BAB 28

4.9K 284 18
                                    

ALYNNA tersenyum nakal melihat Asy sedang termenung di laman rumah. Abangnya itu leka menatap bintang di langit sambil duduk di atas rumput. Guitar turut berada di sampingnya. Alynna terjingkit-jingkit berjalan ke arah Asy. Tiba saja dibelakang lelaki itu,

"BAH!"

Asy berpaling dan menayang wajah hodoh, Alynna pula yang terkejut akibat disergah Asy. "Ibu!" terduduk dia dibuatnya. "Hahahaha!! Nak sergah abang lagikan? Padan muka!" ejek Asy.

Alynna melabuhkan punggung di sebelah Asy, dia mendongak memandng langit.

"Abang buat apa dekat sini?" tanya Alynna.
"Saja, tengok bintang" jawab Asy. "Ni? Gitar ni?" soal Alynna. "Abang main tadi" jawab Asy. Alynna mengangguk perlahan.

"Aisy ada jumpa satu lagu ni tau!" Alynna mengeluarkan telefonnya. Dia membuka aplikasi Youtube dan menunjukkan video yang dikatakannya. Asy melihat video itu. "Aisy tengok nightcore? Macam budak kecil!" ejeknya.

"Jangan kutuklah! Orang suruh tengok tu tengok jelah diam-diam!" laju tangan Alynna memukul bahu Asy.

"Fine!"

Asy menyerahkan kembali telefon Alynna apabila video itu tamat. "Okay dah, so?"

"Jom nyanyi jom!" ajak Alynna bersemangat.

Asy mengangguk, mood gadis itubaik jadi dia layankan sajalah. Dia meletakkan guitar di atas pehanya, "don't need this! Kita karouk je" kata Alynna. Dia membuka irama lagu itu menggunakan Youtube.

"Hey brother! There's an endless road to rediscover"

"Hey sister! Know the water's sweet but blood is thicker"

"Oh, if the sky comes falling down, for you, There's nothing in this world I wouldn't do " serentak mereka menyanyi.

"Hey brother! Do you still believe in one another?"

"Hey sister! Do you still believe in love? I wonder"

"Oh, if the sky comes falling down, for you
There's nothing in this world I wouldn't do"

Alynna menukar posisinya daripada kepada berbaring. Dengan kepala di atas peha Asy.
"What if I'm far from home?" Asy bertanya walaupun dia bernyanyi.

"Oh brother, I will hear you call! jawab Alynna. What if I lose it all? " Alynna bertanya kembali.

"Oh sister, I will help you out!" Asy menjawab yakin.

"Oh, if the sky comes falling down, for you. There's nothing in this world I wouldn't do" mereka mengakhiri lagu itu.

Alynna tersenyum memandang Asy. Senyumannya itu dibalas Asy. "Thanks for always here for me" ucap Alynna perlahan, cukup untuk Asy mendengar.

"Same with me Aisy.. Thanks for being born and be strong with me" balas Asy.

Dua beradik senyap, melayan perasaan masing-masing.

________

Alynna bercekak pinggang di hadapn pintu dapur, tercengang dia melihat Asy sedang membuka paket maggi kari.

"Abang buat apa tu?" soal Alynna pelik. "Nak masak maggi lah" jawab Asy tenang. "Abang tak puasa eh?" soal Alynna lagi.

Perbuatan Asy terhenti, sesaat kemudian menepuk dahi. "Ha'ah lah!! Hari ni puasa, abang lupa..." Api dapur dimatikan sebelum Asy melangkah keluar daripada dapur. Alynna mengekorinya ke ruang tamu.

"Ish, ish, ish! Mujur Aisy tegur, kalau tak... Tak puasalah abang hari ni" kata Alynna. "Hm" mereka mengambil tempat di sofa.

"Abang pergi Selangor bila?" soal Alynna ingin tahu. "Sama hari dengan Aisy" jawab Asy. "Luka abang dah okay?" soal Alynna, dia memandang tangan Asy yang berbalut itu.

Flashback

"ABANG!"

Alynna berlari menuju ke arah di tengah jalan itu, tubuh abangnya itu diterkam sehingga mereka terhentak dan terseret sedikit ke tepi jalan.

"Gila ke?" maki Alynna kepada pemandu kereta itu. Sempat dia melihat nombor plate kereta itu.

Perhatiannya kembali kepada Asy yang berdesis sakit. Mata Alynna tertancap pada lengan lelaki itu, berdarah dengan luka. Mungkin kesan akibat terseret di jalan.

"Abang okay?"

Asy mengangguk, dia memandang wajah Alynna. Ada darah mengalir di dahi gadis itu, luka. "Dahi Aisy luka" kata Asy, matanya tidak beralih daripada luka adiknya itu.

Alynna menyentuh dahinya, kemudian menarik kembali tangannya. Dia mendesis perit. Darah di tangannya dilihat sebelum dikesat pada jalan.

"Na ah.. Tak sakit pun, abang tak boleh drive... Biar Aisy drive, bak kunci" Alynna menadah tangannya meminta kunci, "sikit aja-"

"Nope, give me"

END FLASHBACK

"Dah kering dah, Aisy?" soal Asy kembali.

Diikutkan luka Alynna lebih teruk daripadanya kerana perlu dijahit, luka Asy hanya berdekatan dan sedikit besar tetapi tidak dalam.

Posisi Alynna sewaktu jatuh juga agak menyakitkan, mungkin disebabkan Alynna melompat kearahnya menyebabkan gadis itu tergolek seperti membuat aksi gimnastik. Manakala Asy hanya terguling.

"Dah tak sakit dah"

Alynna menaikkan bebola matanya, cuba memandang kapas kasar yang menutup luka di kepalanya. "Abang dah suruh Wiz check nombor plate kereta tu?" soal Alynna kembali.

"Haahlah... Abang lupa, berapa nombor dia?" Asy mengeluarkan telefonnya, nombor Wiz didail.

"SAE 4321" jawab Alynna.

"Hello, Wiz!"

"Apahal kau call aku ni?"

"Aku nak kau tolong tengokkan kereta ni, SAE 4321.. Porche' Putih" terang Asy. Alynna diam mendengar perbualan abangnya itu.

"Alright, kejap lagi aku inform"

"Okay" Asy mematikan panggilan, dia memandang Alynna.

"Sudah" ucapnya.

"Aisy rasa lah kan... Tu kerja Fire Tiger lah" duga Alynna. "Jangan serkap jarang dik, berdosa tau" nasihat Asy. Alynna mencebik. "Iyelah" dia mengalah.

"Aisy..." Asy menyeru nama adiknya itu. "Hm?" Alynna memandang. Asy merebahkan kepalanya ke atas riba Alynna, dia memandang adiknya itu. "What if one day... I forget about you... What do you feel?"

Alynna terpempan mendengar soalan abangnya itu. "Of course... Aisy akan sedih, sebab satu-satunya keluarga yang Aisy ada lupakan Aisy" jawab Alynna, dia tersenyum nipis.

"Aloh... Jangan sedih-sedih, abang tanya je... Takkan lah abang nak lupa adik manja abang ni" kata Asy sebaik saja perasan mata Alynna berkaca.

Dia menyeka air mata itu dengan ibu jarinya, kemudian pipi Alynna dicubit lembut.

"Janji?"

"Janji"

Alynna tersenyum gembira. "I love you, 'till the day I die..."

BERSAMBUNG :

Nah! Satu chapter untuk dua beradik sweet ni!

" I love you, 'till the day I die... "

Aku pegang kata-kata kau Asy.

Bye!

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now