BAB 41

5.4K 280 21
                                    

ALYNNA membuang pandangannya ke luar tingkap pesawat. Kini dia dalam perjalanan ke Itali. Tiba masa untuk dia berunding dengan Lay, dia sudah penat dengan perang segala. Fikirannya melayang ketika majlis ulang tahun syarikat Asy beberapa jam lalu.

Nafas dihela melihat tumpuan para hadirin beralih kepadanya. Kepala dijatuhkan sekali agar Hayden, Wiz dan Eriq memulakan irama.

Alynna memandang ke arah Asy dan Zulaikha di meja hadapan, lelaki itu semestinya tidak memandangnya manakala Zulaikha memandang penuh minat.

"Kenangan yang telah berlalu,
Takkan ku lupa..
Hanya kau yang aku mahu,
Sudah tentu..."

"Kisah cinta ku bersama mu,
Tidak sempurna...
Walau apapun kita,
Tetap akan bersama..."

Senyuman kelat terukir apabila Asy masih tidak memandangnya.

"Hari ku...
Lebih indah...
Pabila...
Kau ada.."

"Ku menunggu,
Kau pulang..."

"Pulang sekarang..."

"Ku rindu wajah mu,
Senyuman manis mu sayang..."

Tangan diangkat dan dihala pada Asy, Alynna perasan yang wajah Zulaikha berubah pelik.

"Hanya kau pemilik hati ku,
Tiada yang dapat,
Mengatasi cinta kita..
Apa adanya..."

"Hari ku...
Lebih indah...
Pabila...
Kau ada..."

"Ku menunggu,
Kau pulang..."

Alynna turun daripada pentas, menuju ke arah meja Asy dan Zulaikha. Abangnya itu tersentak, namun dia langsung tidak endahkan.

"Pulang sekarang..."

"Ku rindu wajah mu,
Senyuman manis mu sayang..."

Tangan Zulaikha dipegang dan di salam. Asy ingin saja menghalang, namun kini meja mereka menjadi tumpuan.

"Pabila...
Bila kau tiada...
Ku renung gambar mu,
Menunggu sampai kau tiba"

"Where
Where did you go
I've got so much to say
So you can't go go go"

"Tak bisa ku percaya
Yang kau sudah tiada
Ku takkan menerima
Kenyataan
Kisah kita..."

Alynna kembali naik ke atas pentas, mata masih kekal tertancap pada Asy.

"Tolong...
Tolonglah pulang
Ku rindu wajahmu
Senyummu yang sudah hilang"

Bagai mahu menangis Alynna ketika itu, lirik itu bukan sekadar lirik. Ianya apa yang Alynna inginkan. Mendayu-dayu lirik itu.

"Pulang
pulang sekarang..."

"Ku rindu wajahmu
Senyumanmu sayang
Pabila Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba"

Badan ditundukkan seketika sebelum dia melangkah ke belakang pentas, begitu juga Hayden, Wiz dan Eriq.

"Icy, kau nak aku beritahu Lay ke yang kita nak berunding?" soal Hayden.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now