BAB 13

5.5K 328 12
                                    

BLACK Angel dan White Devil menatap kertas yang tertampal di papan kenyataan bilik pengawas.

"Kem Pengawas? Minggu depan?" Iris bersuara memecah kesunyian. "Kenapa tak buat esok je?" Danish menggulingkan anak matanya. Kem minggu depan dan baru beritahu hari ini. Hari Jumaat.

"Entah, beritahu last minute.. Senget betul!" kutuk Naura, dia duduk di mejanya.

"Jangan nak bising sangat, kira bagus kita ada masa lagi dua hari nak pack and cari barang" kata Rayqal. Alynna mengangguk setuju. "Nak cari barang sekali tak?" cadang Qayyum, dia memandang Rayqal meminta persetujuan.

"Boleh jugak" kata Rayqal. "How about you, girls?" Iris, Irene dan Naura memandang Alynna. Jika gadis itu tidak mahu, maka mereka juga tidak mahu. "Okay, jumpa esok... Hometown, 10 pagi sharp" kata Alynna.

"Eh, gerak sekali jelah.. Alam sekitar tak tercemar!" Harrez tiba-tiba menjadi pencinta alam sekitar. Mengundang riaksi pelik Black Angel. "Err... Okay?" kata Naura setuju tapi ragu-ragu. "Nice!" dia bersorak riang.

"Okay, dah.. Jom sambung kerja" arah Alynna tegas. Dia dan Rayqal duduk di meja, manakala rakan mereka berlalu keluar untuk pergi meronda.

"Aduh... Malasnya aku nak hadap benda-benda ni!" keluh Rayqal. Alynna hanya menggeleng, dia juga malas ingin menghadap kertas-kertas ini.

Emerald Highschool, mereka membiarkan AJKT Pengawas yang menguruskan jadual sekolah untuk setahun.Tetapi program mereka sediakan. Pengawas-pengawas itu perlu menetapkan tarikh dan tentatif program. Pelik kan? Tapi benar.

"Kenapa kita kena buat semua ni?" soal Rayqal, mengeluh. "Sebab kita pengawas" jawab Alynna tenang, dia melihat senarai program yang diberi pengetua.

1) Orientasi Tingkatan Satu ☑
2) Kem Pengawas
3) Hari Ibu
4) Hari Guru
5) Prom Night Part One ( Tingkatan 5 )
5) Minggu Muzik
6) Kem Tingkatan Lima
7) Lawatan Sambil Belajar ke Korea ( Pengawas )
8) Prom Night Part Two

Alynna mengerutkan dahi melihat 'prom night' ada dua. 'Sah kerja si Iris ni' desis hatinya, Iris pernah merengek padanya meminta prom night diadakan dua kali. Mungkin gadis itu memujuk pengetua.


"Aku rasa kem pengawas ni kita tak bincang tarikh lagi, kenapa tiba-tiba boleh jadi minggu depan?" tanya Alynna hairan. Rayqal memandangnya, "ha'ah lah kan? Aku rasa kita tak bincang lagi" sokong lelaki itu.

"Nak jumpa pengetua ke?", soal Alynna.

"Sebelum balik nanti lah, baik buat yang depan mata ni dulu" kata Rayqal, dia kembali mengemas kini rekod disiplin pelajar. "Okay" dan Alynna kembali memilih tarikh sesuai untuk program - program sekolah.

Suasana senyap seketika.

Kemudian Rayqal memecah kesunyian. "Kenapa dengan mata kau tu?" Alynna terdiam, " luka " jawabnya sepatah. "Kena apa?" tanya Rayqal lagi. "Jatuh tangga" Alynna membohong.

" Oh " senyap kembali.

You build me up,
You build me up
BELIEVER!

BELIEVER!

Telefon Rayqal tiba-tiba berbunyi, mengejutkan mereka berdua. "Hehehe... Sorry" dia tersengih apabila Alynna menjeling. Pantas dia mengangkat panggilan dari Danish itu.

"Apa?"

"Bro! Kau dekat mana tu?!" kedengaran suara Danish cemas. "Aku dekat Prefect Room lah, kenapa?" tanya Rayqal hairan. "Kau dengan Alyn kena datang sini jugak! Dataran terbuka! Faster!" Talian terus dimatikan.

