Suasana dewan utama istana Genovia gamat dengan kehadiran pihak media yang dipanggil. Macam macam persoalan bermain di minda masing masing. Seisi dewan itu kelihatan padat dan penuh dengan manusia. Bising suasana sekarang ini.
Di bilik, Amanda menyelitkan sepit rambut ke belakang kepala untuk mengemaskan sanggulan rambut. Cermin besar di hadapan kini penuh dengan tubuh Permaisuri Tengku Amanda. Baju kot coklat lembut yang tersarung di badan dibiar tidak berbutang. Dia menepuk sedikut bahagian bahu baju supaya kedutan yang dirasakan hilang.
Amanda melihat perutnya dari pantulan cermin. Tangan naik ditekap ke situ. Dia ukir senyum. Kejadian semalam terlakar di minda.
Throwback...
Amanda merebahkan tubuh ke atas katil. Dia merasakan tubuhnya melayang layan, barangkali tidak sihat. Badan terasa berat. Kepala juga berpusing.
Dia menghembus nafas berat. Dengan masalah yang dihadapi Genovia ini, dia tidak boleh sakit. Dia perlu menyelesaikan segalanya.
Telefon di atas meja sebelah katil dicapai. Amanda menyentuh aplikasi 'period tracker'.
Aplikasi itu menunjukkan bahawa period sudah hampir dua bulan tidak datang. Hatinya diburu rasa takut.
Dengan perlahan Amanda bangun dari katil. Kepala yang masih pening dibiarkan. Laci meja bahagian paling bawah ditarik. Amanda mengeluarkan pregnancy test yang dibeli sewaktu keluar dengan Rasha tempoh hari.
Dia gagahkan kaki ke bilik air.
Usai semuanya, Amanda meletakkan pregnancy test yang sudah diuji ke atas sinki bilik air. Dia meletakkan tangan ke bawah aliran air lalu menyapu ke wajah. Dia angkat kepala melihat wajah sendiri dalam lantunan cermin.
Wajah yang sedikit pucat ditilik. Amanda memegang bibir. Nampak macam orang sakit.
Kemudian, mata dibawa kembali kepada alat berwarna putih yang diletakkan di atas sinki tadi.
Terdapat dua line merah di atas alat tersebut. Amanda ukir senyum. Patut la rasa lain macam badan. Rupanya dah ada yang menghuni rahimnya saat ini.
Amanda meletakkan tangan ke perut. Dapat merasakan sedikit kesan di situ. Namun tidak perasan kalau dilihat orang.
Seketika kemudian, senyuman tadi mati. Dalam keadaan sekarang, kandungan ini perlu dirahsiakan. Tiada sesiapa pun yang boleh tahu tentang benih yang wujud ini.
Amanda membuang alat itu ke dalam tong sampah di bawah sinki. Dia membasuh tangan lalu keluar dari bilik air.
Amanda terus kembali ke katil. Tubuh dihempas ke atas.
"Abang, we made it!" Ayat itu sekadar keluar dalam lintasan kepala.
Dia tertidur dengan berita gembira tentang kewujudan anak dalam kandung. Namun, perlu dirahsiakan.
Lamunan Amanda terhenti saat mendengar pintu ditutup seseorang. Amanda lantas keluar dari walk in closet.
Rasha yang lengkap dengan pakaian pengawal peribadi sudah berdiri di dalam bilik Amanda.
"Kau dah sedia?" Rasha berjalan membontoti Amanda ke arah sofa dalam bilik.
"Entah la Ash. Aku rasa macam macam yang ada kat dalam kepala sekarang ni. Lepas ni aku yakin, akan ada yang datang kononya nak membantu, tapi...nak ambik kesempatan. Waktu tu, aku kena kuat. Semua orang kena kuat kalau tak nak Genovia ni hancur." Amanda menyandar ke sofa. Dibiarkan kot coklat cair terbuka di bahagian hadapan. Terdedah bahagian perut yang sedikit membukit.
