PRANG...!!!
Pasu di sebuah ruang tamu mewah pecah akibat ditolak dengan kasar oleh seseorang yang membelakangiku. Bahunya turun naik menandakan kemarahan yang teramat. Riak wajah wanita di hadapannya tidak menampakan rasa takut tetapi dari sinar matanya, menandakan dia berasa amat sedih. Mungkin rasa bersalah menghimpit dirinya ketika itu. Segala balingan daripada lelaki dihadapannya langsung tidak ditepis mahupun dielak. Sayup-sayup suaranya menerpa ke cuping telingaku.
"Aku betul-betul minta maaf. Aku tak nak menyakiti kau mahupun perasaan kau tapi aku dah tak sanggup lagi. Ini semua salah. Aku tak nak teruskan hubungan terlarang ini lagi. Lepaskan aku. Please...aku merayu sangat dekat kau." Kata wanita itu.
Segala balingan daripada lelaki tadi terhenti. Pandangannya dialihkan pada wanita dihadapannya. Matanya tajam menikam anak mata wanita tersebut. Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri wanita tersebut. Tangannya digenggam sekuat hati. Langkahnya terhenti seketika lalu menunduk mengambil sesuatu di lantai. Cahaya dari chandelier menyilau dari tapak tangannya. Puas aku menelek, alangkah terkejutnya aku apabila serpihan kaca dari pasu yang terjatuh tadi diambilnya.
Dia memegang serpihan tersebut dengan kuat sehingga setitis demi setitis darahnya jatuh ke lantai. Dia kembali menghampiri wanita di depannya. Wanita dihadapannya mula mempamerkan riak terkejut. Mungkin dia tidak menyangka lelaki di hadapannya akan bertindak sejauh itu. Dia mula berundur dua tiga tapak ke belakang. Tidak sempat dia melarikan diri, lelaki tersebut sudah berlari meluru ke arahnya.
"Woi, gila ke!!!" jeritku sekuat hati.
_____________________________________________
"You, bangun you". Suara wanita memecah hening suasana.
Diriku seolah-olah ditarik menjauhi tempat itu. Aku cuba untuk bertahan tetapi usahaku hanya sia-sia. Kelopak mataku dibuka perlahan-lahan. Cahaya dari lampu tidur menusuk mataku memaksa untuk menutupnya kembali. Setelah dua tiga kali mataku dipejam celik, baru aku mampu membuka mata seluas-luasnya. Satu badanku berpeluh menyebabkan alas tidurku basah. Dalam samar-samar cahaya, aku melihat wajah isteriku cemberut seribu. Aku bangun dari pembaringan dan mendapati diriku berada di kamar tidurku.
"Masih mimpi benda yang sama ke you?" tanya isteriku dengan penuh prihatin. Aku mengangguk perlahan. "Tak payah fikir sangatlah you. Kata arwah daddy I, mimpi itu cuma mainan tidur." Tambahnya lagi.
Aku menyembamkan wajahku di dadanya. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan ketika itu. Takut, bimbang dan ghairah bergabung menjadi satu. Dia mengusap kepalaku bagi menenangkan jiwaku yang sedang gelisah. Kehadirannya sedikit sebanyak membantuku mengumpul semangatku kembali. Aku mengangkat kepala lalu menatap wajahnya. Isteriku, Qisya Nur Yui Damia Binti Hazeem, berhidung mancung, mempunyai mata bundar, alis mata yang panjang, mata coklat, bibir yang mungil, rambut curl dan bertubuh montok. Aku selalu dicemburui kerana beruntung dapat perempuan pujaan ramai. Senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya cukup membuatkan hati lelakiku tidak keruan. Walaupun perkahwinanku tidak pernah direstui oleh ibunya. Aku tetap berasa bahagia hidup disampingnya. Dia sering memberikan sokongan dalam setiap bidang aku ceburi walaupun bertentangan dengan pendapatnya. Aku sanggup kehilangan segalanya kecuali dia. Hidungku dicuit olehnya sekaligus menyentak aku dari lamunan.
"Asyik termenung je. Fikir pasal perempuan tadi lettew". Bibirnya yang munggil dimuncungkan seperti platypus. Aku tertawa kecil. Lucu mendengar kata-katanya.
"Takkan I nak fikir pasal perempuan lain kalau isteri I yang cukup menggiurkan ada kat depan I." Ucapku memujuk.
