BAB 36

10 2 0
                                    

Imbas kembali...

Hari itu adalah hari terburuk yang pernah aku lalui. Aku tangkap lelaki yang selama ini aku menjalinkan hubungan cinta berlaku curang di belakangku. Lebih teruk lagi, dia sebenarnya berlaku curang dengan kawan baik aku sendiri. Sampai sungguh hatinya berbuat aku begini. Suasana dicafe itu yang ceria langsung tidak menarik minat aku. Aku bangkit dari tempat duduk untuk pergi dari situ. Aku ingin ke pantai untuk menenangkan diri. Disebabkan asyik mengelamun, aku telah terlanggar seseorang menyebabkan air coffee aku tertumpah dibajunya. Apa lagi, terus gabralah aku, aku terus menunduk memohon maaf tetapi tidak direspon oleh si dia. Aku mengangkat wajah untuk melihat dan aku terus terpaku melihat wajahnya. Manakan tidak, orang yang aku langgar ternyata seorang perempuan yang berpakaian lelaki dan terus-terusan menatap wajah aku tanpa mengeluarkan suara. Akhirnya, dia tersenyum. Disebabkan reaksinya begitu, aku akhirnya bersuara untuk menganti rugi baju yang dipakainya. Dia menolak pelawaan aku. Aku yang malas berfikir panjang, mengeluarkan beberapa wang kertas rm20 dan meletakkan ditangannya. Aku terus keluar dari situ. Dia menghantar pemergian aku dengan pandangan seribu makna.

Beberapa hari selepas itu, aku mendapat perkhabaran yang aku telah berjaya dalam sesi temuduga aku di salah satu Syarikat besar. Aku terlonjak-lonjak gembira. Biasalah, aku baru sahaja habis belajar dan terus diterima masuk ke Syarikat besar. Itu adalah impian setiap graduan Universiti. Aku terus mengkhabarkan berita gembira itu kepada mak dan abah. Aku juga call Bob yang kini sedang belajar. Malam itu, kami makan besar. Abah siap belikan baju untuk aku pakai untuk ke pejabat hari pertama. Hari pertama, aku telah ditempatkan di bahagian pengurusan. Posisi aku begitu dekat dengan CEO tempat itu. Ketika aku sedang mempelajari perkara yang perlu aku lakukan sepanjang disitu, aku diminta untuk pergi ke pejabat boss kerana dia ingin berjumpa. Aku yang tidak berfikir apa-apa hanya menurutkan. Masuk sahaja keruangan pejabat itu, aku nampak posisi kerusi tempat duduk bossku membelakangiku. Aku hanya berdiri sahaja dihadapan mejanya. Apabila dia berpaling, betapa terperanjatnya aku apabila mendapati dia adalah wanita yang sama aku langgar tempoh hari.

Aku memperkenalkan diri. Namaku Kamilia. Dia juga memperkenalkan diri. Nama dia adalah Qisya Nur Yui Damia atau dipanggil Mia merangkap CEO syarikat itu. Hubungan kami terjalin dengan baik. Mia seorang yang manis dan baik walaupun pakaiannya sebiji lelaki. Kami selalu pergi makan bersama kerana dia cakap dia kesunyian. Sesekali, dia akan bawa aku berjumpa Mummynya. Aku senang kerana diterima baik oleh keluarga Mia. Manakan tidak, aku berasal dari kampung. Tidak pernah bermimpi untuk bergaul dengan orang korprat.

Pada suatu hari, aku diarahkan untuk outstation bagi menguruskan suatu urusan. Aku terpaksa menemani Mia. Aku menerima tugasan itu dengan senang hati kerana aku mudah berurusan dengan beliau. Sampai sahaja di Hotel, kami dapati hanya terdapat satu bilik sahaja yang masih kosong. Kami mengambil keputusan untuk berkongsi bilik walaupun aku masih pelik, sebab hotel itu macam tidak berpenghuni tetapi tiada bilik. Seems creepy right?. Nasib baik kami sama jantina, jadi tidak lah terlalu kekok. Malam pertama berlalu sekelip mata. Tiada apa yang berlaku. Aku dapat selesaikan urusan yang dipinta.

Esoknya kami akan bilik. Jadi aku sibuk mengemaskan pakaian, tiba-tiba aku dipeluk dari arah belakang. Terloncat aku seketika lalu menjauhinya. Mia berkelakuan pelik. Aku fikirkan dia kena sampuk setan hinggalah dia meluahkan isi hatinya. Dia beritahu yang dia cintakan aku. Aku memandangnya pelik dan dia masih bersungguh-sungguh menyatakan isi hatinya. Melihat kesungguhannya, tanpa disedari, aku mulai menerima dirinya. Mungkin aku merasakan, dia lebih baik dari lelaki diluar sana. Aku lihat banyak sisi positif yang dia pamerkan menyebabkan sedikit sebanyak hati aku tertaut kepadanya. Kami mulai terlanjur semenjak bermula hari itu.

Rahsia mana yang berkekalan lama. Tidak sampai beberapa bulan, percintaan kami mulai jadi buah mulut orang ramai. Aku sentiasa membuat tidak endah akan hal itu kerana aku sangat menyayangi Mia. Tak aku sangka, berita itu sampai pengetahuan keluargaku dikampung. Sebaik sahaja mendengar berita itu, ibu aku mengalami serangan jantung. Dia mati dalam perjalanan ke hospital. Aku diharamkan pulang ke Kampung oleh ayahku. Aku tidak sempat melihat mahupun menyentuh jenazah ibuku. Sedikit sebanyak, kejadian itu seakan-akan tamparan kuat yang aku terima.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now