BAB 35

4.9K 274 14
                                    

Aku unpublish chapter sebelum ni dan tukar!

Enjoy!!

💕

RAYQAL memandang sekilas dewan yang sunyi sepi itu. Biasanya ia akan gamat dengan suara pelajar tetapi tidak hari ini. Semua gara-gara mood Alynna yang rosak angkara Pink Divaz. Siapa ingat sotong-sotong jadian ni? Put your hands up!

Sudahlah mood gadis itu memang tidak baik, ditambah lagi kegedikan Pink Divaz dengan White Devil sebentar tadi memang jadi singa betina lah dia!

"Kuat betul pengaruh Alyn tu kan?" bisik Harrez, Rayqal mengangguk sambil memandang ke arah Alynna di sebelah kiri dewan. "Sampai macam ni senyapnya, kalau tidak... Nauzubillah!" sampuk Danish.

"Shh! Alyn pandang sini" kata Qayyum, serentak itu White Devil mengunci mulut. Takut pula jika mereka menjadi mangsa amukan gadis dingin itu.

"Sekian terima kasih, majlis bersurai"

Kebanyakan pelajar menghela nafas lega, membuatkan Rayqal tersengih. "Takut sangatlah tu" gumamnya.

Dewan utama itu beransur kosong, para pelajar sudah bergerak ke kelas begitu juga dengan guru-guru. Tinggal White Devil, Black Angel dan Pn. Sri Hana.

"White, Angel.. Trial SPM dah nak dekat, apa kata kamu kurangkan duty kamu dan fokus pada pelajaran"

Lapan pengawas itu mengangguk mendengar nasihat pengetua mereka itu. "Baiklah, puan" kata Rayqal mewakili mereka.

"Kamu semua boleh masuk kelas"

White Devil dan Black Angel melangkah pergi, masing-masing berbual kosong. "Kau pahal Alyn? Bad mood je aku tengok" tegur Rayqal. Alynna hanya menggeleng dengan wajah dinginnya.

"Really? Kau boleh share je apa-apa dekat aku" kata Rayqal prihatin. "Thanks but it's okay, I'm okay" kata Alynna. Terharu lah juga mendengar kata-kata Rayqal, namun dia tetap tidak boleh berkata apa.

"Kenapa dengan tangan kau tu?"

Rayqal memandang tangan kiri Alynna yang berbalut di pergelangan dan ke atas. "Ni? Terkena air panas, sikit je ni" bohong Alynna. Sedangkan dia membalut kerana ingin menutup lambang inai phoenix itu.

"Oh.. Lain kali hati-hati lah, habis berparut tangan buah hati aku ni" perkataan 'buah hati' Rayqal perlahankan. Namun Alynna tetap dapat mendengarnya, wajahnya merona merah.

"J-Jom, kita masuk kelas.. Lambat nanti" ajak Alynna, Rayqal mengangguk setuju. 'Muka aku terasa tebal!' rengek Alynna di dalam hati.

"Alyn? Kenapa muka kau merah ni? Demam ke?" Naura menyoal sebaik saja mereka masuk ke dalam kelas. Tangannya dilekap ke dahi Alynna. Berkerut dahinya apabila tidak terasa bahang mahupun suam.

"T-tak ada apalah..."

Jikalau Alynna kartun, pasti wajahnya sudah merah semerahnya!

_______

Musuh itu diperhati daripada jauh, senyuman sinis terukir sebaik teringat akan rancangan yang tidak lama lagi terjadi.

"Just wait and see Icy... Hidup kau akan musnah tak lama lagi" ucapnya perlahan.


Alynna yang sedang tertawa bersama Black Angel dan White Devil dipandang dengan perasaan benci.

"Dah tak lama Icy... Kau tunggu..."

________

"AISY ALYNNA!!!"

Alynna membuka langkah seribu apabila mendengar namanya diseru lantang. Tawanya pecah sebaik ternampak Rayqal sedang memandangnya bengang, dengan wajah dipenuhi tepung dan telur. Lelaki itu membuka langkah mengejar dia yang sudah jauh.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now