BAB 29

8 2 0
                                    

Aku sampai ke rumah mak mertua aku kira-kira jam 10.15pm. Aku membuka pintu utama tersebut dengan perlahan kerana aku tidak mahu menganggu penghuni rumah tersebut yang sudah beradu. Tersembul sahaja aku dari belakang pintu, aku dapat lihat dengan jelas mak mertua aku sedang menonton tv.

"Memang rumah ini hotel pun. Suka-suka hati kau boleh keluar masuk.", katanya kasar walaupun matanya masih tertacap dekat kaca tv.

Aku terus menuju ke sofa berdekatannya lalu melabuhkan pungung. Aku hanya menatap tenang wajah mak mertua. Walaupun sudah lanjut usia, dia masih cantik dan kelihatan awet muda. Aku tersenyum. Lama aku berbuat demikian, sehinggakan dia mengalihkan pandangan kearah muka. Matanya tajam menikam melihat wajahku. Aku masih tersenyum.

"Mummy... Mummy tahu, hari ini hari yang sukar buat Kamil. Kamil kehilangan seorang sahabat yang sangat Kamil sayang.", ujarku perlahan.

"Jadi kau nak aku buat apa?, Hidupkan balik orang yang dah mati?", perlinya.

"Bukan itu maksud Kamil. Kamil hanya nak beritahu Mummy.". Aku masih bercakap dengan nada yang lembut.

"Kau nak suruh aku mati ke?. Itu maksud kau?."

"Bukan Mummy. Kamil tak pernah berniat macam itu pun.", aku menghembus nafas perlahan. Hari ini aku ingin meluahkan isi hati aku yang terpendam. Aku mahu cakap dari hati ke hati.

"Mummy, sudah 2 tahun Kamil nikahi Mia. Sekali pun Kamil tak pernah sakiti Mia jauh sekali, mencederakan dia. Mia adalah priority Kamil. Kamil tertanya-tanya kenapa Mummy sangat bencikan Kamil. Dari sebelum kahwin, hingga ke hari ini, mata Mummy yang melihat Kamil tidak pernah berubah."

Dia terdiam.

"Kamil cuba segala benda, untuk membahagiakan Mia. Kamil sentiasa cuba memenuhi segala kemahuan dia. Kamil jaga Mia sebaiknya macam mana Mummy dan arwah Daddy Mia jaga dia. Mummy tak pernah nampak ke usaha Kamil?. Kamil dambakan keluarga yang gembira dan bahagia. Kamil sentiasa cuba menjaga hati Mummy, Kamil cuba... tetapi kenapa Mummy masih menatap Kamil macam itu?. Seperti seorang yang sangat hina dan menjijikkan. Kamil tak pernah mengharapkan apa-apa dari Mummy tetapi Kamil mahu kasih sayang Mummy. Kamil nak Mummy terima Kamil. Kamil nak Mummy sayangi Kamil macam mana Mummy sayangkan Tobek. Susah sangat ke?", kataku lembut. Aku cuba menyorok kesedihan aku.

"Aku pernah sayangkan kau. Tetapi kau tikam aku dari belakang Kamil. Kau terlupa semuanya Kamil tetapi aku ingat. Aku ingat hingga ke hari ini.", matanya berkaca. Matanya masih menatap wajahku tetapi dengan pandangan yang lebih lembut.

"Apa maksud Mummy?. Kamil pernah khianati Mummy?. Mummy terus terang dengan Kamil macam mana Kamil boleh perbaiki semua ini? Apa yang perlu Kamil buat untuk Mummy terima Kamil?.", kataku dengan keadaan terdesak.

"Tinggalkan Mia, Kamil. Dia bukan hak kamu.", pintanya lembut.

"Mummy...", terkedu aku dia berkata begitu. "Apa yang Mummy cakap ini?. Mia isteri saya, Mummy. Tergamak Mummy cakap macam itu."

"Ingat Kamil, siapa diri kamu. Bangun dari dunia yang dicipta ini. Hanya kau sahaja yang dapat rungkai semua ini. Kenali siapa kamu, hentikan semua ini. Hentikan dia.", katanya dengan nada sedih lalu berlalu pergi.

Dia meninggalkan aku termangu-mangu. Aku sangat terkejut mendengar kata-katanya.

'Apa maksud mummy?. Dunia yang dicipta?. Kenapa semua orang cakap macam itu?. Hentikan dia?. Mummy kenal ke siapa yang menganggu hidup aku?. Apa benda ini... Kenapa mereka tidak jelaskan sendiri dekat aku. Kenapa aku kena rungkai sendiri?. Apa je aku mampu buat kalau aku dah rungkai?.', terlampau banyak persoalan yang berada dimindaku.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now