"Hari ini adalah hari bersejarah bagi negara kita dimana Pusat Perubatan DiRaja akan dibuka buat pertama kalinya. Pusat perubatan ini bukan sahaja khas untuk kegunaan kerabat diraja Genovia, malahan terbuka kepada pesakit pesakit dalam kalangan rakyat jelata yang menderita kanser." Seorang wartawan melaporkan daripada hadapan sebuah hospital yang bakal dirasmikan oleh Tengku Mahkota Genovia, Tengku Iman Mukhriz Shah sebentar lagi.
Di hadapan hospital itu terdapat ramai wartawan daripada pelbagai stesen berita dari dalam dan luar negara. Kesemuanya tidak sabar menyaksikan majlis yang gilang gemilang itu. Lagipun bukan selalu acara sebegini diadakan.
Seketika kemudian, empat buah kereta hitam berlogo diraja Genovia dilihat memasuki perkarangan hospital. Salah sebuah kereta berhenti betul betul pada hamparan karpet biru tua yang sudah tersedia.
Pintu ketiga tiga buah kereta di belakang serentak terbuka, lalu turunlah sembilan orang dalam pakaian hitam. Dua daripadanya adalah wanita yang kemas bergaya. Dari jauh, sudah kelihatan alat yang disumbat ke dalam telinga. Alat itu mempunyai wayar yang dilihat disalurkan ke dalam blazer hitam mereka. Kaca mata hitam dipakai sebahagian sahaja daripada mereka termasuklah salah seorang daripada pengawal peribadi wanita.
Mereka semua berdiri di sepanjang laluan yang bakal Tengku Mahkota Genovia lalui sebentar nanti.
Setelah semuanya dalam keadaan yang tersusun. Pintu sebelah penumpang hadapan kereta yang membawa Tengku Mahkota Genovia, iaitu Tengku Mukhriz terbuka. Turunlah seorang lagi pengawal peribadi yang mengenakan persalinan yang sama. Dia melajukan langkah membuka pintu kepada Tengku Mukhriz.
Saat kaki Mukhriz menjejaki karpet biru tua tersebut, kamera tidak lepas lepas dari memancarkan kerlipan cahaya mengambil gambar bakal pewaris kerajaan Genovia yang baharu itu.
Mukhriz berjalan ditemani pengawal peribadinya yang dari tadi sedang berdiri dalam susunan termasuklah beberapa orang doktor dan juga menteri yang terlibat sama dalam penubuhan projek hospital ini.
Apabila tubuh Mukhriz sudah berada di atas pentas, semua mata yang ada di situ sudah tertumpu padanya. Beberapa orang pengawal peribadi dalam suit serba hitam berdiri dalam susunan di belakangMukhriz, manakala selebihnya berdiri di setiap penjuru pentas. Mereka dalam keadaan bersedia kalau kalau ada sesuatu buruk terjadi.
"Assalamualaikum, saya amat berbesar hati kerana dijemput hadir bagi membuat perasmian hospital yang bakal dibuka ini. Mengikut sejarah yang pihak istana perolehi, hospital ini adalah rancangan seorang doktor yang mendapat idea ketika dia melawat ke negara Seri Alam. Menurut beliau, di sana, rakyat yang menghidap penyakit kronik dan tidak berkemampuan akan diberi biaya berbentuk tanggungan segala kos perubatan. Dengan kemuliaan hati beliau, terbinalah hospital ini. Jadi, kita berikan tepukan kepada Doktor Azam." Tengku Mukhriz menggesa semua yang hadir memberi tepukan kepada seorang doktor yang berjasa dalam pembinaan hospital ini.
"... oleh itu, saya berharap pesakit yang menderita kanser dapat dirawat sebaiknya di hospital ini. Dengan ini, saya, Tengku Iman Mukhriz Shah merasmikan pembukaan Pusat Perubata Diraja Genovia."
Bang!
Bang!
