B A B 10

5.6K 310 0
                                    

IRENE menahan serangan anak buah Scorpio Thunder.

BANG!

Tembakan dilepaskan di rusuk lelaki itu. Terus dia rebah. Irene meliarkan pandangan ke sekitar apabila tiada yang menyerang, mencari kelibat Alynna.

"Hayden! Icy mana?" dia menempik ke arah Hayden yang menyepak musuh.

"Entah!" Irene mengeluh resah.

"Xander, where are Icy?" Irene bertanya kepada Xander melalui earpiece. Xander yang berada di posisi headhunter memandang dari atas siling.

"Aku tak nampak kelibat dia dekat sini-"

"KAU MEMANG SIAL!"

Tiba-tiba kedengaran suara Alynna menempik marah. "Dia ada dekat tingkat atas!" kata Xander yakin, sakit telinganya mendengar jeritan itu.

"Aku pergi dekat dia!" kata Irene sebelum memecut ke tangga. "Tunggu aku!" diikuti Hayden. Tiba mereka di tingkat atas, kelihatan Alynna sedang berlawan pedang dengan seorang lelaki. Yakni ketua Scorpio Thunder, Lay.

"Kau tak guna! Kau cuba nak bunuh abang aku, gila ke?" tengking Alynna, pedang dihayun ke arah Lay. "Aku takkan cuba bunuh dia kalau dia tak cuba bunuh aku! Dia pengkhianat!" bidas Lay marah.

Alynna menolak pedangnya dan pedang Lay yang berlaga, sekaligus membuatkan mereka terkebelakang beberapa tapak. "Asy tak pernah beri arahan macam tu!" tegas Alynna, hanya satu di fikirannya.

'Sial kau, Zaff!'

"Argh!! Orang buat salah takkan mengaku!"

Lay dan Alynna kembali beradu tenaga. Irene dan Hayden hanya mampu melihat, tidak berani ingin masuk campur apabila melihat wajah dua ketua mafia itu menyeramkan.

"Take this!"

Lay melibas pedangnya ke wajah Alynna, gadis itu sempat ke belakang namun hujung pedang Lay terkena dari atas keningnya hingga bawah mata kiri.

"Argh!"

"Icy!"

Hayden melepaskan tembakan, mengenai bahu Lay. Irene pula baru ingin berlari ke arah Alynna di tahan Xander yang tiba-tiba muncul.

"Kau tahu tak sakit?"

Alynna menekup mata kirinya yang terkena mata pedang itu dengan tangan kiri. Tangan kanannya masih mengenggam kemas pedang. Masih tidak mahu mengalah.

"Sakit eh? Ingatkan tak sakit" ejek Lay, senyuman sinis terukir melihat tangan kiri Alynna penuh dengan darah. "Mari aku tunjuk, sakit ke tak!" Alynna mara ke hadapan, namun jam di tangannya tiba-tiba berbunyi.

"Shit!" carutnya.

"It's turn on. Get out!"

Kedengaran Wiz bersuara cemas melalui earpiece.

"Ergh... Siap kau nanti!" Alynna membentak geram. Dia mengeluarkan pistol miliknya dan melepaskan tembakan ke arah Lay. Namun hanya mengenai lengan kanan lelaki itu.

Alynna segera menarik tangan Irene keluar dari bangunan itu. Xander, Hayden dan Wiz juga turut berlari keluar bersama anak buah mereka yang lain.

BOM!

Bangunan itu meletup, berterbangan sisa-sisa batu ke udara. Alynna terduduk akibat letupan kuat itu, bukan hanya dia. Mereka yang lain juga sama.

"Arh..." mata kiri masih ditekup. Wajahnya sudah pucat akibat kekurangan darah. Irene mengetap bibir melihat keadaan rakannya itu, "Xander! Hospital.. Now!"

___________

BRUM...

