Apabila pesawat peribadi diraja Persivia yang membawa Amanda dan beberapa pembantu mendarat di hangar Wetland, kelihatan beberapa lelaki dengan pakaian hitam sudah menunggu. Amanda turun apabila seorang pembantu datang menjemput.
Kereta yang sudah tersedia sejak dari tadi, dibukakan pintu saat Amanda berjalan menghampiri. Dua lelaki yang turun bersamanya daripada kapal terbang pula hanya mengikuti dari belakang manakala seorang wanita pula membawakan bagasi untuk Amanda.
"Welcome to Wetland, Her Highness." Lelaki yang berdiri di tepi pintu kereta tunduk sedikit sambil mengucap kata aluan kepada Amanda.
Amanda juga tunduk sedikit lalu masuk ke dalam perut kereta. Masuk sahaja ke dalam, cermin mata hitam ditolak naik ke kepala. Amanda membuang pandangan ke arah luar tingkap kereta.
Setengah jam perjalanan, kereta yang dinaiki Amanda berhenti di sebuah banglo empat tingkat. Mewah dan gah sekali rumah ini. Pagar besar yang sudah dapat dilihat dari jauh membuatkan Amanda senyum lebar. Pintu rumah Tengku Badrul bersama Che Puan Melinda sentiasa terbuka luas untuknya. Dari semalam lagi Che Puan Melinda yang turut dipanggil mummy asyik menelefon. Katanya tak sabar nak jumpa anak saudara. Harus la tak sabar, ni anak saudara kesayangan ok!
Seketika kemudian barulah Amanda nampak kelibat Che Puan Melinda bersama Tengku Badrul yang sedang berdiri di hadapan pintu. Nampak ceria wajah mereka. Mesti la gembira, Amanda memang rapat dengan pasangan ini. Sewaktu belajar dengan Tengku Afzan di Jarman dahulu pun, Che Puan Melinda dan Tengku Badrul yang dipanggil mummy dengan ayah ngah jugak la yang selalu datang menjenguk.
"Rindunya kat mummy. Sihat?" Amanda memeluk erat wanita pertengahan umur itu sebaik turun dari kereta. Sungguh dia rindukan mereka berdua. Dah tiga tahun tak berjumpa rasanya dalam kepala dah macam macam cerita nak dikongsi nanti. Tulah perempuan. Gosip saja tahu.
Seterusnya Tengku Badrul pula dipeluk erat. Anak saudara yang paling disayangi datang, mestilah gembira wajah itu. Mereka semua sudah biasa begini kerana semuanya rapat antara satu sama lain.
"Hei..!. Rindu la kat princess ayah ngah." Tengku Badrul mengusik. Bukan tidak tahu, Amanda cukup pantang dengan perkataan itu. Rasa allergy ja.
"Apa ni ayah ngah. Stop it. Tak suka la. I'm not princess. Ni Amanda. Just Amanda. Spoil la." Amanda tarik muka. Che Puan Melinda hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.
"Yan tak de balik sini?" Setelah agak lama mereka bersembang soal Amanda, kali ini Amanda cuba bertanya perihal sahabatnya Tengku Afzan. Sebenarnya, tujuan Amanda ke Wetland pun sebabkan hal ini. Dia rasa bersalah pada Tengku Afzan.
"Jarang la. Dia sibuk. Tapi kalau free ada la dia balik tidur kat sini dua tiga malam. Kadang dia balik sorang, kadang dengan Harith. Depend la. Diorang kan busy." Che Puan Melinda menjawab pertanyaan Amanda. Ya la, mana la tak sibuk, Tengku Afzan sekarang kan sudah menjadi permaisuri Wetland.
"Ye ke? Manda ingat nak jumpa dia. Tapi, tak de la contact dia pun. Manda datang terjah je ni." Amanda membelek koleksi kasut kasut di atas meja. Dia sekarang berada di dalam bilik khas pameran koleksi kasut rekaan ibu saudaranya itu.
Che Puan Melinda adalah pereka kasut terkenal di Wetland. Selalu wanita itu mendapat jemputan untuk menjadi pensyarah jemputan di universiti universiti seluruh dunia termasuklah di Persivia sendiri.
Che Puan Melinda senyum, dia seolah dapat mengagak apa yang berlaku. Patutlah setiap kali Tengku Afzan balik ke rumah, tidak langsung nama Amanda disebut. Rupanya, dua orang sepupu ni ada perselisihan. Tapi dia sendiri malas bertanya. Biarlah mereka berdua selesaikan sendiri. Masuk campur nanti, hal lain pula jadi.
"Manda nak jumpa Yan bila? Mummy boleh temankan." Che Puan Melinda memandang Amanda sambil menongkat dagu di meja kerja. Terselit pensil di celah jari.
Amanda pusing melihat Che Puan Melinda. Dia kemudiannya menghadiahkan senyuman. See, mummy tak permah mengecewakan.
"Bila mummy free. Kita pergi. Manda plan nak duk sini lama sikit. Nak jadi menempel dekat mummy." Amanda ketawa.
