BAB 34

3.4K 108 0
                                    

Amanda duduk mengadap pemandangan senja dari arah balkoni bilik. Kain tuala hanya dipakai berkemban. Tak ada siapa pun yang akan masuk ke dalam. Semua orang pastinya sedang sibuk dengan majlis perkahwinannya di dewan utama istana. Hanya dia yang malas sertai kekalutan manusia di sana. Lagipun, pengantin harusla menjaga seri.

Cincin pertunangan diusap perlahan. Anak rambut yang terbang ditiup angin petang sengaja dibiarkan. Selepas waktu maghrib nanti, pasti Betty akan datang untuk menyiapkan dirinya. Baju pengantin juga sudah tersangkut elok di dalam bilik pakaian.

"Hey bakal pengantin! Tak pakai baju lagi?"

Suara seseorang dari pintu mematikan lamunan Amanda yang ada gaya macam nak pergi jauh.

Segera dia berpaling melihat kelibat itu.

Tengku Afzan masuk ke dalam bilik seraya mengunci pintu. Perlahan kaki dibawa ke arah Amanda. Dia mengukir senyum.

Tengku Afzan menghela nafas. Penat berjalan walaupun jaraknya tidak la jauh mana. Mungkin kerana perut yang dah makin membesar. Kandungan pun sudah memasuki bulan kelapan. Ikut hati, malas nak berjalan jauh sampai ke Persivia. Mana nak bawak diri, mana nak bawak perut lagi. Mengenangkan sepupu nak kahwin, Tengku Afzan gagahkan diri untuk datang. Nak la jugak tengok Amanda pakai baju pengantin.

"Kau tak rajin pulak busybody kat main hall?" Selamba Amanda bertanya walaupun dia sudah tahu jawapan Tengku Afzan.

"Tak nak la. Nak jaga diri pun dah semput tak cukup nafas, ni nak busybody kat hall. Kang terberanak aku kat sana. Viral lagi kau." Tengku Afzan menyandar malas di kerusi. Perut yang sudah semakin membesar di usap lembut. Sekali sekala dia mengusap pinggang. Rasa tak berapa selesa.

Amanda ketawa. Sensitif betul sepupu dia sejak sejak mengandung. Baru nak melawak dah kena sembur. Tak apa la Amanda...sabar kejap dua bulan. Nanti bila dah keluar baby, Tengku Afzan ok la tu.

"Besar perut kau Yan. Berat tak?"
Soal Amanda lagi. Sebenarnya, sudah lama nak bertanya, tapi selalu tak ada kesempatan. Ya la. Amanda tak ada pengalaman. Kena la tanya. Takut sesat nanti. Eh? Melalut.

Tengku Afzan mengubah duduk lagi. Kali ni betul betul dia tak selesa.

"Berat la... Eh! Aku nak baring kat katil kau jap. Tak selesa la. Sakit pinggang. Tak apa kan? Malam nanti kau tak ehem lagi kan..." Sempat Tengku Afzan mengusik. Tak padan dengan dia, kesitu jugak difikirkan.

Amanda mengangguk. Dia juga bangun tetapi, langkah diatur ke dalam bilik pakaian. Sudah tiba masanya untuk dia pakai bathrobe dan mengambil wuduk. Pasti Betty akan datang bila bila masa memandangkan azan sudah berkumandang.

Tubuh Tengku Afzan yang terbaring di atas katil dipandang sebelum dia menghidupkan televisyen.

"Nah remote. Tengok la tv. Jap lagi aku keluar. Nak siap kejap."

Amanda membaling remote ke atas katil. Tetapi jaraknya agak jauh dari Tengku Afzan. Bimbang jugak takut terkena perut mak buyung tu. Dah macam nak meletup Amanda tengok.

Kemudian, Amanda memboloskan diri kembali ke dalam bilik pakaian.

💎💎💎

Mukhriz kelihatan segak dalam pakaian baju kot hitam. Selepas upacara akad nikah tadi, terus lelaki itu diminta untuk menyalin pakaian memandangkan acara seterusnya adalah acara persandingan. Amanda juga sudah tidak nampak batang hidung. Tak sempat nak tenung isteri lama lama.

Mesti Betty sudah menculik pengantin perempuan untuk persalinan seterusnya.

Sebentar tadi, seluruh isi dewan memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas masjid yang dibina antara Tengku Iman Mukhriz Shah bersama permaisuri hatinya Tengku Puteri Khadija Amanda. Tengku Aisyah dilihat menyesat air mata yang jatuh ke pipi.

Pasti la wanita itu yang paling sedih apabila anak yang dijaga bagaikan sebutir permata yang bersinar di istana Persivia, diserahkan tanggungjawab kepada orang lain yang bergelar suami. Seseorang yang lebih berhak. Tambahan pula, tugas dan tanggungjawab Amanda semakin besar apabila berpindah ke Genovia nanti.

Selepas ini, susah la nak berjumpa anak sendiri.

"Sedih nampak. Dulu bukan main marah kat budak tu. Sekarang dah jadi hak orang baru awak nak sedih ye." Tengku Sulaiman menyiku isteri. Tersenyum melihat wanita itu mengalir air mata. Tak sangka sedih! Ingat tak ada perasaan!

Tengku Aisyah mengendahkan. Malas mahu melayan. Tahu nak mengusik ja. Dia tak tahu kot, macam mana marah pun. Anak tu tetap keluar dari rahim Tengku Aisyah, tetap dia sayang. Mulut ja kata lain hati di dalam lain pula rasanya.

Tapi nasib baik la dia dan Amanda sudah berbaik sebelum gadis itu bernikah. Tak la rasa menyesal sangat.

Di meja vvip, Tengku Amani, Tengku Aryana dan Tengku Muadzam sedang rancak berbual. Dah jadi keluarga juga mereka pun. Tak sudah sudah Tengku Aryana ketawa apabila Tengku Muadzam bercakap. Apa yang lawak sangat pun tak tahu la. Barangkali, mungkin Tengku Aryana sendiri yang mudah terhibur.

Sekali sekala, dua anak gadis Tengku Sulaiman itu memanjang tengkuk melihat skrin telefon Tengku Muadzam. Apa yang dia tunjuk pun tak tahu la. Kemudian mereka berdua angguk kepala pula.

Sememangnya Tengku Muadzam terkenal dengan sikap yang peramah dan senang berkawan. Sebab itulah orang sekeliling terutama tidak kesah jika melihat dia rapat dengan orang. Buktinya, semua post kat instagram ada gambar kawan kawan dia.

Tengku Muadzam yang mereka semua kenal adalah seorang yang berjiwa rakyat. Selalu keluar bercampur dengan atlet sukan renang memandangkan Tengku Muadazam merupakan perenang negara.

Di meja yang satu lagi pula, Tengku Afzan, Tengku Harith, Tengku Hafiz dan Tengku Natasha sedang  rancak bersembang dengan beberapa lagi tetamu. Pasti bersembang pasal negara memandangkan semua di meja itu masing masing merupakan putera mahkota daripada pelbagai negara. Ni kalau Amanda dengan Mukhriz join, baru cukup la korum!

TBC

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now