriz akhirnya menggeleng kepala. Senyuman terukir apabila kepala teringatkan semuanya pasal Amanda. Amanda...Amanda...Amanda... Asyik ada Amanda ja dalam kepala kebelakangan ni.

"Haih! Tak sabarnya nak jumpa awak Manda."

Mukhriz bercakap dalam hati.

TBC

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now