BAB 50

3.6K 108 0
                                    

Tengku Faiz menyuap isi ayam bakar ke dalam mulut. Kemudian, dia memandang Tengku Fahad.

"Macam mana progression? Dah sampai mana?" Mata dikunci tepat pada tubuh lelaki yang cuma berada di sebelah.

Tengku Fahad berhenti mengunyah. Dia angkat wajah.

"Rakyat Genovia dah desak dia letak jawatan. Diorang cakap dia pembelot. Nanti akan ada press conference dari sana. Kita tunggu ja, tengok siapa yang akan cakap nanti. Fahad rasa, si Mukhriz tu dah tak berani kot nak tunjuk muka depan orang. Sebab, setiap kali ada event, mesti Muadzam yang ganti." Tengku Fahad kemudiannya menyisip air di dalam gelas berkaki.

Tengku Faiz angguk mengerti.

"Bagus! Selesai Mukhriz, daddy nak kamu teruskan dengan Muadzam. Ingat! Genovia still have heir. Daddy nak Genovia huru hara. Lepastu senang la kita nak ambik alih Genovia nanti." Tengku Faiz menghabiskan ayat.

Tengku Fahad angguk mengerti. Walaupun tak pernah tahu kenapa daddynya itu nampak sangat berminat dengan Genovia, dia tidak berani bertanya. Sampai masa, tentu Tengku Faiz cakap.

"Er... Daddy..." Tengku Fahad teringatkan sesuatu. Dia memanggil Tengku Faiz yang dilihat sedang berselera sekali.

Tengku Faiz angkat wajah melihat anak lelaki tunggalnya itu.

"Ye. Kenapa?"

"Fahad nak... Jumpa mummy. Dah lama Fahad tak jumpa mummy." Tengku Fahad tunduk. Tidak mampu melihat wajah Tengku Faiz. Yakin! Dia bakal dimarahi.

Tengku Faiz menghempas sudu dan garfu ke dalam pinggan.

Ting!

Wajah Tengku Fahad dipandang penuh geram.

"Fahad tak faham ke? Daddy cakap jangan sebut nama dia lagi dalam rumah ni. Kenapa susah sangat nak faham?!" Berombak dada menahan nafas. Berdesing telinga apabila Tengku Fahad menyuarakan hajatnya tadi. Dah banyak kali dia pesan. Lagi Tengku Fahad nak sebut. Cari masalah betul budak ni.

"Tapi... Dia mummy Fahad. Fahad nak jumpa dia." Tunduk lagi. Tengku Fahad sudah biasa dimarahi begini setiap kali menyatakan hasrat ingin berjumpa mummy tersayang yang sudah diceraikan Tengku Faiz berpuluh tahun lalu. Sejak dia kecil lagi.

Apa yang membuatkan perceraian berlaku?, dia tidak tahu. Masa itu, dia masih kecil. Masih mentah dalam dunia.

"Dia bukan mummy Fahad lagi! Fahad tak boleh jumpa dia. Fahad fokus je dengan rancangan kita. Tak payah susah susah nak pergi jumpa orang tu, jumpa orang ni. Faham!" Tengku Faiz menjeling geram anak di sebelah.

Habis potong selera makan dia yang tadinya membuak buak. Kenapa la waktu makan ni jugak Fahad nak cakap pasal benda ni?

Tengku Fahad dilihad hanya menganggukkan kepala. Dah tak kasi, nak buat macam mana lagi? Pujuk la macam mana sekali pun, tak akan boleh punya.

Kecuali...

Kalau dia pergi senyap senyap. Tengku Fahad angguk tanda faham.

Mereka meneruskan menjamu selera. Tiada suara lagi. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga pinggan memenuhi ruang makan rumah banglo tiga tingkat milik Tengku Faiz Iskandar.

💎💎💎

Tengku Azlin tersenyum melihat kereta mewah masuk ke perkarangan rumahnya. Dari tingkap atas rumah, dia sudah menangkap susuk tubuh yang berada di dalam kereta mewah itu. Walaupun cermin agak gelap, dia kenal wajah dan tubuh itu.

Cepat cepat Tengku Azlin membawa langkah turun ke bawah.

