Aku mengambil Tobek untuk dibawa berjumpa Pak cik Yus. Dia sudah bersiap dari awal pagi lagi. Dia punya teruja itu memang tak boleh bawa bincang. Dia masuk je kereta, dia terus menyanyi-nyanyi. Terhibur aku melihat kelakuannya. Bila aku tanya kenapa dia excited, dia cakap dia teruja sebab dia nak jumpa ayah. Aku terdiam mendengar kata-katanya. Dia juga seperti aku, hidup tanya kehadiran ayah. Tetapi dia beruntung, kerana dia ada seorang ibu untuk dia menagih kasih sedangkan aku hanya sebatang kara. Kunjungan kami disambut baik oleh Pakcik Yus dan mak cik Qu Aini. Rupa-rupanya Najieha juga ada berada disitu kerana dia sedang cuti sem.
"Tak sangka Kamil masih sudi datang rumah kami.", kata mak cik Qu Aini.
"Apa cakap macam itu. Saya suka datang rumah mak cik. Tenang. Saya yang risau mak cik tak suka kunjungan kami.", kataku sambil membuat muka sedih. Tergelak mereka.
"Mana ada. Mak cik dengan pak cik ternanti-nanti Kamil datang.", katanya mesra.
"Aba..ng. Nak air. Ha...us.", sampuk Tobek. Aku yang mendengar terus menunangkan air untuknya. Memang Mak cik dah lama hidang tetapi aku yang tidak minum.
"Comel budaknya Kamil.", kata Pak cik Yus. Tersengih-sengih Tobek sampai air liurnya
meleleh tetapi aku lapkan dengan kain tuala yang dibekalkan oleh Buk Ezani. Aku tersenyum. Mudah sahaja dia mendapat kasih sayang orang sekeliling.
"Adik kamu ke?,", sambung Pak cik Yus.
"Eh, takdelah. Saya kan pernah cakap saya anak yatim. Ini anak pembantu rumah mak mertua saya."
"Ops, maaf. Pak cik lupa. Biasalah dah tua."
"Tu...Tua..", Tobek terkekek ketawa. Aku terus melihat air muka Pak cik Yus. Nasib baik dia terlihat kecil hati.
"Maaf, dia tak tahu.",kataku.
"Eh, takpe-takpe. Ahli syurga. Pak cik tak kesah.". Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
"Umi, Walid. Saya ada masakan goreng pisang. Umi dengan walid makan ye. Encik pun jemput makan.", celah Najieha yang baru sahaja keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi makanan.
"Terima kasih. Buat susah sahaja.", kataku kepadanya. Dia masih kelihatan ayu dengan berpurdah. Aku hanya mampu tersenyum melihatnya. Rasanya, sudah lama aku tidak bersua muka dengan dia.
"Takde apa yang susahnya.". Dia mengalihkan pandangan ke mak cik Qu Aini, "Umi, Najieha naik dulu. Nak tunaikan solat zohor.". Maknya hanya mengangguk. Aku hanya menghantarnya melalui pandangan.
"Kamil sekarang macam mana?. Sudah menerima pemergian sahabat Kamil?. Jiwa Kamil sudah tenang?", tanyanya lembut.
"Alhamdulilah Pak cik. Saya dah mula menerima kenyataan yang dia tiada lagi disisi saya. Saya dah redha dengan ketentuan ilahi. Kalau berkenaan dengan ketenangan, saya masih cuba mengecapinya."
"Apa yang Kamil cuba sampaikan?."
"Terlampau banyak perkara yang berlaku Pak cik. Saya terima kenyataan sahabat-sahabat saya mati, tetapi saya tidak dapat memaafkan si pelakunya. Orang itu cuba membuat saya terseksa, dengan membunuh orang disekeliling saya.", jelasku panjang lebar.
"Tapi kenapa?",tanya musykil.
"Abang...abang. Tobek nak kencing.", celah Tobek. Aku terus memandangnya.
"Tobek pergi atas ye nak. Tandas ada dekat sebelah tangga.", ujar Pak cik Yus.
"Ohh. Okay. Terima... kasih Ab..abah.", dia berdiri untuk pergi ke tandas.
"Nak abang teman?", tanyaku.
"Tobek dah besarlah. Tobek boleh pe.. per.. gi sendiri."
Mukanya masam.
"Okay.. okay.. Apa-apa panggil abang tau."
"Okay.", dia terus berlalu pergi dari situ.
"Kamil sambung. Kenapa dia nak seksa kamu?."
"Saya selalu bermimpi Pak cik tentang seorang perempuan. Saya nak tahu siapa perempuan itu. Kalau sekali dua, saya takkan buang tabiat nak cari. Tetapi disebabkan dia berulang-ulang, jadi saya upah penyiasat untuk tahu siapa dia."
"Jadi Kamil rasa, semua kawan Kamil mati kerana khianat?. Begitu?."
