BAB 22

3.4K 133 0
                                    

Kehadiran Amanda ke istana Wetland disambut dengan senang oleh beberapa dayang dan pengawal. Che Puan Melinda hanya menghadiahkan senyuman kepada pekerja istana dan berjalan beriringan dengan Amanda masuk ke dalam. Nampak sangat dia sudah biasa ke sana.

Sampai di satu sudut yang dikhaskan untuk menunggu, mereka berdua dihidangkan dengan sedikit makanan dan minuman ringan. Dua orang dayang sedang melayan baik tetamu istimewa itu. Amanda hanya minum secawan air. Dari tadi lagi sebenarnya dia sudah tidak sabar hendak bertemu Tengku Afzan.

Tidak senang duduk dibuatnya apabila seorang pembantu istana datang menyampaikan berita bahawa permaisuri Wetland ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Amanda akhirnya sedikit kecewa. Namun, Che Puan Melinda hanya tersenyum menyuruh dia bersabar.

Memang bukan senang nak jumpa orang besar negara. Nak tak nak kena tunggu sahaja.

Setengah jam berlalu, datang lah seorang wanita dalam persalinan formal ke ruangan menunggu yang menempatkan Amanda dengan Che Puan Melinda. Dari jauh Amanda sudah terpaku dengan gaya wanita itu. Tampak sungguh cantik dan feminin.

"Amanda!"

Tengku Afzan berlari anak mendekati Amanda yang masih duduk santai di sofa. Dari jauh senyuman sudah lebar terukir. Nampak sangat yang dia amat merindui gadis ini.

Kedua orang sepupu itu sudah melekat dalam pelukan tidak sampai sesaat dipertemukan kembali setelah hampir tiga tahun tidak bersua. Tengku Afzan nampak sangat gembira. Akhirnya, sekian lama Amanda tidak mengirim apa apa berita, mereka bertemu jua.

"Kau pergi mana aku email tak reply. Chat pun tak reply. Aku rindu kau tau tak?." Tengku Afzan menggenggam erat jari jemari Amanda. Dia merenung wajah Amanda yang berseri seri itu. Nampak lain daripada yang dia kenal. Amanda sudah nampak seperti puteri.

Che Puan Melinda di sofa sebelah hanya membiarkan dua orang anak anaknya melepaskan kerinduan masing masing yang sudah menggunung tingginya. Dia senyum senang. Akhirnya, walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi antara mereka berdua dahulu, kini dia sudah senang hati apabila melihat mereka sudah seperti dahulu.

Amanda senyum. Pipi Tengku Afzan diusap lembut.

"Aku ada ja. Sekarang ni aku akan sentiasa ada dekat Persivia. Kau senang senang datang la. Aku bukan tak nak reply. Aku ego. Aku mengaku." Amanda tunduk. Jari jemari yang masih di dalam genggaman Tengku Afzan ditenung tanpa riak. Tidak dapat dia melihat wajah sepupunya kali ini. Rasa bersalah makin menebal.

"Yan..." Che Puan Melinda menegur. Dia menggeleng kepala perlahan.

Tengku Afzan senyum.

"Manda... It's ok. Aku faham kau. Lupakan la semua tu. Now... Kita dah boleh macam dulu." Tengku Afzan mengangkat wajah Amanda supaya memandang tepat wajahnya. Kemudian, senyum seikhlas mungkin  diukir.

"Thanks Yan. Aku betul betul mengaku salah. Aku dah buat macam kau yang salah dalam hal ni. Tapi yang sebenarnya, aku yang ego. Maafkan aku?" Amanda bercakap nada perlahan. Dia menyesali kekhilafan dirinya.

Buat kesekian kalinya, Tengku Afzan membawa tubuh Amanda ke dalam pelukan. Lama mereka kekal begitu.
"Aku dah lama maafkan kau." Tangan naik menghosok belakang Amanda

"Eh dah la. Stop la drama air mata korang, mummy nak tengok korang happy happy je lepas ni ok." Che Puan Melinda menyampuk pula apabila dia perasan keduanya sudah banjir dengan air mata.

Barulah pelukan tadi terlerai. Amanda dan Tengku Afzan masing masing ketawa dalam sendu yang masih bersisa. Amanda mengelap air mata yang jatuh dengan jari telunjuk.

