BAB 2

5.4K 153 0
                                    

Tengku Sulaiman dan isterinya Tengku Aisyah sedang duduk berbincang dalam bilik kerja. Sesekali Tengku Aisyah memandang suaminya bercakap sesuatu sambil mengangguk tanda setuju. Sesekali, dia pula bercakap lalu diangguk oleh Tengku Sulaiman. Nampak serius benar perbincangan raja dan permaisuri Persivia itu. Entah apa la yang dibincangkan.

"Abang pasti? Saya tak nak benda macam hari tu berulang. Amanda tu bukan jenis boleh duduk diam dalam istana." Tengku Aisyah bersuara. Berkerut dahi memikirkan anak gadis seorang itu. Dia sangat bimbangkan Amanda. Gadis itu sukar ditafsir. Kadang dengan kawalan pun, dia hilang tanpa jejak. Inikan pula nak bagi keizinan. Entah-entah, tak kenal jalan balik istana Persivia nanti.

"Tak pe. Kita cuba dulu. Kita letak syarat. Abang yakin, Amanda akan buat apa yang kita suruh. Kalau dia tak nak, abang sendiri akan keluarkan perintah untuk tarik balik apa yang dah kita bagi kat dia." Tengku Sulaiman senyum. Dia sebenarnya sangat berpuas hati dengan apa yang dia fikirkan. Dia rasa, rancangan itu boleh meredakan sifat suka memberontak Amanda.

Kalau kebebasan yang Tengku Amanda mahukan, baiklah, tapi bukan sesenang yang dia harap. Tengku Amanda hendaklah mengikut segala syarat yang akan dikeluarkan. Walaupun Tengku Amanda adalah anak Raja Persivia! Jangan ingat anak raja senang senang dapat apa yang diingini? No way!

Amanda menayang muka bosan. Kalau dah dipanggil Raja untuk masuk ke bilik ini, akan ada la perintah yang perlu dia laksanakan. Tapi, kenapa Tengku Aisyah pun ada? Yang tu, Amanda tidak dapat pastikan. Jarang jarang benda macam ni berlaku.

"Kenapa panggil Amanda? Kali ni apa pula yang papa dengan mama nak Amanda buat?" Kalau dah Amanda tu, takkan ada sekalipun masa dia nak cakap baik baik. Lisannya selalu sahaja menyakitkan hati. Kena banyak sabar la bakal suami dia nanti.

Nasib baik perempuan. Dan nasib baik la juga bukan dia pewaris takhta Tengku Sulaiman. Kalau tidak... Lingkup kerajaan Persivia bila ada pemerintah yang mulut lancang.

Tengku Aisyah mengangguk memberi isyarat kepada suaminya untuk memulakan. Kalau dia yang cakap nanti, akan ada pergaduhan mulut. Amanda tak pernah puas hati dengan dia. Ada sahaja benda yang dia nak salahkan Tengku Aisyah.

"Okay. Listen. Papa dengan mama dah setuju. Kami akan lepaskan Amanda untuk hidup bebas macam yang Amanda nakkan. Tapi... Bersyarat." Masih Tengku Sulaiman merenung Amanda. Dia menunjukkan riak muka serius. Muka yang boleh membuatkan pekerja di ustana gerun. Tapi, bukan Amanda!.

Amanda masih beriak tenang walaupun dalam hati, dia sudah hendak melompat sampai tingkat tiga. "Relaks Manda, cool." Hatinya berpesan. Tangan berpeluk tubuh.

"Betul? Tak tipu eh. Papa tak tarik balik kan apa yang papa cakap ni?" Amanda menyoal minta kepastian. Benda benda macam ni tak boleh dibuat main. Ia melibatkan hati seorang gadis bernama Tengku Amanda. Jikalau benda ini dibuat main, akan Amanda bakar istana.

Kedua orang tuanya mengangguk serentak. Ya! Itu tindak balas positif! Kalau dah dua dua angguk, mesti mereka dah betul betul setuju.

"Tapi ingat, ada syarat. Kalau Amanda tak boleh nak ikut syarat yang papa bagi, Amanda akan balik sini buat selamanya. Selamanya!  Amanda akan jadi puteri dalam istana ni selamanya!. Faham!" Tengku Sulaiman menambah. Dia sengaja menekankan perkataan 'selamanya' bagi membuatkan Amanda faham betapa seriusnya dia dengan kata katanya ini.

Amanda menjongket kening.

"So... Apa syarat papa?" Tanya Amanda berdebar. Namun, riak tenang masih cuba dikawal.

"Sampai masa, papa tuntut syarat tu. Buat masa ni, Amanda bebas buat apa yang Manda nak, Manda bebas pergi mana pun yang Manda suka. Papa dengan mama tak akan sekat credit card, kereta dan kemudahan lain. Tapi ingat... Sampai masa, papa akan tuntut!." Tengku Sulaiman menegakkan jari telunjuk lalu menayangkan ke arah muka Amanda.

IKHLASKAN CINTAKU✔️Where stories live. Discover now