Che Puan Melinda menggeleng. Ada ada sahaja. Tapi dia lagi suka kalau ada Amanda. Tak la sunyi sangat. Dah selalu sangat berdua dengan Tengku Badri. Anak bongsunya, Tengku Kamelia pun selalu tak ada dekat rumah. Selalu fly. Yalah kerja sebagai pramugari memang macam tu. Asyik terbang sana, terbang sini.
"Boleh je. Mummy ada banyak show nak kena attend bulan ni. Bukan show je. Meeting la, lecture la, Manda jadi P.A mummy eh. Nanti upah kasut paling mahal, paling cantik and most important, limited edition." Sambil bercakap, sempat Che Puan Melinda mengerling lukisan kasut yang sedang dia usahakan.
Amanda senyum. Dalam hati dah seronok sampai nak lompat kat sini. Tapi, tak apa la. Malu nanti.
"Aww. Forever my favourite, mummy. Sebab tu la Manda sayang kat mummy." Bodek Amanda sambil memeluk Che Puan Melinda. Entah bila dia datang pun tak perasan. Tiba tiba dah menghempap tubuh Che Puan Melinda dari belakang.
💎💎💎
"Hah. Riz nak apa?"
Tengku Yusuf memandang ke arah anak lelaki sulungnya yang sedang tercegat di hadapan pintu bilik kerja. Sengihan Mukhriz itu dilihat bagaikan penuh makna tersirat.
"Em.... Babah... Emm... I have something to talk about. May I?" Mukhriz meminta izin untuk masuk ke dalam. Mukhriz tetap Mukhriz. Kalau nak apa apa tetap akan minta izin dahulu. Sebab itu juga Tengku Yusuf tidak bimbang apa sahaja yang dilakukan anaknya itu. Mukhriz yang natang dalam membuat keputusan dan Mukhriz yang natang dalam kehidupan.
"Sure. Have a seat."
Tengku Yusuf tutup fail yang sedang dia belek dari tadi. Kepala di gerak ke kiri dan kanan sekadar menghilangkan lenguh selepas seharian bekerja.
"Bah... Mukhriz nak pergi lawatan dekat Persivia tu. Maybe, Riz boleh represent babah." Mukhriz bercakap sambil menggigit bibir bawah. Mesti nampak pelik sebab dia tidak pernah lagi buat perangai macam ni selama hidup. Tapi kalau tak buat, tak adalah chance nak jumpa Amanda.
Tengku Yusuf senyum.
"Why? Is something special there? Riz tak pernah nak volunteer represent babah macam ni pun sebelum ni. Let me know." Kening Tengku Yusuf terangkat.
Tengku Yusuf nampaknya semakin tertarik. Dia bangun ke arah ruang sofa yang sedikit santai. Kalau kat meja kerja tu dah nampak macam perbincangan serius pulak.
"Em... Nothing la. Saja. Riz rasa bosan." Mukhriz bercakap sambil membontoti langkah Tengku Yusuf.
Sebaik mungkin dia cuba sembunyikan perkara yang sebenar daripada pengetahuan Tengku Yusuf.
"Oh please! I am your father Riz. I know you well. Come on... Let me know."
Tengku Yusuf masih setia dengan senyuman. Dia tetap nak tahu apa yang sedang dirancangkan oleh Mukhriz.
Mukhriz pula sudah pucat tak berdarah. Bibir bawah masih digigit. Jari jemari dimain main laju. Rasanya dah boleh dengar degupan jantung yang laju tu.
"Ok fine! Actually, Riz nak jumpa kawan kat sana. Tu je." Bohong Mukhriz. Sudah nampak dia lega dengan jawapan itu. Botol air mineral di atas meja kopi dicapai sekadar menyembunyikan rasa yang ada dalam hati.
"Before this, babah tak pernah tahu pun Riz ada kawan dekat sana. Hey... Is he or she?" Tengku Yusuf bertanya hairan. Kemudian dia berbisik pula. Mukhriz ni kalau diusik sikit mesti akan gelabah.
"You will know later. Ok! Got to go. Kira jadi eh. I love you." Mukhriz berlari anak ke arah pintu. Belum sempat Tengku Yusuf memberi kata putus, dia sudah larikan diri dari bilik itu. Lagi lama kat sini, habislah rahsia dia terbongkar. Tak boleh siapa pun tahu soal ni. Apa apa pun, Mukhriz tetap akan rahsiakan dulu hubungan baik dirinya dengan Tengku Puteri Amanda dari Persivia itu.
"Hey! Bertuah punya budak. Girlfriend la tu." Tengku Yusuf sedikit menjerit apabila dia tidak mampu menahan Mukhriz daripada keluar dari bilik itu. Senyum kemudiannya terukir lagi. Dia menggeleng beberapa kali.
"Seem like someone have girlfriend now."
Tengku Yusuf bercakap sendirian.
Kemudian, dia ketawa pula. Terhibur dengan perangai Mukhriz hari ini.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/194830889-288-k748374.jpg)
YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomansaKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...