BAB 24

9 2 0
                                    

"Hello!."

"Kau nak apa call aku pagi-pagi ini?."

"Janganlah begitu bossku. Aku ada info baru berkenaan dengan Kamil. Kau tak nak tahu ke?."

"Apa yang barunya?.", dengan nada malas melayan.

"Kau pun tahu, setiap informasi ada harganya. Jadi kau faham-fahamlah sendiri."

"Huh... depends dengan informasi yang kau dapat. Baru aku bayar."

"Okey.. Semalam masa aku main judi, salah seorang daripada mereka ada berbual tentang ada perempuan yang sedang mencari maklumat. Mereka beritahu yang ada orang cuba kumpulkan maklumat tentang seorang lelaki yang juga merupakan suami kepada seorang pemilik syarikat yang terbesar di Malaysia. Mereka cakap, apapun maklumat yang diberi akan dibayar. Lebih banyak maklumat itu membantu kes mereka, lebih lumayan ganjaran boleh didapati. That's why, aku rasa dia regarding Kamil."

"Macam mana kau tahu dia berkenaan dengan Kamil. Benda itu terlampau umum."

"Aku dah jalankan tugas aku, sekarang aku nak ganjaran aku."

"Hariz...Hariz... Kau ini memamg bodoh ke apa?. Kau fikir aku tak tahu yang kau hampir nak bankrupt kerana kesemua duit kau laburkan kearah judi dan pelacur?. Jadi sekarang ini nak minta duit aku pula? Kau jangan fikir aku sama bodoh dengan kau?."

"Kau jangan jadi macam sial pula sekarang. Kau nak info, aku dah beri. Sekarang ini aku nak kau bayar."

"Huh... Aku takkan bayar kau sesen pun atas info yang tak berguna itu."

"Kau tak boleh buat aku macam ini. Kau jangan sampai.... Aku"

" Kau apa?."

"Kau jangan sampai aku sendiri berjumpa mereka. Mereka bayar mahal setiap informasi diberikan. Kau kena ingat rahsia yang kau jaga selama ini, aku juga tahu. Cuba bayangkan berapa yang mereka boleh bayar untuk rahsia itu."

"Kau tengah ugut aku ke?."

"Aku anggota polis lah. Mustahil aku buat macam itu. Kau boleh anggap itu amaran.". Sejurus sahaja dia habiskan ayat. Dia tergelak. Langsung dia tidak menyangkakan, kini hidupnya dalam bahaya. Kerana maut tidak mengenal jawatan atau kerja, dia akan datang tanpa diundang. Dia baru sahaja mengundang agar ajalnya dipercepatkan.

"Baiklah. Tapi kali ini, aku tak nak bank in. Aku nak bayar secara berdepan."

"Boleh je. Aku tak kesah. Tapi kali ini, aku nak lebih, dalam RM10000."

"Aku tak kesah berapa yang kau nak. Tapi aku nak kau tutup mulut dan kali ini, adalah kali terakhir aku berurusan dengan kau. Aku tak perlukan bangsat berkerja dengan aku."

Makin kuat tawanya. Dalam hatinya berfikir untuk terus memeras ugut orang yang sedang dia hubungi. Bagi dia, income yang dia dapat bekerja dibawah orang tersebut lebih lumayan berbanding berkerja sebagai seorang anggota polis.

"Baiklah. Mana kau nak jumpa?."

" Kampung Mati. Jam 8, malam ini."

"Baik. Aku nak ingatkan, baik kau jangan merancang yang bukan-bukan. Setiap rahsia kau ditangan aku. Lebih-lebih lagi, aku adalah polis."

"Kau fikir aku gila?". Talian terus dimatikan. Senyuman tak lekang dari wajah Inspektor Hariz apabila memikirkan habuan yang dia bakal dapat. Dia sudah berencana untuk berjoli malam ini.

_______________________________________________________

Hari ini aku kena berjumpa dengan Raja Amirudeen bagi membincangkan Projek Pembangunan Langkasuka yang berada dibawah pengawasan aku sepanjang projek tersebut berlangsung. Pagi tadi, Fadzilah ada memaklumkan yang Encik Amir ingin berjumpa ditapak projek kerana dia juga ingin memantau sejauh mana projek itu sudah siap.

Dari kejauhan, aku dapat melihat Encik Amir dan setiausahanya, Dian sedang menunggu. Aku terus berlari-lari anak kearah mereka kerana khuatir mereka sudah lama menunggu. Aku bersalam dengan mereka dan memohon maaf atas kelewatan aku walaupun sejujurnya aku sebenarnya datang tepat pada waktunya. Mereka yang datang awal sangat.

