Situasi di sebuah kenderaan yang sedang melalui highway.
"Kau siapa?", tanya Dr Hurin.
"Nama I Athirah.", jawab Athirah lembut.
"Siapa yang hantar kau?. Apa yang kau nak dari aku?."
"Aku tidak dihantar oleh siapa-siapa. Aku bekerja sendiri. Aku tak nak apa-apa. Aku cuma mahukan maklumat dari kau. Itu sahaja.", katanya seraya tersenyum.
"Kau nak bawa aku kemana?."
"Kuantan."
"Aku tak nak kesana. Aku tak nak mati. Beritahu aku kau kerja dengan siapa, ha?", tengkingnya. Dia sudah berfikir untuk keluar walaupun kereta itu sedang dipandu laju. Sama sahaja kalau dia mati di Kuantan atau disitu. Dia tetap akan mati.
"Relaks Doktor. Aku bukan nak bunuh kau pun.", dia tergelak. Suka dia melihat orang mengelabah tak tentu pasal ini. Dia tahu yang Doktor Hurin adalah kunci pada segalanya.
"Beritahu aku terus terang. Aku bukan bodoh. Aku tahu kau bekerja dengan seseorang."
"Patutlah kau jadi Doktor. Baiklah, aku akan terus terang. Aku nak bawa kau jumpa Din."
"Siapa Din.", nadanya masih meninggi.
"Din adalah penyiasat persendirian. Dia diupah oleh Kamil. Dia nak jumpa dengan kau kerana kita orang kau tahu, kau telah menukar laporan perubatan Kamil. Kita orang nak tanya kau identity sebenar Kamil.", terang Athirah panjang lebar.
Terus dia terdiam. Lama dia mendiamkan diri sampai Athirah 2 3 kali menjeling kearah dia.
"Dia sakit ke?", tanyanya setelah lama mendiamkan diri.
"Tidaklah. Kenapa kau tanya?"
"Habis itu kenapa aku nak jumpa dia?". Dia membuangkan pandangan keluar tingkap.
"Dia selalu mimpi tentang seorang wanita. Dia nak tahu siapa wanita yang selalu mimpi itu."
"Bawa aku jumpa dia. Aku akan beritahu dia segalanya. Aku pun dah penat bersembunyi.", balasnya tanpa langsung memandang wajah Athirah.
"Okay sebelum itu kau kena pegang kuat-kuat. Kita tak bersendirian.", kata Athirah sambil menjeling kecermin sisi. Dia terlihat terdapat 2 buah kereta yang sedang mengekorinya. Dr Hurin terus memandang kebelakang. Dia kenal muka-muka yang sedang mengekori mereka. Bertahun dia cuba lari dari mereka.
"Kau boleh loloskan diri?", tanyanya dalam keadaan takut.
Athirah terus memandang Dr Hurin dengan senyuman yang tersirat. Dia membuat Dr Hurin terpinga-pinga. Tanpa buang masa, dia terus menekan minyak untuk memecut kenderaan tersebut. Dr Hurin mungkin tidak dapat jangkakan tetapi kereta yang dinaiki sekarang boleh memecut sehingga 300KM/hour. Kereta itu telah dimodify dan dipasang turbo.
____________________________________________________
Setelah sekian lama, akhirnya aku boleh juga menghabiskan masa bersama Mia. Selepas sahaja makan, kami bercadang nak buat movie night bersama. Aku juga telah berjaya menggunakan microwave untuk pertama kalinya selepas kahwin. Aku berfikir nak buat popcorn untuk dikunyah semasa movie night. Tetapi memang kelakar lah sepanjang aku gunakan benda itu, banyak kali aku terloncat sebab terkejut. Aku rasa ini mungkin kali terakhir aku berbuat demikian. Aku sendiri confuse aku tengah buat pop corn atau tengah panaskan mercun naga dalam microwave itu. Banyak kali aku bersembunyi dibelakang Mia. Dia hanya terkekek ketawa melihat gelagat aku.
YOU ARE READING
TAKSUB SEBUAH MIMPI
Mystery / ThrillerKamil seringkali bermimpi tentang kelibat seorang wanita. Wanita itu serba sedikit menganggu lenanya mengakibatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Kamil mempunyai seorang isteri. Isterinya boleh digambarkan sebagai seorang yang perf...