Sorry lambat update! Tiada idea, enjoy!!
__________
ALYNNA merenung bintang di langit. Fikirannya melayang memikirkan perbualannya dan Wiz siang tadi.
"So... Apa yang kau dapat?" Alynna memandang Wiz lekat. Dia cuba mengawal riak resahnya.
"Orang yang berlawan dengan kau tu ialah adik ketua mereka, kalau dalam mafia semua gelar dia Shadow.. Sebab dia ni pakar menyelinap..." terang Wiz.
Terdetik rasa hairan di hati apabila Alynna tiba-tiba menyuruhnya mencari maklumat mengenai orang yang berlawan dengannya.
Tidak pernah ketuanya memberi arahan pelik sebegitu.
"Nama betul dia, Luke Rayqal... Umur, sama dengan kau iaitu 17 tahun... Dan yang back up dia, best friends dia.. Dark as Nik Danish Irham, Qaliff as Qayyum Aliff dan Rez as Zaid Harrez Lee"
Jantung Alynna berhenti seketika mendengar kata-kata Wiz.
"Itu aja yang aku dapat.. Kau nak lagi ke?" tanya Wiz. Namun tiada balasan dari Alynna.
"Icy?"
'Matilah aku kalau dia orang tahu....'
"Icy!"
Pap!
Alynna mengangkat muka, terkejut apabila Wiz menepuk meja. "Nak ke tak nak?" ulang Wiz.
"Nak apa?"
Mendengar soalan gadis itu membuatkan dia menepuk dahi. "Aduh... Nak lagi ke maklumat pasal dia orang?" tanya Wiz geram. "Tak.. Cukup dah, just pastikan tiada pembelot antara kumpulan kita... Kalau ada terus call aku"
Alynna melepaskan nafas berat.
"Haish... Memang kena pakai mask lah bila berlawan dengan dia orang!"_________
Rayqal memandang sekeliling bilik barunya. White Devil baru selesai mengemas ruang tamu. Tiba-tiba dia teringat akan pertarungan yang lepas.
Dahi dikerutkan, "aku rasa aku pernah dengar suara perempuan tu... Tapi dekat mana eh?"
Rayqal menggumam sendiri. Gigih dia mengingati tetapi tiada hasil. "Nak suruh Dan cari ke... Tak payah lah... Buang masa" dia merebahkan diri ke katil.
"Selamat malam dunia"
S K I P
Pagi-pagi lagi, Black Angel bangun dan membersihkan laman belakang. Yang tunggang langgang dikerjakan mereka semasa bermain beberapa hari lepas.
Iris sedang membersihkan kolam hiasan yang dipenuhi daun dari pokok diluar pagar. Irene dan Naura pula bertungkus lumus membersihkan stor yang sedikit bersepah.
Dan Alynna menyiram pokok bunga di pagar sempadan rumah. Lebih tepat sedang berangan.
" Hello orang sebelah, buat apa tu?~ "
BAM!!
BBUMM!!
" ASTAGHFIRULLAH!! "
Paip yang di pegang Alynna teralih ke tepi, dan mengenai jiran baru mereka. Qayyum yang berada di situ pasrah apabila dia disiram ketua Black Angel itu. Terkebil-kebil Alynna melihat dia situ. Dia masih tidak tahu yang White Devil berpindah ke sebelah.
"Apa bising-bising ha? Ada bom ke apa?" datang Rayqal yang tadinya sedang take a nap berhampiran kolam renang rumah mereka.
"Kau!"
Alynna memandang tajam kearah Rayqal, benci melihat wajah itu.
"Wo... Chillex, girl... Aku just tanya kenapa?"
Rayqal mengangkat kedua tangannya tanda surrender. Naura dan Irene melangkah keluar dari stor dengan wajah pasrah.
"Bunyi apa Rene? Naura? Macam bom aja" tanya Iris hairan.
"Kotak-kotak tu jatuh... Haish!! Dah kena susun balik!!" bentak Naura.
Irene mengerutkan dahi melihat Qayyum basah kuyup, macam mandi hujan. "Aku rasa tak ada pun hujan renyai apatah lagi hujan lebat... Yang kau basah kuyup ni apahal?" tanya dia.
"Aku mandi hujan buatan..." jawab Qayyum sambil menjeling Alynna. Gadis itu hanya buat tidak nampak.
"Apahal ni? L" sampuk Danish. Entah dari mana dia muncul. Dia memandang Qayyum dengan wajah pelik. "Jangan tanya, aku blah dulu" tahu apa yang ada di fikiran rakannya itu, Qayyum lantas masuk ke dalam rumah.
"Dah lah... Shuh sana, sebelum kau yang aku 'mandikan'" ugut Alynna, paip yang masih mengalirkan air diacah kearah Rayqal dan Danish. Lintang pukang dua jejaka itu lari, tidak mahu disembur Alynna.
"Woi Lyn!! Phone kau bunyi ni!" laung Iris, dia mengangkat telefon Alynna. "Siapa?" Alynna menutup paip air dan melangkah ke arah Iris. Telefonnya di ambil.
"Tengoklah sendiri, aku nak sambung kaut daun ni" kata Iris sebelum berlalu. Alynna melihat nama pemanggil.
"Kenapa abang call aku pulak ni?" lantas dia menekan butang hijau.
" Hello? "
" Aisy!! We need your help, now!! Argh!!! "
Bum!!
Sayup-sayup kedengaran bunyi bising di talian sebelah, seperti bunyi bom dan tembakan. "Abang dekat mana tu?!!" Alynna bersuara risau. Black Angel memandang ke arahnya, suara risau Alynna menarik perhatian mereka.
"Datang sini! Italy! -"
Tut! Tut! Tut!
"What the fuck?"
Alynna mencarut apabila talian terputus. Wajahnya diraup cemas. "Kenapa Lyn?" tanya Irene prihatin. "Abang aku, aku rasa tempat kami dekat Itali kena serang! Aku kena pergi!"
"Ya Allah! Kita orang ikut boleh? Mesti ramai yang cedera" pinta Naura, Iris mengangguk setuju.
"Ha boleh, tanyalah mak ayah kau orang.. Kita duduk sana seminggu" kata Alynna sebelum berlari masuk ke rumah. Iris dan Naura turut berlari masuk, ingin menelefon ibu bapa mereka. Irene menghampiri sempadan rumah mereka dan White Devil.
"Devil!" dia menjerit. "Apa bising-bising ha?" Harrez keluar.
"Tolong jaga sekolah untuk seminggu, kami ada emergency... Nanti aku whatsapp pengetua" pesan Irene sebelum berlalu. Harrez tercengang, "macam tu aja?" dia menggaru kepala yang tidak gatal. "Lantak ah.. Kisah apa aku" dia membebel sendiri lalu melangkah masuk.
BERSAMBUNG :
P/S: Jangan pelik kalau chapter enam selepas chapter lapan😑
YOU ARE READING
Emerald High : Fight [ C ]
Teen FictionAisy Alynna. Nama yang sudah tidak asing lagi buat warga Emerald High. Tidak kira para pelajar mahupun tenaga pengajar. Biarpun baru setahun menjadi pengawas, ketegasannya membuatkan semua gerun. Sorot mata yang dingin, senyuman yang amat sukar diu...