BAB 43

5.6K 293 11
                                    

ALYNNA melangkah masuk ke dalam mansion. Terkejut Hayden dan Wiz yang berdiri berdekatan pintu apabila pintu itu dibuka kasar. "Icy! Mana kau pergi ha? Kau cabut SIM Card eh? Aku tak dapat trace kau tahu?"

Alynna mengendahkan mereka berdua dan berdiri di hadapan Black Phoenix yang lain. Wajahnya tegas, tetapi tidak dingin.

"Semua bersiap, the war will started... Soon" ucapnya. "Kau nak serang?" soal Hayden pelik. "No... Tapi FT dah hantar amaran pada aku..." jawab Alynna. Wajahnya bertukar dingin.

Flashback

Alynna merenung kosong tasik di hadapannya, cuba untuk menenangkan fikiran. "But stay otak aku serabut!" rungutnya. Sedang dia leka, mulut Alynna tiba-tiba saja ditekup daripada belakang. Membuatkan dia meronta.

"Diam!"

Terasa ada besi tajam di lehernya membuatkan Alynna kaku. Otaknya mula bergerak memikirkan rancangan untuk melepaskan diri.

"Kau tak payah nak fikir cara nak lepaskan diri sangatlah, aku cuma nak pesan pada kau" Lelaki bertopeng itu berkata. Alynna memandangnya geram.

"The war... Will start in 24 days... Be ready"

Alynna terkedu, dia tahu perang apa. Tapi 24 hari? "Kau gila? 24 hari kau fikir sempat ke aku nak siapkan budak-budak aku?" marahnya.

"That's not my problem, fikir sendirilah"

Lelaki itu terus berlalu, Alynna mengetap gigi geram. Lantas dia berlari mendapatkan superbike nya dan memecut ke mansion.

End Flashback

"Dalam 24 hari, perang akan bermula... Siapkan awal-awal, senjata api isikan peluru... Senjata tajam asahkan..."

Dengan segera ruang tamu itu kosong, masing-masing menuju ke bilik senjata. Alynna melepaskan nafas berat, perasaan gentar mulai menguasai diri. Banyak sebab mengapa dia gementar, salah satunya kerana Asy takkan turut serta bersama mereka.

"Kau orang dapat jejak Xander?" soal Alynna. Dia tidak putus-putus berharap sharp shooter nya itu pulang.

Wiz menggeleng dengan wajah hampa. Sudah puas dia meng-hack telefon, kereta mahupun peralatan elektronik Xander namun tiada hasil.

"Tak apalah, aku balik dulu..." pamit Alynna dan terus berlalu.

Hayden dan Wiz menghantar dengan pandangan mata, sehingga lah motorsikal Alynna hilang daripada pandangan.

"Kau rasa kita akan menang ke?" soal Wiz ragu.

"Mungkin... Aku harap, Asy akan tolong..." kata Hayden pula.

"Hm.. Harap macam tu lah"

_______

"Bye awak!"

Zulaikha melangkah keluar daripada ruang pejabat Asy. Dia menuju ke tangga kecemasan. Memandangkan lif rosak terpaksa lah dia menggunakannya. Dia menuruni anak tangga dengan pantas, dia sudah berjanji dengan ibunya untuk pulang awal.

Namun entah di mana silapnya, dia tergelincir.

"Kak Ikha!"

Tubuhnya disambut seseorang, Zulaikha membuka mata. Terkebil-kebil dia memandang Alynna. Ya, Alynna yang menyambutnya. Gadis itu datang untuk menemui Asy.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now