TANGAN si abang di salam tanda hormat, Alynna memandang Asy dengan wajah masam. "Memang abang kena balik ke?" soal Alynna sedih.
"Eh... Tengok tu tengok, janganlah bagi abang berat hati nak balik Aisy..." Asy mengusap kepala Alynna yang dilitupi tudung. "Bukan lah..." kata Alynna.
"Habis tu?"
"Kenapa mesti bawa Kak Ikha sekali?! Nanti Aisy rindu..." rengek Alynna. Tangan kekar abangnya itu digoncang. Ternganga Asy dibuatnya, Zulaikha yang sedari tadi berdiri di sebelahnya tergelak. "Eh budak ni! Abang tak nak balik semula nanti!" rungut Asy geram.
"Wek! Tak kisah" Alynna menjelirkan lidahnya. "Kak Ikha awalnya nak balik" kata Alynna sayu. "Alah.. Bukan akak tak balik dah, Aisy ada nombor akak kan " pujuk Zulaikha.
Alynna mengangguk sebelum menyalami wanita muda itu. "Akak jaga diri tau! Ada masa call lah Aisy" kata Alynna. Pandangan tajam Asy tidak diendahkanya. "Akak tahu lah"
"Abang!"
Alynna beralih pada Asy, dia memeluk tubuh tegap lelaki itu. Namun sedikit pun Asy tidak memandang, merajuk!
"Alah abang janganlah merajuk! Aisy gurau jelah" pujuk Alynna, dia menayang wajah comel. "Abang... Janganlah macam ni~ Aisy gurau je... Sorry" rayu Alynna, serba salah pula melihat wajah dingin Asy itu. Risau abangnya terasa hati, tak fasal-fasal terkena musibah pula nanti.
"Awak, Aisy gurau je kan?" Zulaikha turut memujuk. "Ha back up lah adik kesayangan awak tu! Back up!" kata Asy dingin, tangan Alynna ditepis dari memeluknya.
Asy melangkah ke balai pelepasan tanpa berpaling, Alynna terkedu namun terus dia mengejar abangnya itu. Zulaikha turut mengikut.
"Abang, maaflah! Janganlah macam ni..." Alynna memeluk Asy daripada belakang. Suaranya bergetar. Lagi-lagi apabila Asy langsung tidak berpaling ke arahnya.
"Abang... Janganlah tinggal Aisy..."
Asy berpaling sebaik mendengar suara serak Alynna. Dia membalas pelukan gadis itu, belakang tubuhnya digosok lembut.
"Hey janganlah nangis, abang gurau je lah..." dia melutut. Serba salah pula melihat air di tubir mata adiknya itu, "janganlah nangis puteri abang ni". Air mata itu diseka dengan ibu jarinya. "Abang janji tak tinggal Aisy?" Asy mengangguk.
"Abang janji, abang balik sini semula?" Asy mengangguk lagi. "Dah... Jangan nangis! Kata leader..."
Alynna mengesat air mata yang bersisa, kemudian bahu Asy ditepuk kuat. Geram dengan perangai lelaki itu!
"Abang jahat lah!! Eii!!"
Alynna menatap Asy marah, boleh pula lelaki itu tersengih kambing!
"Awak ni, tak baik tau!!" Zulaikha mengetuk bahu Asy berkali-kali dengan beg silangnya. "Aduh! Aduh! Alah sorry lah!!"
"Sorry awak boleh naik lori!"
"Tapi kita nak naik kapal terbang, bukan lori"
"Eei!! Bengap pulak dia!"
Semakin kuat Zulaikha memukul, Asy terjerit-jerit sakit.
"Aduh, sayang sakitlah!"
"Siapa sayang awak ha?"
"Uish.. Garangnya sayang ni, agaknya dekat katil garang tak?"
"Otak karat!"
_______
ALYNNA menatap langit malam, bosan menguasai diri. Dia tidak boleh tidur, mungkin kerana tertidur selepas zuhur siang tadi. Tudung sarungnya diperbetulkan sekali sekala.
YOU ARE READING
Emerald High : Fight [ C ]
Novela JuvenilAisy Alynna. Nama yang sudah tidak asing lagi buat warga Emerald High. Tidak kira para pelajar mahupun tenaga pengajar. Biarpun baru setahun menjadi pengawas, ketegasannya membuatkan semua gerun. Sorot mata yang dingin, senyuman yang amat sukar diu...