BAB 17

5.4K 311 16
                                    

BUNYI air terjun menyapa gegendang telinga, sebaik saja turun daripada bas. Melihat persekitaran hutan lipur itu, cukup membuatkan hati tenang.

Alynna kagum sendiri melihat ciptaan Allah di sekelilingnya. Air terjun, sungai jernih serta pokok-pokok di sekeliling. Pasti semuanya di jaga rapi oleh orang-orang di sini.

"Cantiknya!! Air terjun!"

Iris menjerit kecil akibat teruja. Matanya bersinar-sinar melihat suasana di situ.

"Ha'ah lah kan? Damai aja" sokong Naura. Dia turut teruja. "Oi, mari lah ambil beg kau orang ni!" panggil Rayqal apabila melihat anak-anak dara itu statik di tempat mereka. "Alah.. Kau orang angkat lah! Kata lelaki!" ucap Iris, mula dah perangai sengal dia itu.

Ternganga empat jejaka itu dibuatnya, "angkat-angkat.. Kata jantan?" Naura tersenyum mengejek seolah-olah mencabar mereka. Akibat tercabar, White Devil mengangkat juga beg Black Angel. Pengawas-pengawas lain yang memandang tersengih-sengih. Boleh buat bahan ejek...

"Semua berkumpul dekat sini!!" laung En. Basri.

Black Angel membantu 'adik-adik' mereka mengeluarkan beg agar cepat selesai dan cepat berkumpul. "Ambik ni, cepat-cepat..." arah Alynna sambil menghulur. "Terima kasih kak"

Setelah semua berkumpul, En. Basri bersuara lagi. "Saya nak kenalkan, fasi-fasi kamu di sini. Saya harap tiada yang membuat hal walaupun kamu semua pengawas"

"Baiklah, Bad.. Kamu ambil alih"

Seorang lelaki muda mengambil mikrofon dari tangan En. Basri. "Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Badrul.. Semua boleh panggil abang Bad.. Saya ketua fasi di sini" ucap Badrul. "Ini Kak Nad, Kak Yuni, Abang Umar, Abang Luq dan Kak Kira" dia turut memperkenalkan rakan-rakan fasinya.

"Memandangkan kamu semua terlambat sampai, tanpa membuang masa... Abang nak kamu semua diri kan khemah! Satu khemah boleh kongsi 2 orang, mana besar tu.. Rasa muat kut 4 orang kalau untuk adik-adik form 2 ni"

SKIP

Alynna mengesat peluh yang menitik, dia dan Iris baru saja mendirikan khemah. Dia dan Iris akan berkongsi khemah, begitu juga dengan Naura dan Irene.


"Al, nah!"

Rayqal mencampakkan sebotol coke yang dibeli mereka. Alynna menangkap dengan baik, pantas dibuka lalu diteguk rakus. Haus siak!

"Aku tak ada?" soal Iris. "Ada, nah!" Qayyum mencampak pula sebotol fanta orange. Iris segera menyambut, penutup botol dibuka sedikit terlebih dahulu supaya gasnya keluar. Baru lah dia membuka setelah gas berkurang. Bukan apa, takut 'meletop'!

"Wah-wah.. Sedapnya air, sikit!"

Irene merampas fanta grape dari tangan Danish. Ianya masih belum di minum tetapi sudah dibuka. "What the?" Tercengang jejaka itu dibuatnya.

"Thank you!" dan Naura mengambil air yang dihulur Harrez. Lapan pengawas berjawatan tinggi itu duduk di dalam bulatan. Masing-masing menikmati air yang dibeli mereka sewaktu ke pasaraya minggu lepas.

"Kamu semua diberi waktu bebas sehingga malam! Untuk hari pertama ni kita tak buat apa-apa aktiviti kecuali ice breaking malam ni" laung Badrul.

Kedengaran suara-suara bersorak riang. Black Angel hanya beriak selamba manakala White Devil ber-high five.

"Jom, kita pergi tengok air terjun! Jomlah, jomlah" rengek Iris. Tangan Alynna digoyang-goyang. Qayyum hanya memandang sekilas, terasa telinganya memerah.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now