Naura terjaga apabila telinga menangkap bunyi kereta. Dia bangun lalu menjenguk ke luar tingkap. "Iris! Iris! Bangun, dia orang dah balik!" melihat kereta BMW Irene ada, dia menggoyangkan Iris yang lena di sebelahnya.

"Erm? Huahm..." Iris menguap, terkebil-kebil dia memandang Naura yang menyarung tudung. "Ish! Jangan mamailah! Bangun!" tudung Iris dicampak ke muka tuan punya.

"Ish!! Janganlah!" Iris membentak, namun disarung juga tudung yang dicampak Naura. Mereka berlari anak turun ke ruang tamu. Asy sudah terpacak di muka pintu. Menunggu Alynna keluar daripada kereta.

"Asy"

Naura dan Iris turut berdiri di sebelah jejaka itu. Pintu Range Rover yang dinaiki Xander, Wiz dan Hayden terbuka. Mereka bertiga melangkah keluar.

Xander dan Wiz melangkah ke mansion manakala Hayden membuka pintu sebelah pemandu BMW Irene. Alynna melangkah keluar dengan bantuan Hayden. Mata kirinya ditutup dengan kapas dan ada kesan darah, kaki kanan dibalut. Lengan bajunya yang koyak mendedahkan balutan di lengan.

Asy berlari anak mendapatkan Alynna, terkejut melihat keadaan adiknya itu. Naura dan Iris pula kaku di tempat mereka berdiri, Irene melangkah ke arah mereka. Iris yang melihat kembarnya itu lantas memeluk erat.

"Ah! Syukurlah kau balik!" ucap Iris dengan suara tertahan-tahan. " Aku luka sikit aja lah " kata Irene, senyuman diukir walau payah dek bibirnya yang pecah.

"Apa dah jadi dengan kau ni, Alyn?! Dengan mata bertutupnya, kakinya.. Lengannya lagi!" ucap Naura terkejut.

Alynna tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Dia membiarkan Asy mengangkat dia ke ruang tamu, amarahnya masih bersisa. Takut terkasar bahasa pula.

"Cuba cerita, apa jadi sebenarnya ni?" pinta Asy, dia memandang tiga orang kanan Alynna. "Mata Icy kena libas dengan pedang, mujur tak dalam dan buta" jelas Wiz, mewakili mereka bertiga.

"Astaghfirullah..." terkejut Asy, Iris dan Irene melihat mata Alynna yang berjahit di bahagian kening dan bawah mata.

Hanya dua bahagian itu saja terpaksa di jahit, mujur Alynna menutup matanya ketika dilibas Lay. Jika tidak pasti dia buta.

"Aku kena bergaya lanun balik lah" ucap Alynna tenang. Walhal dia menyumpah seranah Lay. "Tangan kau ni?" tanya Iris ingin tahu. Sedari tadi dia memerhati balutan di lengan rakannya itu.

"Aku kena toreh dengan pisau" jawab Alynna, mujur lengannya tidak perlu dijahit. Cuma panjang saja lukanya. "Kaki?" soal Irene pula, dia hairan mengapa kaki Alynna berbalut. "Aku terseliuh, masa kita turun tangga.. Kau tak sedar kut" jawab Alynna.

"You're crazy, Aisy" ucap Asy sambil menggeleng. "I'm not crazy.. I'm do a revenge" balas Alynna, senyuman sinis terukir. Puas melihat bangunan Scorpio Thunder terbakar marak.

Dia tahu yang Lay dapat melepaskan diri, dia sempat berpusing ke belakang sebelum mereka keluar dari ruangan dia dan Lay bertarung. Dan melihat lelaki itu terjun dari tingkap.

"Dah.... Pergi tidur, rehat... Esok kita kena kemas benda-benda ni"

"Fine, mummy"

"Aku bukan mak kau lah!"

BERSAMBUNG :

BAB 10 » BAB 6.. Memang aku susun macam tu pun😩

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now