"So, kalau I tiada dekat depan you, you fikir pasal dialah." Dia masih tidak mahu mengalah.
"Maybe" Jawabku dengan muka tidak bersalah. Saja mengusiknya.
Muncungnya yang sudah panjang sedepa, dipanjangkan lagi. Dia menatap wajahku dengan pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan. Giginya yang putih dilagakan sesama sendiri. Tanpa membalas kata-kataku, dia mengangkat kaki untuk berlalu dari situ. Belum sempat kakinya mencecah lantai, aku sudah menarik badannya lalu mendakapnya seerat-eratnya dari belakang.
"I sayangkan you la dear. I kalau Tuhan bagi hidup sebanyak 7 kelahiran, I tetap akan pilih you sebagai suri di hati I. So you don't need to worry okay? There is no one can take your place in my heart. I will always love you until my soul separated from my body". Aku bisikkan di cuping telingannya dengan penuh nada romantik. Kepalaku sengaja dilentokkan dibahunya.Aku harap dia tidak merajuk lagi. Dari sisi, aku nampak dia mengukir segaris senyuman. Kepalanya dipusing kearahku dengan senyuman yang cukup manis.
"I pun sayangkan you and I hope you pun takkan tinggalkan I. You pun tahu kan yang I hanya ada you seorang je sekarang. My mom dah buat endah tak endah je akan perihal I. Adik I busy sangat belajar kat Jepun tu. I email tak pernah nak reply." Dia menuturkan dengan nada yang sayu.
"Orang bodoh je yang akan lepaskan perempuan se-perfect you. You ada I kat sisi you. You tak perlu risau tentang hal lain. I will try my best to make you happy."
"Mana tahu you nak pergi cari perempuan dalam mimpi you tu. I tak rela dimadukan". Aku mengalihkan badannya agar menghadap kearahku. Entah kenapa hatiku tersayat mendengar luahan hatinya. Aku tak sangka dia akan fikir sejauh itu.
"I tak suka you cakap macam itu. You kan cakap itu semua mainan tidur. Tak pernah sekalipun terlintas di fikiran I nak madukan you. You lagi penting dari mimpi bodoh itu semua. I takkan sekali-kali khianati you. I promise." Kepalaku diangguk bersungguh-sungguh. Tangan kananku diangkat seolah-olah mengangkat sumpah. Wajahnya yang sayu terus berubah ceria. Dia terus mendakap badanku yang sasa seerat-eratnya. Aku tahu dia gembira dengan kata-kataku.
"You..." panggilnya sambil tangannya ligat membuka satu persatu butang baju tidurku. Kepalanya masih berada di dada bidangku.
"Yes, dear." sahutku. Dalam hati sudah melonjak keriangan. Aku seakan-akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku.
"Jom, kita bunuh syaitan." katanya dengan nada yang sengaja dimanjakan. Kepalanya didongak dan menatap wajahku dengan lirikan mata yang mengoda. Hampir saja tersembur tawaku.
'Hish...isteriku ini, saja nak matikan mood orang lah. Beribadah tak mahu, bab-bab ini laju saja mahu bunuh syaitan.' kataku dalam hati.
Aku menarik badannya agar mendekatiku. Bibir mungilnya aku kucup lalu perlahan-lahan badannya aku rebahkan ke katil. Wajahnya aku tatap seketika sebelum hanyut dalam kepekatan malam. Pada malam itu, dua jasad bergabung menjadi satu. Hanya deruan nafas menjadi saksi lambang cinta kami termetrai.
Wajah lenanya aku kerling sekilas sebelum kembali menatap siling putih. Puas aku cuba untuk melelapkan mata tetapi tidak berhasil. Masih segar dimindaku wajah sayu wanita yang kerap kali muncul dalam mimpiku.
'Apa maksud mimpi itu dan siapa gerangan wanita tersebut?' persoalan yang tidak mampu aku rumuskan. Tubir mataku semakin berat sehingga aku terlena ditemani bayangan wanita dalam mimpiku.
YOU ARE READING
TAKSUB SEBUAH MIMPI
Mystery / ThrillerKamil seringkali bermimpi tentang kelibat seorang wanita. Wanita itu serba sedikit menganggu lenanya mengakibatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Kamil mempunyai seorang isteri. Isterinya boleh digambarkan sebagai seorang yang perf...