Dalam perjalanan pulang, aku sempat ke kedai untuk membeli sejambak bunga ros yang mempunyai 99 kuntum bunga ros hitam yang bercampur beberapa kuntum ros merah untuk diberi kepada Mia. Mia percaya setiap jumlah ros yang diberikan mempunyai maksud-maksud yang tertentu. Contohnya 99 kuntum ros membawa maksud aku akan mencintaimu sepanjang hidupku. Aku tak tahu mengapa Mia suka sangat bunga ros hitam. Aku tengok hodoh dan suram je. Langsung tiada serinya. Dia pernah berkata padaku yang warna hitam mengambarkan permulaan yang baharu. Kalau aku berikan dia semua ros hitam, dah macam hadiahkan bunga untuk si mati pun ada juga. Jadi aku belilah dua tiga kuntum bunga ros merah sebagai penyeri. Sibuk aku melayani perasaan, aku terlihat susuk tubuh yang aku kenali sedang duduk di perhentian bas. Dia kelihatan seperti sedang diganggu oleh sekumpulan lelaki. Dia memeluk erat beg galasnya dan hanya memandang kebawah. Tiada seorang pun penumpang bas selain dia. Aku berbolak balik nak menghulurkan bantuan atau terus pulang ke rumah. Aku ini bukan gemar sangat bantu orang. Tapi dari lirikan matanya, aku dapat rasa dia seolah-olah sedang ketakutan.
'Aduh,ini yang aku kalah ini.' desis hatiku. Lalu aku membuat keputusan untuk membantunya. Aku menyimpangkan keretaku kearah perhentian bas. Aku keluar dari kereta lalu menghampiri mereka.
"As'salamualaikum, sahabat. Boleh aku tahu mengapa sahabat kacau adik aku?" kataku sejurus berdiri dibelakang mereka. Aku berkata dengan nada ceria tetapi sesiapa sahaja yang melihat wajahku ketika itu pasti dapat mengesan ketegangan disebalik suara ceria itu. Mereka agak terkejut apabila disergah seperti itu. Lagi-lagi apabila mereka melihat pemiliknya adalah seorang yang bertubuh sasa. Sedangkan mereka, dah macam ikan sardine aku tengok.
"Adik abang ke?", tanya salah seorang dari mereka.
"Yelah, adik aku. Takkan mak kau orang pula." Nadaku naik satu noktah.
"Wei, Daniel, syeikh, blah blah blah", bisik salah seorang daripada budak-budak itu. Mereka berpandangan sesama sendiri dan terus angkat kaki dari situ. Aku mendekatinya.
"Hurm... awak tak apa-apa ke?" tanyaku prihatin.
"Saya tak apa-apa. Terima kasihlah encik tolong saya tadi. Hari ini saja dah dua kali encik tolong saya. Tak tahu macam mana saya nak balas."
"Hurm...Awak tengah cari apa?" soalku.
"Tiada apa-apa."
"Habis itu, kenapa dari tadi awak asyik pandang bawah?"
Dia tergelak kecil. Aku pula yang musykil.
"Saya dan encik bukan mahram. Encik tahu bila kita berduaan seperti ini, mesti muncul orang ketiga iaitu syaitan. Dia akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam dan Hawa. Tahukah encik, dari mata turun ke hati? Mungkin encik rasa biasa tetapi jika teman encik mempunyai rasa yang tidak sepatutnya terhadap encik. Apa yang akan berlaku? Ini dikenali sebagai zina hati serta zina mata. Maka, berjayalah syaitan menyesatkan cucu cicit Nabi Adam dan Hawa. Dari matalah bermulanya segala maksiat. Jadi lebih baik saya dan encik menjaga pandangan." katanya walaupun masih memandang ke lantai.
Aku hanya mampu tersenyum menutup malu. Rambutku, aku kuak sedikit ke belakang. Tak tahu nak beri respon apa. Memang tak dinafikan, aku jahil bab agama. Iman didalam diri aku ini pun kalau diukur, mungkin senipis kulit bawang.
Setelah lama membisu, suasana kekok mula memunculkan diri.
"Encik terasa ke?" soalnya.
'Gila kau tak tersentap. Macam baru kena tembak dengan bazooka rasanya. Berdasdas. Boleh pulak mak cik ini tanya. Tadi jawab sepatah dua tetapi bila berceramah, kalau diberi masa 2 jam pun, entah cukup entah tidak. Orang warak semuanya sama.' desis hatiku. Setelah lama mendiamkan diri, aku mula membelah kesunyian.
YOU ARE READING
TAKSUB SEBUAH MIMPI
Mystery / ThrillerKamil seringkali bermimpi tentang kelibat seorang wanita. Wanita itu serba sedikit menganggu lenanya mengakibatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Kamil mempunyai seorang isteri. Isterinya boleh digambarkan sebagai seorang yang perf...