Mata Rasha tertumpu di situ. Namun, segera dia memandang ke arah lain bila fikiran mula ke arah 'itu'.
"Sabar Manda. Aku akan tolong kau. Kau tak payah risau." Rasha menarik tangan Amanda lalu digengam kuat menyalurkan kekuatan.
Melangkah sahaja masuk ke dalam dewan, mata Amanda disuluh dengan cahaya lampu dari kamera.
Tanpa memandang sekeliling, Amanda naik ke pentas lalu melabuhkan duduk di kerusi yang dikhaskan.
Tengku Muadzam yang sudah menunggu bangun saat kakak iparnya naik ke pentas sekadar menunjukkan penghormatan kepada permaisuri Genovia. Apabila Amanda sudah duduk, dia juga duduk.
Amanda tarik nafas dalam dalam sebelum memulakan ayatnya.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum saya memulakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan yang sanggup hadir pada hari ini. Sidang akhbar yang diadakan hari ni adalah bertujuan untuk menyampaikan berita dari istana berhubung raja Genovia. Seperti sedia maklum, khabar angin mengatakan raja Genovia, Tengku Iman Mukhriz Shah telah membelot dengan mengupah beberapa individu untuk mengebom hospital DiRaja telah tular di media. Saya sebagai permaisuri Genovia, ingin memberitahu bahawa raja Genovia, telah menghilangkan diri dan sudah hampir dua minggu tidak pulang ke istana. Jadi, saya memutuskan bahawa...berita yang tular mungkin adalah betul seperti yang diperkatakan. Jadi, disini saya ingin meminta maaf atas apa yang berlaku. Kejadian yang berlaku dahulu pun di luar pengetahuan saya memandangkan pada waktu itu saya belum lagi menjadi isteri kepada Tengku Iman Mukhriz Shah. Selepas perbincangan dengan orang orang besar istana Genovia, kami telah bersepakat untuk menyerahkan segala pemerintahan Genovia kepada pewaris tunggal negara Genovia. Tengku Iman Muadzam Shah." Amanda mengerling Tengku Muadzam sekilas. Lelaki itu hanya menayang riak wajah serius tanpa senyum.
Seterusnya Amanda meminta Tengku Muadzam memberi sepatah dua kata atas perlantikannya sebagai raja sementara negara ini.
"Terima kasih. Saya berharap rakyat Genovia berbesar hati menerima saya yang masih mentah ini untuk mentadbir Genovia sementara menunggu pemerintah yang lebih berhak yang akan menggantikan Tengku Iman Mukhriz. Sekian."
Usai berkata kata, Amanda dan Tengku Muadzam bangun dari kerusi. Amanda mengangkat sedikit tangan kepada pihak media lalu berjalan keluar dari dewan. Rasha yang dari tadi berdiri di belakang, mengiringi Amanda keluar. Dia mengangkat tangan menghadang wartawan daripada mengikut langkah Amanda.
"Kak Manda... Lepasni kita perlu buat apa?" Soalan Tengku Muadzam dibiarkan tiada jawapan. Amanda memandang ke luar tingkap ruangan santai keluarga DiRaja Genovia.
Beberapa saat keadaan sunyi, barulah Amanda memandang Tengku Muadzam.
"Lepasni kita tunggu, pembelot sebenar akan datang nak ambik alih Genovia." Amanda mengukir senyum senget.
Tengku Muadzam hanya melihat wajah kakak iparnya itu. Kemudian dia angguk faham.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/194830889-288-k748374.jpg)
YOU ARE READING
IKHLASKAN CINTAKU✔️
RomansaKebebasan? Bercakap soal kebebasan, semua orang mahukannya. Bukan hanya berbuat apa sahaja dalam hidup, tetapi juga kebebasan untuk mencari peneman hidup sendiri. Tidak terkecuali Tengku Amanda. Namun, tiada kebebasan buatnya. Hidup yang dirasakan...