"ABANG!"
"Aisy... "
"Abang, Aisy pergi dulu ya!"
"Aisy... Nak pergi mana?"
"Jumpa ibu ayah, bye abang!"
"AISY!"
Asy terjaga daripada tidurnya, nafas laju akibat terkejut dengan mimpinya."Awak? Kenapa ni?" Zulaikha yang baru keluar daripada bilik mandi gelabah mendapatkannya.
"Aisy..."
"Siapa Aisy?" soal Zulaikha pelik. "Adik saya... Dia nak pergi... " ucap Asy.
"Pergi mana? Kenapa saya tak tahu awak ada adik?" Zulaikha menyoal lagi. "Dia kata... Dia nak pergi jumpa ibu dan ayah saya..." kata Asy gelisah. Soalan kedua Zulaikha tidak dijawabnya.
Zulaikha diam, "apa nama penuh adik awak?".
" Aisy, Aisy Alynna "
Zulaikha pantas teringat akan surat yang diterimanya malam semalam. Dia membuka kasar laci di sebelah dan memberi surat itu kepada Asy.
"Saya dapat semalam"
Asy membaca seluruh isinya, matanya membulat.
"Shit"
_________
Alynna mendepakan tangannya, menghirup udara pagi. "Morning Itali!" Senyuman terukir di wajahnya, senyuman pahit.
'Mungkin je... Pagi ni pagi terakhir aku' desis Alynna.
Rambutnya yang ditutupi tuala di sikat dengan jari. Udara di hirup sepuasnya, perasaannya langsung tidak tenang. Malam ini, semuanya akan berubah. Penderitaan selama hampir setahun di tanggung akan lenyap.
"Mungkin aku akan jumpa ibu dan ayah..." gumamnya.
Itu lah yang Alynna resahkan, dia tidak mahu mati lagi. Dia masih ada tanggungjawab untuk dijaga, dia masih ada cita-cita untuk dicapai. Dan paling penting, amalannya masih belum cukup.
Tok! Tok! Tok!
"Icy! Kau dah bangun ke?"
Lamunannya terhenti apabila suara Hayden ditangkap deria pendengaran. "Dah!" balas Alynna. "Cepatlah! Kita sarapan dan cari Xander" kata Hayden daripada luar pintu.
Alynna segera menukar bajunya daripada baju tidur kepada seluar jeans dan kemeja hitam. Tudung bawal biru laut disarung ke kepala.
"Okay jom!"
Baru lah dia membuka pintu, Hayden mengangguk. Mereka menuju ke ruang makan.
Kelihatan meja makan yang mampu memuatkan ramai orang itu sudah dipenuhi anak buahnya. Lelaki mahupun perempuan, semua sudah ada. "Sorry, I'm late" ucap Alynna. Dia duduk di hujung meja, doa makan dibaca sebelum mereka menjamah sarapan di hadapan mata.
SKIP
Deruman kereta Alynna endahkan, dia sibuk memerhati sekeliling. Wiz akhirnya mendapat lokasi terakhir Xander, iaitu Rom. "Mana kau Xan..." gumam Alynna, dia memerhati sekeliling sambil menyedut smoothie di tangan.
"Kau dapat detect dia Wiz?" soal Hayden melalui earpiece. "Belum, mana mamat ni..." rungut lelaki itu.
Alynna tiba-tiba terpandang keluar tingkap, kelibat Xander di seberang jalan dilihatnya.
YOU ARE READING
Emerald High : Fight [ C ]
Novela JuvenilAisy Alynna. Nama yang sudah tidak asing lagi buat warga Emerald High. Tidak kira para pelajar mahupun tenaga pengajar. Biarpun baru setahun menjadi pengawas, ketegasannya membuatkan semua gerun. Sorot mata yang dingin, senyuman yang amat sukar diu...