BAB 40

5.6K 282 9
                                    

ALYNNA merenung lama ombak yang menghempas pantai, Hayden dan Wiz di sisinya juga leka di dalam dunia sendiri.

"Hay, Wiz"

Dua lelaki itu memandang Alynna. Kening dijongketkan. "Aku ingat... Nak selesaikan semuanya sebelum SPM, kau orang rasa sempat tak?" soal Alynna. Pandangan tetap melekat pada pantai, "In Sha Allah sempat..." kata Hayden.

"Tak kiralah sempat atau tak, kita orang akan tolong kau" kata Wiz pula. Cuba menyedapkan hati Alynna. "Terima kasih..." senyuman nipis terukir di wajah Alynna.

"Kau orang rasa... Kemana Xan ya?" soal Alynna lagi. Sungguh dia curiga, selepas kemalangan itu dia langsung tidak melihat Xander. "Entah lah Alyn... Dah puas dicari, langsung tak jumpa" kata Wiz penat.

Alynna hanya mengangguk. Terkilan rasanya, apabila salah seorang yang dia anggap abang menghilang tanpa khabar.

"Jom lah, kita balik... Dah nak senja" ajak Hayden. Alynna dan Wiz akur, mereka menuju ke kereta.

Alynna masuk dan duduk di tempat duduk belakang, membiarkan dua lelaki itu duduk di hadapan. Kereta itu mulai bergerak membelah jalan raya, Alynna pada mulanya berdiam diri bersuara.

"Kau orang rasa aku patut mula dari mana?" soalnya. "Erm... Apa yang mula-mula terjadi?" soal Hayden kembali. "Err... Scorpio Thunder?" cadang Wiz pula.

"Yeah... Pergaduhan BP dan ST, patut aku berunding dengan mereka?"

Hayden dan Wiz mengangguk setuju. Berunding lebih baik daripada peperangan.

"Then... Kita ke Itali, hujung minggu ni" putus Alynna, sedikit semangat berkobar di dalam dirinya.

"Kau tak ada kelas ke?" soal Wiz pelik.

"Ada, ponteng lah sehari.. Pergi petang Jumaat, balik pagi Sabtu" jawab Alynna tenang. Hayden dan Wiz hanya menggeleng. Macam-macam gadis yang seorang ini!

SKIP

Malam itu, Alynna duduk termenung seorang diri di balkoni. Dia kebosanan, tiada teman untuk diajak berbual. Black Angel dia arah pulang ke rumah masing-masing, risau jika Fire Tiger menyerang mereka bertiga.

Rayqal? Jangan di kata, selepas rahsia nya terbongkar mereka langsung tidak bertegur sapa.

"Aku borak dengan kau je lah, bintang"

Alynna mendongak memandang bintang di langit, "seronoknya jadi kau kan bintang? Tak perlu serabut fikirkan masalah...".

Keluhan kecil dilepaskan, kemudian dia menggeleng. "I can't think like that... Semua perkara pasti ada hikmah nya..." ucap Alynna.

"Shine dream smile...
Let us light up the night...
T

onight...

Na na na na na na na..."

Alynna menyanyi kecil, cuba menghiburkan hatinya sendiri. Tetapi tiba-tiba terasa dirinya gila. Langkah diatur masuk ke dalam bilik, pintu balkoni ditutup dan dikunci rapat sebelum dia berbaring di katil. Mata dikatup, cuba melelapkan diri. Dia ingin berehat daripada dunia, yang sering memberi beban. Akhirnya Alynna tertidur.


"Yeay! Yeay!"

Alynna bersorak riang, kedua ibu bapanya tersenyum melihat tingkah anak gadis mereka. "Kita nak pergi mana?", Tan Sri Airil sengaja bertanya. "Kita nak pergi I-City!" sorak Alynna ceria.

Emerald High : Fight [ C ]Where stories live. Discover now