Rayqal berkerut hairan, dia memandang skrin telefonnya. "Apahal?" tanya Alynna, dia turut hairan melihat reaksi Rayqal. "Danish, dia suruh kita turun dataran terbuka.. Cemas aja suara" terang Rayqal.

"Kalau macam tu, jom lah" komputer riba di tutup lalu mereka melangkah menuju ke dataran terbuka.Kelihatan para pelajar terpandang-pandang ke suatu arah.

"What the hell?!" terkejut Rayqal melihat Irene dan Tasha sedang bergelut. Alynna yang melihat pantas mendapatkan mereka, tubuh Irene ditarik dan Tasha ditolak sehingga terduduk.

"Apa masalah kau orang ha? Perlu ke bergaduh dekat tempat terbuka macam ni?!" soal Alynna berang. "Minah ni! Aku kata jangan buli budak tu, tapi degil.. Ha makan penampar aku lah!" jelas Irene. "Kau sibuk apahal?!" balas Tasha.

"Shut up! Tak malu ke junior tengok?"

Rayqal menyampuk. Tasha yang melihat Rayqal pantas berlakon sakit.

"Aduh... You! Sakit! Dia tampar I"

Alynna memandang jijik. "Euw... Nak muntah darah aku tengok" ucapnya sinis. Rayqal juga turut mempamer riak jijik, "jijik aku! Padanlah dengan muka kau".

"Ish! You ni!" Tasha membentak manja. Gedik. "Tak payah layan minah ni, Ra- Qal.. Jom" Alynna mengajak Rayqal pergi. Dia hampir tersasul memanggil Rayqal, Rayyan. Dia seperti lihat Rayyan berada di tempat Rayqal. Mulut puaka.

"Jom"

Tiga pengawas itu berlalu. Meninggalkan Tasha seorang. Pelajar-pelajar yang berada di situ menahan tawa apabila Rayqal selamba menjelirkan lidah kepada Tasha. "Apa gelak-gelak ha?" jerkahnya malu.

"Ish! Just wait and see, Alynna!"

_________

Pulang saja dari sekolah, Alynna terus melencong ke rumah Pn. Sri Ayana. Wanita itu ingin berjumpa dengannya seketika. Katanya ingin menyerahkan sesuatu.

"Assalamualaikum, mama!" sapa Alynna sebaik saja pintu utama di buka. "Waalaikumsalam, Lyn.. Masuklah" Alynna melangkah masuk. Dia terpandang pakaian Pn. Sri Ayana. "Mama nak keluar ke?" duga Alynna.

"Ha'ah, mama nak ke butik.. Ada client, ini.. Untuk kamu"

Alynna memandang telefon di tangan Pn. Sri Ayana. "Phone Rayyan?"

"Ya, kamu simpanlah" ucap wanita itu. "Lah.. Mama simpan je lah, ini phone Rayyan.. Anak mama" tolak Alynna baik. "Simpan je lah, lagipun dalam ni banyak gambar kenangan" Alynna mengalah, dia mengambil telefon itu dan menyimpan ke dalam poket blazer.

"Mama nak keluar kan? Yana?" tanya Alynna.

"Yana, mama nak hantar pergi rumah kawan dia sekejap" jawab Pn. Sri Ayana. "Lah.. Biar Lyn je lah jaga dia, alang-alang Lyn tak ada kerja dekat rumah" tawar Alynna.

"Eh, tak apa ke?"

"Tak apa, Yana dah macam adik Lyn sendiri dah" kata Alynna tulus. "Hm yelah kalau macam tu, Yana!"

"Ya ma?" Ryana menuruni anak tangga sambil matanya memandang Pn. Sri Ayana. "Yana!" Alynna melambai ke arah gadis kecil itu. Lantas matanya membulat. "Kakak!" tubuh Alynna di peluk. "Yana ikut akak balik nak?" ajak Alynna.

"Ha? Ikut akak balik?" Ryana berkerut hairan. "Mama ada kerja sikit dekat butik, Yana duduk dengan kakak sekajap.. Boleh?" Ryana mengangguk laju. "Good girl, go get your things..." Ryana mencapai beg nya yang berisi baju salin dan kerja sekolah.

"Bye-bye mama! See you later!" Pn. Sri Ayana disalami. Alynna turut berbuat perkara yang sama. Dua gadis itu masuk ke dalam kereta Alynna, mereka melambai sebelum memecut pergi.

BERSAMBUNG :

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!🔊🔊🔊

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now