BAB 24

5.7K 306 13
                                    

"RAYQAL!"

Bergegar blok kelas itu dengan jeritan Alynna. Wajahnya merah bukan main!

"Hahahahah! Padan muka kau!" ejek Rayqal.

Alynna memandangnya seperti mahu telan, langkah seribu dia buka mengejar lelaki itu. Rayqal yang melihat turut membuka langkah, melarikan diri daripada 'singa betina' itu. Sudah seminggu berlalu sejak Majlis Sambutan Hari Ibu itu berlangsung.

Hari-hari Black Angel semakin meriah dengan perangai gila-gila White Devil sejak akhir-akhir ini. Gemar sungguh mengusik dan mengacau mereka. Bagai mahu gila gadis-gadis itu melayan!

"Jangan berlari dekat koridorlah!" tempik Naura apabila melihat Alynna dan Rayqal bekerjaran di koridor.

Dua remaja itu berlari menuruni anak tangga, menyambung larian mereka di dataran. Naura hanya mampu menggeleng, macam budak-budak!

"Sweet kan our leader tu?"

Naura menoleh ke sisi, Danish menayang sengihannya.

"Sweet?"

"Ya lah, kejar sana sini... Usik sana sini... Pick up line lagi... bila kita nak macam tu?" sakat Danish. "Ish kau ni! Mengarut je!" Naura membentak perlahan. Bahu lelaki itu dipukul perlahan dengan novel di tangannya.

"Hehehe... Kau nak ke mana ni?" tanya Danish ingin tahu. "Aku nak pergi perpustakaan, nak pulangkan novel ni" jawab Naura sambil menghayun novel di tangannya. "Kau suka baca buku?" Naura mengangguk. "Tapi novel je, aku tak berapa minat komik"

Danish mengangguk faham. "Petang ni aku nak pergi kedai buku, kau nak ikut?" pelawanya. "Hm... Sound nice, boleh jugak.. Pukul berapa?" soal Naura bersetuju.

"Lepas Asar, kau naik dengan aku je" kata Danish.

"Hm, okay juga! Jimat duit minyak aku" Naura bertepuk tangan gembira.

'Cuteʼ

"Kau nak cari novel lain ke?" soal Danish, mereka menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan. "Ha'ah, genre Aksi atau Fantasi" jawab Naura. Dia mendekati rak buku, lelaki itu hanya mengekori dia dari belakang.

"Yang kau ikut aku ni kenapa?" soal Naura pelik. "Saja" gigi yang putih bersih ditayang.

Naura menggeleng, "ikut suka kau lah, Danish..."

______

Iris membaling buah dadu, dia menggerakkan penandanya mengikut jumlah dadu itu.

"Ha! Kena, bayar-bayar"

Qayyum menadah tangannya, meminta wang sewa dari Iris apabila petak tanahnya di 'pijak' gadis itu. Iris menayang wajah bengang, nak tak nak dia menghulurkan duit kepada Qayyum. Giliran Harrez membaling dadu, dia mendapat angka 5. Penandanya digerakkan sebanyak lima kali.

"Oh yeah! KL! Aku nak beli!" bersemangat dia berkata. Irene mengambil kad hartanah, Kuala Lumpur di cari sebelum dia menukar kad itu kepada duit dengan Harrez.

Apa yang mereka buat?

Disebabkan kebosanan, empat remaja ini bermain Saidina sementara menunggu waktu rehat mereka tamat. "Oi, daripada tadi kita main benda alah ni... Tak bosan ke?" soal Irene. Wajah bosan ditayang.

"Bosan juga, jom.. Kita round sekolah?" cadang Iris.

Mendengar kata-kata dua gadis itu, Harrez dan Qayyum pantas bangun dan berlari keluar daripada bilik pengawas. Tercengang kembar itu dibuatnya, "woi! Kemaslah!" namun tidak lama mereka mengaum.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now