Dua tembakan rambang yang dilepaskan daripada arah bangunan sebelah menyebabkan semua orang menunduk ke bawah. Ada juga yang lari bertempiaran. Kelam kabut suasana di perkarangan hospital tersebut.
Dengan tindakan pantas, semua pengawal peribadi Tengku Mukhriz membawanya masuk ke dalam bangunan hospital. Mereka bergerak secara dalam bulatan. Tengku Mukhriz di tengah. Gerakan itu adalah bertujuan untuk melindungi aset daripada sebarang bahaya.
Dalam perjalanan untuk menyelamatkan 'aset negara' itu, insiden tembak menembak terjadi. Lebih teruk, peluru tanpa henti keluar memburu mangsa. Ada antara pengawal peribadi yang membalas tembakan musuh sambil berlari masuk ke dalam.
Sampai sahaja di dalam. Mereka sepuluh orang berpecah. Dua orang pengawal peribadi perempuan ditugaskan membawa Tengku Mukhriz ke dalam tempat yang lebih selamat manakala yang lainnya akan keluar bagi memastikan keadaan sekeliling selamat.
"Ikut sini Tengku". Pengawal peribadi wanita di hadapan Tengku Mukhriz berjalan dahulu hingga ke hadapan sebuah pintu. Pintu tersebut dibuka. Dia masuk memeriksa sekeliling sudut bilik. Setelah yakin bilik itu selamat. Dia mengangguk kepada seoramg lagi yang berada di belakang.
Barulah Tengku Mukhriz dibawa ke dalam.
"Semua selamat!. Saya perlukan seorang lagi pembantu di sini. Bilik RG 01-01." Pengawal peribadi wanita yang memakai cermin mata hitam bercakap melalui alat yang disangkutkan di telinga. Mulutnya terkumat kamit sambil mata dililaukan ke arah tingkap.
Mukhriz duduk di atas kerusi. Dia geram. Siapa yang berani menyerang hendap ketika dia sedang berucap? Setahu Mukhriz, dia tidak punya musuh. Berani orang yang menyerang itu. Kerabat DiRaja pun dia nak serang ke?
Seketika kemudian, pintu wad yang mereka bersembunyi diketuk dari luar, dua orang pengawal peribadi wanita tadi dengan lincah bertindak mengarahkan Tengku Mukhriz supaya ke tempat yang lebih tersorok.
Salah seorang menghalakan pistol dari belakang pintu. Seorang lagi berdiri di tepi pintu sambil menghalakan pistol tepat ke arah pintu wad tempatvmereka sembunyikan Mukhriz.
Keduanya sudah dalam keadaan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Seorang daripada mereka yang berdiri di belakang pintu memberikan isyarat jari.
Satu...
Dua...
Tiga...
Yang berdiri di sebelah pintu tadi cepat sahaja menghalakan pistol tepat pada wajah seseorang yang berada diluar.
Mereka berdua menarik nafas lega apabila yang datang adalah back up yang diminta.
"Saya tak tahu apa yang mereka nak dari saya. Saya tak pernah ada musuh." Luah Tengku Mukhriz. Dia duduk di atas kerusi. Badan disandar malas.
Huluran air mineral disambut.
"Tengku pasti? Kami jumpa gelang ni dekat bangunan sebelah. Mungkin kepunyaan penyerang tadi." Pengawal peribadi wanita itu menghulurkan gelang tangan kepada Mukhriz.
Lama gelang itu dibelek sebelum..."Saya tak tahu. Bawak balik istana. Saya akan tanya Raja mengenai bukti ni." Tengku Mukhriz meraut rambut ke belakang. Blazer yang dipakai sudah dibuang. Dia meraup rambut ke belakang lalu bangun dari kerusi.
Tiba tiba,
"Tunduk semua."
Bommm!
Letusan kuat berdentum. Asap hitam menyelubungi separuh bahagian bangunan hospital.
Pandangan kesemuanya terbatas dek halangan asap tersebut.
YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomanceKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...