Arghhhhhhh
Disusuli bunyi tutupan pintu yang kuat dari atas. Terus terbangun kami lalu bergegas ke atas. Suara itu kepunyaan Najieha kalau tak silap. Sampai sahaja, aku nampak Tobek sedang berdiri dihadapan pintu menangis-nangis. Makcik Qu Aini mengetuk pintu Najieha untuk bertanyakan keadaan beliau. Akhirnya Najieha membuka kunci dan mengarahkan hanya uminya sahaja yang masuk. Aku terus mendapatkan Tobek. Baru sahaja aku mahu mendekatinya. Aku nampak seluarnya perlahan-lahan menjadi basah.
Sambil menangis-nangis, dia berkata , " To..Tobek nak kencing. Salah pintu. Tobek cuma nak kencing.". Dia terus meraung disitu. Aku terus mendakapnya untuk memujuk.
"Takpe. Takpe. Salah abang sebab tak jaga Tobek. Tobek jangan nangis. Tobek kuat kan." Pujukku lembut.
"Se..seluar basah. Nanti ma..ma marah.", makin kuat dia meraung..
"Takpe. Nanti abang belikan baru ea. Tobek janganlah nangis.". Aku terus-terusan memujuknya.
Selepas sahaja insiden itu, aku berkali-kali meminta maaf pada Pak cik Yus. Dia menerima permohonan maaf aku kerana dia juga beranggapan pihaknya juga bersalah kerana tidak menunjukkan sendiri dimana bilik air berada. Najieha memberitahu, yang Tobek membuka pintu ketika dia tidak bertudung. Akibat terkejut, dia menjerit dan cepat-cepat berlari kearah pintu lalu menguncinya. Dia juga tahu yang dia telah memeranjatkan Tobek. Dia juga meminta maaf kerana berkelakukan seperti itu. Pak cik Yus memberikan kembali sepersalinan pakaianku dahulu ketika pertama kali ke rumahnya kepada Tobek. Aku sendiri membersihkan air kencing Tobek kerana aku tidak mahu mereka memandang buruk kepadanya.
Aku meminta Pak cik Yus mengajarkanku membaca al-quran dan diterima baik olehnya. Kami sambung berbual-bual. Tobek pula kembali ceria. Kadang-kadang dia mengacau Pak cik Yus dengan memanggilnya abah. Aku ada juga beberapa kali meninggalkan Tobek dirumah itu kerana pergi kesurau bersama-sama pak cik Yus. Sementara pergi, Tobek aku titipkan kepada mak cik Qu Aini. Kalau mak cik sibuk, Najieha akan datang bermain bersamanya. Kami pulang agak malam hari itu. Tobek sampai nangis-nangis tak mahu pergi. Aku menghantarnya kembali ke rumah mak mertuaku sebelum jam 10. Kasihan dia, penat sebab seharian bermain.
___________________________________________________
Dia berlegar-legar diruang tamu itu. Ketika penghuni Villa Yukimira Natsumi sedang tidur, dia mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan arahan tuannya. Setiap inci tempat diteleknya kerana setiap tempat dirumah itu mempunyai kenangannya sendiri. Baginya, tugas ini sangat sukar kerana dia sangat mengenali mangsanya kali ini. Setelah puas melihat, dia mula mengumpulkan semangat. Kerjanya kali ini juga perlu teliti dan kemas supaya tidak mengakibatkan syak wasangka.
Perlahan-lahan dia mengatur langkah kebilik Puan Sri Amirah. Dia sudah menghafal landskap rumah itu. Jadi, mudah kerjanya. Dia membuka perlahan-lahan pintu Puan Sri menggunakan pin rambut. Dia terus mengorak langkah menghampiri Puan Sri yang kini sedang lena diulit mimpi. Dia mula mengeluarkan sesuatu dari poket dan tanpa melengahkan masa, dia terus menerkup hidung Puan Sri dengan sapu tangan yang telah disalut Kloroform.
Puan Sri yang terjaga tiba-tiba, cuba mengapai-gapai meminta dilepaskan tetapi kesan dari kloroform membuatkannya perlahan-lahan berasa lemas dan dia mula hilang fokus. Akhirnya dia pengsan diatas katil itu. Sebaik sahaja memastikan dia benar-benar pengsan, lelaki itu terus mengalihkan sapu tangan itu. Lama dia menatap wajah wanita dihadapannya. Mengalir air matanya. Dia terus menarik badan yang tidak bermaya itu kedalam pelukannya. Sebegitu dalamnya sayang dia terhadap perempuan itu.
YOU ARE READING
TAKSUB SEBUAH MIMPI
Mystery / ThrillerKamil seringkali bermimpi tentang kelibat seorang wanita. Wanita itu serba sedikit menganggu lenanya mengakibatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Kamil mempunyai seorang isteri. Isterinya boleh digambarkan sebagai seorang yang perf...