B A B 7

6K 327 4
                                    

ALYNNA menutup surah Yasin di tangan, dia merenung lama kubur arwah Rayyan. "Assalamualaikum, Rayyan" tangan dia bergerak mencabut rumput yang tumbuh meliar.

"Ini aku... Alyn..." suara sebak cuba di tahan.

"Kau tahu? Aku fight dengan Rayqal malam tadi... Aku mengaku dia kuat, tapi tetap tak setanding aku!"

Alynna tergelak kecil, atau lebih tepat menahan tangis.

"Aku rindu kau, Ray... Rindu sangat" ucap Alynna sayu. "Aku kerap lepak dekat rooftop bila aku ada masa lapang... Masa tu, macam-macam memori datang menyinggah minda tau"

Alynna menggeleng. "Aku doakan kau sentiasa tenang dekat sana... Aku balik dulu ya? Nak singgah rumah mama pulak ni"

Alynna berdiri dan segera melangkah. Sempat dia memandang sekilas ke arah kubur arwah sebelum masuk ke kereta. Laju keretanya memecut membelah jalan. Dia menuju ke rumah keluarga arwah Rayyan.

Rindu kepada ibu angkatnya menggunung!

Tiada kesempatan dia ingin melawat keluarga itu sejak cuti sekolah yang lalu. Cuti sekolah pula dia habiskan masa di Itali dan Korea, mengikut Asy menguruskan syarikat sekaligus menenangkan diri.

Tipulah jika dia kata peristiwa hitam itu tidak menghantuinya. Malah sehingga kini, masih jelas terbayang tubuh Rayyan rebah di hadapan mata. Alynna memakirkan kereta di luar pagar rumah banglo itu. Ingin membuat kejutan kepada Pn. Sri Ayana.

"Assalamualaikum!"

TOK TOK TOK!

Pintu rumah diketuk cukup tiga kali. Jangan lebih-lebih.

"Waalaikumsalam- Ya Allah.. Alynna!!"

Terkejut Pn. Sri Ayana yang membuka pintu utama, apabila melihat Alynna terpacak dengan senyuman di bibir.

"Mama, apa khabar?" Alynna tunduk menyalami wanita itu. "Mama sihat aja, kamu kenapa lama tak datang?"

"Sibuk sikit mama.. Sejak jadi pengawas ni, macam-macam nak kena baiki semula..." jawab Alynna sopan. "Oh.. Tak apalah, masuklah"

Alynna melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.

"Kak Lyn!"

Alynna memandang kearah tangga,
"Yana!" tangan didepakan untuk memeluk satu-satunya adik arwah sahabat. Ryana memeluk Alynna erat, senyuman ceria menghiasi wajah comel itu.

Alynna mencubit pipi Ryana, si kecil itu comel dengan uniform sekolah yang masih tersarung. Pasti baru pulang.

"Yana baru balik eh?" tanya Alynna.

"Ha'ah, Yana tolong cikgu.. Sebab tu lambat balik" petah gadis kecil itu berbicara.

Alynna menggosok rambut Ryana manja, "bagus adik akak l" pujinya. "Yana pergi mandi.. Sekejap lagi kita makan.. Alyn, makan sekali ya?"

Alynna mengangguk setuju untuk pelawaan Pn. Sri Ayana. Ryana pula memecut ke biliknya. "Nak Alyn tolong apa-apa ke?" tanya Alynna, dia melangkah masuk ke dapur.

"Hm.. Tolong potongkan bawang tu, boleh?" pinta wanita itu. "Eh boleh.. Kacang aja ni"

Alynna duduk dan mengambil pisau serta bawang merah. Dia mengupas kulit bawang itu sehingga habis. 15 minit, habis empat biji bawang merah dikupasnya.

"Mama nak masak apa?" tanya Alynna sambil memotong bawang-bawang utu kepada bahagian kecil.

"Mama ingat nak masak kari ayam aja, minum petang kamu ada sekali lah ya? Mama ada buat kek coklat semalam"

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now