"Yan sihat? Mummy tengok macam pucat je ni?" Che Puan Melinda kerut dahi. Dia sudah mewujudkan dirinya disitu apabila agak lama memberi ruang kepada Amanda untuk melepaskan rindu pada anaknya.

Tengku Afzan kerut dahi. Takkan mummy perasan. Betul la kata orang, kalau dah kata ibu, memang semua dia akan tahu. Tak boleh berahsia lagi.

"Lebih dari sihat mummy."

Suara lelaki yang entah dari mana mengejutkan semua orang yang ada di situ. Semua mata teralih kepada Tengku Harith yang sedang tersenyum sambil berjalan ke arah mereka semua.

Tengku Harith kemudiannya melabuhkan punggung di sisi ibu mentuanya. Wajah si isteri dipandang lalu terukirlah senyumannya.

Amanda dan Che Puan Melinda yang masih kebingungan terpinga pinga tidak mengerti.

"Why? Senyum senyum ni kenapa?" Che Puan Melinda bertanya lagi.

"You're going to be grandma, mummy. Yan pregnant." Tengku Harith buat gaya membisik pada Che Puan Melinda. Dia ketawa.

"Oh really? Alhamdulillah. Nanti Manda jadi aunt la." Che Puan Melinda menujukan ayatnya tadi kepada Amanda yang nampaknya masih tidak tahu apa apa.

"So, nilah Amanda yang sayang duk cerita tu? It is?" Tengku Harith mengubah arah matanya. Kali ini, Amanda tepat di pandangan mata.

Tengku Afzan mengangguk.

"Yes, ni la Amanda. Kenalkan ni Harith. You, ni cousin I yang paling I sayang." Tengku Afzan memeluk lengan Amanda erat.

Tengku Harith senyum.

"Dah settle? Korang dah ok?." Soalan dari mulut Tengku Harith mengelirukan Amanda. Takkan Yan cakap kat laki dia kot pasal hal diorang. Malu la dia.

"Why he know about us? Yan? Explain?" Amanda cekak pinggang. Wajah Tengku Afzan ditenung.

Tengku Afzan kaget. Bibir bawah digigit perlahan. Wajah Amanda yang sudah berubah dipandang takut takut. Tak tahu nak cakap apa dekat Amanda.

"Relaks la. Aku gurau je la. Cuak nampak Yan." Selamba Amanda mengenakan sepupunya.

Semua di situ akhirnya pecah tawa.


💎💎💎


Usai pertemuan antara wakil daripada negara negara pelabur yang bekerjasama dengan Persivia, Tengku Sulaiman balik ke istana. Bilik kerja ditujui. Dia perlu membuat sedikit catatan berkaitan perjumpaan tadi.

Begitulah cara setiap kali perjumpaan diadakan. Catatan berkenaan perjumpaan perlu dibuat untuk memastikan apa yang dibincang tadi dapat dilaksanakan. Kalau tak cakap nanti, lupa pulak. Ya la. Umur pun semakin meningkat.

Pembantu yang masuk ke kamar kerja Tengku Sulaiman menunduk sambil menyampaikan sesuatu.

"Tengku, ada yang ingin berjumpa. Dia sudah menunggu di ruangan menunggu." Lelaki itu kemudiannya berdiri di hadapan meja Tengku Sulaiman.

"Owh. Baik. Saya pergi." Tengku Sulaiman tetap dengan sikap rendah dirinya. Dia dan keluarga kerap menggunakan kata ganti nama saya dengan semua pekerja di dalam istana. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pekerja dengan majikan. Tak la mereka rasa macam hamba.

Mukhriz duduk dengan selesa. Seluruh ruangan menunggu di istana Persivia menjadi tatapan matanya. Gambar yang tergantung di suatu sudut memanggil manggil untuk dilihat. Akhirnya, kaki dibawa ke sana.

Wajah keluarga diraja Persivia satu satu menjadi tatapan sehinggalah pada satu gambar.

"Amanda..."

Potret Amanda dalam persalinan kurung moden ditenung lama. Cantik dan manis sekali kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia tengok depan depan.

Amanda yang dia kenal adalah bersifat kelelakian gagahnya. Selalu berpakaian hitam. Rambut disanggul kemas. Cermin mata hitam tersemat segak bagaikan lelaki.

Senyuman di bibir Mukhriz terukir juga buat kesekian kalinya apabila teringatkan si cantik Amanda.

TBC

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now