"Jadi macam mana Encik Kamil, semuanya okay?.", tanya Dian.

"Jangan risau cik Dian. Semuanya dalam keadaan okay. Berdasarkan pemantauan saya, tiada masalah untuk projek ini siap dalam masa yang telah ditetapkan.", balasku.

"Projek memang okay, Encik Kamil itu okay ke?", kata Encik Amir dengan mengejut.

"Apa maksud Encik Amir ye?", tanyaku hairan.

"Mata kamu sembab. Nak cakap tak cukup tidur, mustahil. Unless...", katanya lalu mengukir senyuman sinis.

Melihat riak wajahnya begitu, tipulah kalau aku cakap kalau aku tak sakit hati.

"Encik Amir tidak perlu risau. Apapun keadaan saya, saya tidak akan kaitkan dengan kerja-kerja saya. Encik Amir hanya perlu tahu hasilnya sahaja.", jawabku tegas.

"Baguslah kalau Encik Kamil berfikir begitu kerana kita tak boleh predict apa akan terjadi dalam hal hidup ini. Saya takut Encik Kamil tidak dapat hadapinya. Nasihat saya, jangan cepat mengalah.", senyuman itu masih tidak lekang dari wajahnya.

"Saya akan ingat itu Encik Amir.", aku juga mengukir senyuman. Tapi lebih tepat, senyuman yang menjengkelkan. Lama aku merenung kearahnya.

Arghhhhhhhhh.....

Jeritan daripada salah seorang pekerja menghentikan renungan aku kepada Encik Amir. Aku beriringan dengan mereka ke tempat kejadian. Ramai pekerja berkumpul untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku. Riuh rendah kawasan tersebut jadinya. Aku meminta mereka untuk beri laluan kepada aku agar aku dapat meninjau sendiri apa yang sedang terjadi. Alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat satu mayat yang badannya dipenuhi dengan paku yang tertusuk diseluruh badan. Lebih mengejutkan lagi, terdapat beberapa lintah yang sudah kenyang dengan darah disekitar mayat tersebut. Aku tidak dapat mengecam jantina kerana badannya sudah membusuk dan berair. Aku terus membuka blazerku untuk menutupi mayat tersebut. Busuknya mayat tersebut mengakibatkan aku dua tiga kali termuntah.

Aku suruh pekerja-pekerja kembali mengerjakan apa yang diarah dan aku menelefon pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut. Tanpa aku sedari, terdapat senyuman terukir diwajah seseorang. Dia gembira melihat aku dalam keadaaan tersebut. Dia bersembunyi dalam kalangan pekerja tadi, dan tanpa disangka, perbuatannya juga sedang diperhatikan. Mereka berdua saling berpandangan sehingga dia perlahan-lahan pergi dari situ.

Sampai sahaja polis ditempat kejadian, kawasan itu diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada mereka untuk cari bahan bukti. Perkara ini benar-benar membuatkan aku dan pihak syarikat risau. Aku akhirnya diminta berunding dengan pihak polis agar proses itu dipercepatkan kerana terdapat projek yang perlu disiapkan ditempat berkenaan. Hasil perbincangan, mereka juga bersetuju untuk tidak memperbesarkan hal tersebut kerana mayat itu disyaki dibunuh di tempat lain dan dibuang disitu.

Mereka juga akan buat meminta pihak forensik untuk melakukan post mortem kepada mayat tersebut kerana mereka tidak dapat mengesan identity mangsa. Encik Amir yang melihat sendiri kejadian tersebut juga tidak akan memperbesarkan hal tersebut. Tetapi dia tidak mahu benda itu sampai ketelinga orang luar kerana buruk padahnya.

Sampai sahaja dirumah, aku dapati rumah dalam keadaan gelap. Bila sahaja aku menelefon Mia. Dia memaklumkan yang kini dia berada dirumah mummynya. Aku menanyakan, kenapa dia berbuat begitu sedangkan kami sudah berjanji untuk pergi bersama-sama hujung minggu ini. Dia mengatakan dia perlukan masa bersendirian. Aku tahu mungkin salah satunya adalah dia terasa hati dengan aku tentang insiden pagi tadi. Jadi aku memberitahunya, esok aku akan kesana untuk temaninya. Dia tidak berkata apa-apa, setuju pun tidak, tidak setuju pun tidak. Pening kepala aku. Nampaknya, hari ini aku tidur sendirian lagi lah nampaknya. 

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now