"Mummy, rindunya. Lama tak datang sini. Mummy sihat?" Tengku Fahad tunduk mencium tangan Tengku Azlin kemudian, dia memeluk erat tubuh itu. Lama... Sehingga dapat menghilangkan segala kerinduan pada ibu kandungnya.

"Sihat je Fahad. Fahad sihat? Macam mana boleh terlepas datang sini? Daddy tak tahu kan yang Fahad datang sini?" Sambil berjalan beriringan masuk ke dalam rumah, mereka sempat bersembang.

Tengku Fahad hanya tersenyum apabila ayat itu ditanya Tengku Azlin. Memang tak tahu la. Kalau tahu, boleh ke datang sini?

"Mummy masak apa hari ni?" Sengaja Tengku Fahad mengubah topik perbincangan. Malas nak bercerita pasal Tengku Faiz. Dah datang sini, mesti nak sembang dengan mummy tercinta.

Tengku Azlin senyum. Rezeki langkah kanan Tengku Fahad la ni.

"Mummy masak asam pedas je. Tak tahu pulak Fahad nak datang. Tapi semalam, mummy ada buat orange cake. Ade lagi kat dalam fridge. Mungkin ni la kot sebab mummy terasa nak buat semalam." Tengku Azlin senyum sambil meletakkan dua mug air milo ke atas meja dapur.

Tengku Fahad selalu melepak sahaja di dapur jika datang ke sini. Dia tahu, pasti akan ada macam macam makanan yang dimasak Tengku Azlin. Mummy dia tu memang suka memasak. Rugi Tengku Faiz ceraikan mummy dia dulu.

"Orange cake? Favourite tu mummy." Tengku Fahad kelihatan gembira. Gaya kanak kanak pun ada jugak. Tapi tak mengapa, biar la Tengku Fahad beperwatakan begini. Waktu dia kanak kanak dahulu, Tengku Azlin tak sempat merasa manja si anak bujang ini.

"Kejap mummy ambikkan." Tengku Azlin berjalan ke arah peti sejuk dua pintu. Pintu bahagian bawah ditarik. Dia mengeluarkan sebiji kek berbentuk segi empat yang hanya dibelah sedikit.

Masih kelihatan enak dengan topping coklat di atas dengan sedikit taburan chocolate rice.

Kecur air liur Tengku Fahad melihatnya.

"Sedapnya mummy! Habiskan eh?" Tengku Fahad tayang sengih. Saja la. Bukan nak habis pun makan. Sebiji kot.

Tengku Azlin menggeleng.

Selepas asar, Tengku Azlin turun ke ruang tamu. Wajah Tengku Fahad yang tertidur di sofa dipandang dengan senyuman. Dia menghampiri

"Bangun Fahad. Dah lewat ni. Pergi balik. Nanti daddy marah." Tengku Azlin tepuk lembut bahu Tengku Fahad.

Terkebil kebil lelaki itu membuka mata.

"Eh mummy." Dia senyum melihat wajah wanita yang sangat disayangi itu.

"Fahad balik la. Nanti daddy marah kalau dia tahu Fahad datang sini." Tengku Azlin melabuhkan duduk di sebelah Tengku Fahad. Walaupun dia sendiri tidak puas bersembang dengan anak bujangnya, dia juga yang menyuruh anak itu pulang.

Bukan apa. Siapa tak kenal baran Tengku Faiz? Apa saja pun dia sanggup buat untuk kepuasan hati.

"Mummy... Fahad nak tanya sikit?" Semasa berjalan ke arah kereta bersama Tengku Azlin, sempat Fahad bertanya. Sebenarnya dia pun baru sahaja teringat nak bertanya. Tadi benar lupa.

"Apa?"

"Kenapa daddy nak Genovia?" Tengku Fahad memandang wajah Tengku Azlin.

Tengku Azlin segera mematikan langkah. Dia tidak tahu menjawab apa.

"Kenapa? Daddy ada suruh Fahad buat benda yang bukan bukan ke?" Dalam dada yang bergetar, mampu juga Tengku Azlin bertanya.

"Daddy suruh Fahad tolong dia gugurkan Tengku Mukhriz, dengan Tengku Muadzam."

"Lepastu? Fahad buat ke?" Laju Tengku Azlin menambah soalan.

"Fahad ada pilihan ke mummy?" Tengku Fahad mendongak memandang langit.

TBC

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now