BAB 24

3.4K 123 0
                                    

Derlin

Seorang lelaki segak bergaya dalam kemeja hitam dipadankan dengan seluar slack juga berona sama berjalan melepasi pintu masuk istana Derlin. Dua orang pengawal peribadi yang sedari tadi ikut kemana sahaja langkah lelaki itu.

Dia memberhentikan langkah di hadapan pintu bercorak ukiran ular tedung. Kaca mata hitam ditanggalkan.

Pengawal yang menjaga keselamata di bilik itu membukakan pintu untuknya. Setelah tubuh hilang di balik pintu, pengawal tersebut muka menutup.

Tengku Fahad memberhentikan langkah di hadapan susuk tubuh seorang lelaki pertengahan umur yang berdiri membelakanginya. 

"I'm here as you wish." Tengku Fahad memulakan bicara.

Lelaki yang nampaknya sedang dingin dihadapan hanya diperhati. Malas nak bercakap banyak. Nanti dia jugak yang kena sembur balik.

Lelaki itu kemudiannya memusingkan badan. Susuk tubuh Tengku Fahad direnung atas bawah.

"Good! How was your study? Everything ok?" Lelaki itu bernada sahaja. Dia berjalan menuju ke arah kerusi di balkoni bilik kerja.

Tengku Fahad mengikut langkah lelaki itu.

"Everything good..." Tengku Fahad menjawab. Dia turut melabuhkan punggung di satu lagi kerusi yang masih kosong bersebelahan lelaki itu.

"So, since you already finished your study and you re going back to Derlin permanently, I want you to do the job." Tengku Faiz menyilangkan kaki. Air teh di dalam cawan yang entah bila terhidang dicicip perlahan.

Tengku Fahad mengerut kening. Tidak mengerti maksud kata kata daddynya itu.

"Maksud daddy?"

Tengku Faiz ukir senyum. Fail di atas meja dihulur ke arah Rengku Fahad. Sebelah kening diangkat.

Tengku Fahad sekadar menyambut. Perlahan fail dibuka. Satu persatu helaian di selak. Berkerut kerut kening cuba memahami setiap maklumat yang tercatat.

Usai menghadam semua maklumat, Tengku Fahad menutup fail itu.

"Daddy nak Fahad buat apa?"

Tengku Faiz senyum senget. Jari diketuk ketuk ke tempat rehat tangan di kerusi mengikut rentak muzik retro dari piring hitam yang dipasang sejak tadi.

"Balas dendam atas kematian mak cu kamu, Tengku Farziah."

Tengku Fahad tidak mengerti. Wajahnya nampak bingung.

"Mak cu? Since when?"Lagi soalan memenuhi ruangan bilik itu.

"Since you're not yet exist in this world. Tengku Farziah adik bongsu dan adik tunggal yang daddy ada. Tugas kamu, tuntut keadilan untuk dia. Kamu dah faham semua maklumat yang ada dalam fail tu kan?"

Tengku Fahad sekadar mengangguk. Ya! Dia mengerti segalanya.

"Yes daddy. I will revenge on her death."

💎💎💎

Amanda melangkah masuk ke lobi hotel. Hiasan yang menjadi sajian mata membuatkan dirinya terpaku. Tak sangka dia dapat mengikuti Che Puan Melinda untuk fashion show kali ini.

Menurut ibu saudaranya itu. Ini adalah pertunjukan fesyen terbesar yang akan diadakan setahun sekali. Semua pereka kasut dari seluruh negara akan mempamerkan rekaan masing masing.

Memang rezeki Amanda la dapat ikut serta. Seumur hidup tak pernah dia datang ke acara yang melibatkan Che Puan Melinda. Sebelum ini, Amanda hanya mengagumi rekaan mummynya di dalam platform digital sahaja. Tak pernah tengok depan depan. Rupanya, cantik cantik belaka.

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now