ALYNNA merenung laporan pengawas pada minggun ini. Kebanyakaannya kes ponteng kelas.
"Banyak kes apa minggu, Alyn?"
Rayqal menyoal dari mejanya, dia sedang memilih tarikh sesuai untuk sambutan Hari Ibu peringkat sekolah mereka. Seperti tahun lepas, majlis itu akan diadakan pada malam hari.
"Ponteng, nanti aku suruh Rene dengan Iris pergi ronda..." jawab Alynna. Rayqal mengangguk faham.
"Kalau 12/6 ni okay?" soal Rayqal sambil menghulur kalendar di tangannya. Alynna mengambil dan melihat tarikh yang diucap Rayqal. "Hmm... Aku rasa okay dah" Rayqal mengangguk, buku nota miliknya di tutup. Badan diregangkan ke belakang, keluhan lega dilepaskan. Alynna tersengih melihat.
Sudah satu jam jejaka itu menghadap kalendar, hanya kerana bila dicadang tarikh pada Alynna gadis itu membantah. Sebenarnya Alynna sengaja ingin membuli Rayqal. Biar dia duduk lama sikit.
"Kau nak apa-apa ke? Aku nak pergi 7 Eleven ni" soal Rayqal, tiba-tiba terasa rajin ingin berjalan. "Belikan aku air mineral dengan aiskrim Cornetto coklat satu, belanja" pinta Alynna. Rayqal mengangguk pasrah, dia melangkah keluar dari bilik pengawas itu. Magiknya, jejaka itu tidak membantah apabila disuruh belanja.
Alynna menolak sedikit kerusinya dari meja, penat menulis laporan ke dalam buku disiplin pelajar. Mata dikatup seketika. Nafas dihela perlahan.
"Ah... Penatnya..." keluhnya perlahan.
Telefonnya tiba-tiba bergetar, minta diangkat. Terjongket kening Alynna melihat yang menelefonnya adalah Asy. Segera dia menekan bulatan hijau di skrin. Alat elektronik itu dibawa ke telinga
"Hello, assalamualaikum?"
" Waalaikumsalam Aisy, sihat ke?" soal Asy di talian sebelah.
"Aisy sihat je, abang?" soal Alynna kembali. "Abang pun sihat, I have something to share! Abang tak boleh tunggu malam.. Aisy sibuk ke?"
Alynna menggeleng walaupun dia tahu Asy tidak nampak, "tak sibuk pun.. hari ni tak ada kelas petang" jawabnya.
"Great! Macam ni.. Semalam abang pergi lepak dekat kafe biasa abang pergi.. Kafe tu ada jemputan someone untuk buat persembahan dekat situ. And orang dia jemput tu perempuan, her name is Zulaikha Adelia.. "
"Melayu?"
"Yes, dia komposer muzik dekat sini.. Cantik! Sempat lah abang borak dengan dia.."
"Jap-jap, Aisy rasa Aisy tahu apa abang nak cakap ni" kata Alynna, dia tersengih secara automatik. " Abang jatuh cinta pandang pertama kan? "
"I think so, but every time I look at her.. My heart going crazy!" Alynna tergelak kecil mendengar suara teruja abangnya itu. "Then? What are you waiting for? Take her and make her yours!" lampu hijau diberi.
"Tak payah Aisy cakap, abang memang akan buat!"
Alynna tersenyum, kebahagiaan Asy kebahagiaan dia juga. "Baguslah tu, abang hantar gambar bakal kakak ipar Aisy dekat Aisy tau"
"I will! Okaylah, abang kena masuk meeting dah ni.. Bye dear, love you"
"Okay, bye.. love you too"
Talian dimatikan, pintu turut dibuka dari luar. Rayqal melangkah masuk dengan plastik di tangan. "Nah, kau punya... sembang dengan siapa? Boyfriend?" soalnya. Alynna mendapat akal ingin menyakat jejaka itu, "ha'ah.. Boyfriend" jawab Alynna.
"Oh" wajah Rayqal terus berubah tegang. Ingin tergelak Alynna dibuatnya, "tak adalah! Abang aku yang telefon" beritahu Alynna. Wajah Rayqal kembali ceria.
"Jadi, aku ada peluang lagi lah kan?" soal Rayqal. Alynna terus memandang jejaka itu dengan wajah tidak faham, "maksud kau?".
