BAB 44

5.7K 308 18
                                    

"SEBAB kau Iris koma kau tahu?"

Alynna menutup matanya apabila Qayyum menjerkah kuat. Hampir saja lelaki itu memukulnya namun sempat di tahan pengawas lain. Mereka sedang di dalam bilik mesyuarat, pembicangan mengenai masalah disiplin pelajar.

"Sabar Qayyum... Sabar" ucap En. Basri tegas.

Naura dan Irene langsung tidak memandang Alynna, biarpun mereka duduk bersebelahan gadis itu. Perbincangan sudah hampir tamat, tetapi Alynna terlewat masuk kerana berjumpa pengetua. Kerana itu lah Qayyum melempiaskan amarahnya sekaranh.

"Kenapa kau diam ha pembunuh? Kenapa?" jerkah Qayyum lagi.

Alynna hanya diam dan berdiri, "ya... Salah aku, semua memang salah aku. Marah lah, marah sepuas hati kau... Sebab hari ni, hari terakhir aku dekat sekolah sebelum SPM"

Ucapannya membuatkan semua yang berada di situ terdiam, "aku minta jasa baik semua pengawas. Jalankan tanggungjawab kau orang dengan betul, jangan nak gila kuasa sangat. Aku minta maaf segala salah silap aku. Okay? Done! Bye-bye"

Dengan itu Alynna melangkah keluar daripada bilik mesyuarat itu, dia mengatur langkah menuju ke bilik pengawas. Begnya di atas kerusi disandang, segala yang berada di atas meja diperiksanya risau ada yang tertinggal.

Tiba di satu bingkai gambar, gambar dia dan Rayqal. "Hah..." Bingkai itu diambil dan di tekup ke meja, barulah dia melangkah pergi.

Tanpa dia sedari, Rayqal memerhati gelagatnya dalam diam. Setelah Alynna berlalu, dia mendekati meja gadis itu dan mengangkat bingkai gambar.

Melihat gambar dia dan Alynna, pantas diletak kembali bingkai itu. Kata-kata abangnya malam semalam bermain di fikiran.

"Dia tak salah Qal, kau kena tahu... Rayden yang bunuh Rayyan! And Rayyan cuma melindungi Alynna... Alynna langsung tak salah apa-apa, and about perang tu... Ianya dah tamat, dia dah beritahu segalanya"

Rambut diraup ke belakang, serabut! Dia ingin meminta maaf, namun ego. Ego mengatasi segalanya.

_______

Naura dan Irene berlari keluar daripada bilik mesyuarat sejurus mesyuarat itu tamat. Mereka berlari menuju ke bilik pengawas, dilihat hanya Rayqal di situ.

Kelibat Alynna dicari, serba salah menghurung diri mereka.

"Tu! Alyn!"

Naura menjerit memanggil Alynna di tingkat bawah, namun gadis itu sedikit pun tidak berpaling.

"Jom turun!"

Irene dan Naura berlari turun dan menuju ke tempat parkir. Namun sudah terlambat, Alynna sudah memecut pergi. Naura terduduk, air mata mengalir. Perasaan serba salah menguasai dirinya.

"Alyn... I'm sorry"

Irene memandang pintu pagar lama, nafas cuba dikawal.

"Minta maaf Lyn"

_______

Alynna merenung biasan dirinya di cermin, riaknya dingin seperti biasa. "Be strong Icy, jangan mudah mengalah... Fight for them" kata-kata semangat diucap buat dirinya. Langkah diatur keluar daripada bilik, kelibat Hayden dan Wiz sudah menunggunya di pintu utama.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now