BAB 18

5.2K 301 8
                                    

KTUNG!

KTANG!!

KTUNG!!

KTANG!!

Alynna terjaga sebaik saja mendengar bunyi bising itu, dia duduk memandang ke pintu khemah yang tertutup.

"Bangun! Bangun! Subuh dah nak dekat! Mandi! Mandi!"

Kemudian dia melepaskan nafas lega, ingatkan apalah. Iris disebelah dikejut, sambil itu tangannya mencapai barang mandian.

"Ris, bangun... Jom mandi" kejut Alynna, selimut Iris ditarik lalu di letak ke tepi. "Hmm? Erm..." perlahan-lahan Iris bangun. Matanya ditenyeh bagi menjelaskan penglihatan. "Ambil barang mandi kau cepat, lambat nanti penuh... Jom, kita mandi" ajak Alynna lembut.

Iris mengangguk, dia menyarung tudungnya dan mengambil barang mandian. Begitu juga Alynna.

Dua gadis itu melangkah keluar dan menuju ke tandas. Baru beberapa orang berada di ruang mandi ketika itu, memudahkan kerja mereka. Selepas menyarung pakaian, mereka melangkah keluar menuju ke khemah Naura dan Irene.

"Naura! Irene! Bangun!" Iris yang sudah segar mencungkil zip khemah agar terbuka.

"Bangun! Nanti bilik mandi penuh, susah!" arah Alynna.

Dia menarik tangan Naura dan Irene supaya mereka bangun, Iris menampar-nampar pipi kembarnya itu. Tidak kuat, tetapi cukup untuk membuat Irene terjaga.

"Ye lah.. Yelah"

Dua gadis itu melangkah ke bilik mandi.

"Kamu berdua dah bangun? Boleh tolong kejutkan yang lain?" tegur Nadia.

"Boleh kak, yang ni biar kami settle kan" kata Alynna. Iris mengangguk setuju. "Baiklah, kejut tau" selepas Nadia berlalu, Alynna dan Iris berpecah dan menuju ke setiap khemah.

Semua mereka kejutkan, melihat fasi lelaki sedang membantu fasi perempuan memasak Alynna segera melangkah ke khemah Rayqal.

"Rayqal! Bangun! Dah nak subuh!"

Jejaka itu terpisat-pisat bangun, dia duduk namun dengan mata tertutup. "Rayqal! Bangun! Kau nak khemah kau ni roboh ke?" Alynna mulai mengugut ingin merobohkan khemah Rayqal dan Harrez.

"Janganlah..." kedengaran suara serak basah Rayqal melarang. Alynna tercair seketika. "Dah tu? Bangun cepat!" namun beberapa saat dia kembali menyinga. Rayqal membuka zip khemah lalu keluar bersama tuala dan pakaian ganti.

"Bagus! Kau dah siap nanti kejut yang lain tau!" Alynna terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Bukan apa, hati tidak kuat melihat rambut messy Rayqal itu!

Mencairkan jiwa anak gadis!

"Morning girls!"

Beberapa minit Naura dan Irene kembali ke khemah mereka. Iris dan Alynna hanya mengangkat tangan membalas sapaan, sebelum kembali membaca tentatif program.

"Lepas sarapan ni... Kita akan buat treasure hunter... Then pertandingan memasak... Malam ada night walk..." Alynna menggumam.

Otaknya bekerja keras, cuba memikirkan masa yang berkemungkinan Fire Tiger akan menyerangnya.

'Kalau masa treasure hunter boleh jadi juga... Tapi siang hari.. Maybe night walk nanti... Then I need to put that rambo in my shoes... Hm..

"Pagi Angel sekalian!" tegur Qayyum, dia melangkah mendekati Black Angel diikuti rakan-rakannya. "Pagi..." sahut Iris, hairan mengapa Qayyum memanggil mereka 'Angel'. Lelaki itu kebiasaannya memanggil mereka 'Black'.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now