"Kau tahu apa maksud aku, Alyn" kata Rayqal beserta sengihan nakal. Alynna diam memproses kata-kata Rayqal. Seketika kemudian wajahnya memanas, "hei!".
"Assalamualaikum, kami dari jabatan pencegahan maksiat"
Terus kaku Alynna dan Rayqal, mereka memandang pintu yang terbuka. Kelihatan Iris dan Qayyum tersengih di situ.
"Oi bangang! Buat takut aku je!"
Alynna mencampak pennya ke arah dua remaja itu. Rayqal sudah bersedia ingin membelasah Qayyum. Lengan kemeja pengawasnya disinsing ke siku.
"Dah puas sweet-sweet kan? Jom balik, Naura dengan Irene dah gerak dah" ajak Iris. Alynna mengangguk, telefon dan buku notanya diambil sebelum melangkah keluar dari bilik pengawas. Sempat dia melambai Qayyum dan Rayqal.
Dia masuk ke dalam kereta Iris, tali pinggang ditarik dan dipakai. Begitu juga tuan punya kereta. "Kau nak singgah mana-mana ke?" soal Iris.
Alynna menggeleng, dia mengeluarkan telefon sebaik saja kereta yang dinaiki mereka melepasi dari pagar sekolah. Hanya suara DJ radio dan suara Iris menyanyi memecah kesunyian. Alynna hanya diam melihat telefonnya.
A minutes later
"Al..." Iris menyeru namanya.
"Ya?" wajah dihalakan ke arah Iris yang menjeling-jeling cermin pandang belakang.
"Kereta belakang ni daripada tadi ikut kita"
Alynna mengerling nombor pendaftaran kereta itu. Dia segera menaip di dalam telefonnya. "Iris, bawa laju sikit" arah Alynna. Iris menekan minyak sedikit kuat membuatkan kereta mereka bergerak laju.
"Jangan balik lagi, pusing je mana-mana dulu" Iris hanya mengangguk mendengar arahan Alynna. Ketuanya itu sudah mendail nombor Hayden.
"Hello, Hay?"
"Yes?"
"Tolong hantar budak jaga rumah aku, Naura dengan Irene je ada tu..." pinta Alynna tegas.
"Nae... Kau dekat mana?"
"Entah... Ada kereta follow aku dengan Iris dari sekolah tadi... Aku tak pasti sama ada Scorpio atau Tiger"
"Need our help?"
"Tak apa, aku boleh handle sendiri" kata Alynna.
"Alyn.. Dia orang makin laju" kata Iris sedikit gelisah. Dia melajukan kereta, Alynna berpaling ke belakang. Matanya membuntang. "Rendahkan badan kau Iris!"
BANG!
Cermin kereta Iris retak dan mempunyai lubang ditebuk peluru. Peluh dingin menitik di dahi Iris, terkejut dan takut.
"Jangan cemas, kau drive je.. Biar aku settle" kata Alynna, dia mengeluarkan Glock 33 yang dia sorok di dalam poket blazer sebelah dalam. Iris terlongo seketika.
"Cari pasal kau ya? Nanti, nanti" tingkap dibuka. Alynna hanya mengacu pistol itu ke belakang dan melihat melalui cermin sisi kereta. Bahaya jika dia mengeluarkan kepala, silap-silap kepala dia yang berlubang nanti.
"Take this!"
BANG!
Tembakan dilepaskan pada tayar kereta yang mengikut mereka. Sekaligus membuat kereta itu hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik. "Dah... Jom, balik" kata Alynna. Iris mengangguk akur, liur diteguk. Perasaan cemasnya mulai berkurang.
"Lepas ni kau, Irene dengan Naura jangan pergi mana-mana sendiri dan mesti beritahu aku dulu!" tegas Alynna.
" Aie aie capo! " ( Bos )
BERSAMBUNG :
YOU ARE READING
Emerald High : Fight [ C ]
Teen FictionAisy Alynna. Nama yang sudah tidak asing lagi buat warga Emerald High. Tidak kira para pelajar mahupun tenaga pengajar. Biarpun baru setahun menjadi pengawas, ketegasannya membuatkan semua gerun. Sorot mata yang dingin, senyuman yang amat sukar diu...