BAB 5

18 3 0
                                    

Lagu Anaconda by Nicky Minaj membingitkan telinga aku. Sampai ke detik ini aku masih tak faham satu perkara ini, kenapa kelab malam dikatakan tempat untuk menghilangkan stress sedangkan lagu yang dipasang cukup membingitkan telinga. Ruangan di kelab malam tersebut sentiasa sarat dengan pengunjung. Mereka tidak rasa rimas ke berhimpit-himpit dekat ruang tarian dengan bau perfume dan bau peluh bercampur baur. Kadang-kadang orang mabuk menganggu privasi orang dan gangster-gangster besar bergaduh di tempat ini tetapi tempat ini masih juga menjadi tumpuan utama. Lamunan aku tersentak apabila tanganku dipaut oleh isteriku. Aku terpaksa berjalan berhimpit-himpit untuk sampai ke tempat kawan-kawannya.

'Menyesal pulak datang ke sini.', desis hatiku.

Dari jauh aku dapat mengenal pasti tempat yang di duduki oleh kawan-kawan Mia. Senang sangat untuk mencari mereka. Kalau nampak kelompok manusia yang serba serbi pakaiannya hitam, itulah mereka. It's not that hard to trace them.

"I say man, bff wa sudah mari lo." Dia bercakap dengan geng-geng dia. Dia terus mendapatkan kami lalu berpeluk dengan Mia. Dia pandang kearah aku, aku hanya mengangkat tangan kanan dan tersenyum. Dia mengangguk dan meleraikan pelukan.

"So, mana present wa?" tanya Bat.

"Aku tak tahu lah nak beli apa untuk kau." balas Mia.

"Alah...lu nie, spoil mood wa betul la. Wa baru pikir yang lu akan belikan wa hadiah-hadiah yang grand punya. Boleh wa cakap besar depan member-member gua. Lu ni teruk lah" Nada dia mula naik satu noktah.

"Alolo... aku tak tahu lah nak belikan kau apa. That's why." Mia menyeluk beg tangan jenama GUCCI lalu mengeluarkan sekeping kertas kemudiannya dihulurkan kepada Bat aka Batrisyia. "I give you this." Sambung isteriku lagi.

Bat menyambut pemberian Mia.

"Really? Lu memang terbaiklah geng. Jangan lu kasi wa check kosong pulak. Kena lu nanti."

Dia masih membelek-belek cek tersebut. Tertera jumlah RM150,000 yang ceknya telah ditandatangani oleh Mia.

"Eh, kau nie, macam tak caya pula dekat aku. Kalau tak nak, bak sini balik." Tangannya mula cuba mengapai cek tersebut tetapi cepat-cepat dilarikan oleh Bat.

"Heh... Lu jangan ambik hati. Wa suka sangat pemberian lu ini. Boleh wa guna beli Ducati Panigale yang baru." Dia tersengih. "Dah jomlah. Wa baru buka champagne tahun 70-an. Wa tunggu lu je datang. Dah jom...jom!". Dia berlalu meninggalkan kami sendirian.

"Yang you diri dekat belakang I dari tadi tu dah kenapa? Segan? ke tak suka I kawan dengan gothik?", ada nada perli di disitu.

"I tak cakap apa-apa pun kan. Bat itu kawan you bukan kawan I. So, takde sebab I nak terkinja-kinja berbual mesra macam itu." Balas aku mempertahankan diri.

"Tapi hari ini kan birthday dia. Jagalah perasaan dia. Ini tak, tunjuk depan-depan yang you memang tak suka dia. I tak suka tau." Bentak Mia lalu menjeling kearahku. Kemudian dia berjalan laju meninggalkan aku lalu berjalan beriringan dengan Bat.

'Huh...aku lagi yang kena. Tang mana aku tunjukkan yang aku tak suka Bat. Aku siap angkat tangan tanda sapa. Dia yang tak nampak.' Desis hatiku.

Birthday Bat berlangsung dengan meriah sekali. Pelbagai makanan dihidangkan di atas meja tetapi pada pandanganku itu cumalah hiasan. Balik-balik, air memabukkan itu juga dihadapnya. Rata-rata kawan Bat mula menunjukkan tanda yang mereka sudah hilang siuman termasuklah juga isteri aku. Gembira betul dia menari di lantai tarian bersama budak gothic yang lain. Bukan aku tak marah, tetapi dah memang jadi rutin dia duk terkinja-kinja kalau dia datang kelab malam ini sampaikan aku pun naik tak peduli.

"Gua tengok lu dari tadi asyik duduk and pandang je isteri lu. Lu tak nak join sekaki ke, bro?" Sapa Imran merangkap kekasih Bat.

"Takpelah bro." Balas aku acuh tak acuh. Lagipun, bukan mamat yang sapa aku ni waras sangat pun. Dari tadi aku perhatikan dia. Dialah yang paling banyak teguk air arak itu. Hai maklumlah, duit awek dia. Cakap pun ikut sedap dia je.

"Lu tak nak minum,ke?"

"Its okaylah. Nanti aku nak drive balik. Lagipun aku memang tak minum."

"Lu ini memang rugi lah sial. Lu tahu tak lagi lama champagne itu disimpan, rasa dia lagi wow. Champagne 70-an ni bro. Gua tak mahu cakap apa lah bro tapi lu ini tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugilah."

'Amboi mamat tingtong ini. Cakap dah macam pendakwah.Sukahati akulah nak buat apa. Kau sibuk asal?' desis hatiku. "Takpe, kau jelah minum. Bahaya memandu mabuk-mabuk ni. Tak pasal-pasal langgar pembahagi jalan. Siapa susah? Aku jugak." Aku layankan je percakapan melalut dia. Karang tak layan, tak pasal-pasal lebam sebelah mata aku.

"Okey la bro, gua nak pergi dance dengan awek gua. Dapat gua seluk-seluk sikit. Mantap shiall... ". Dia tergelak berdekah-dekah. "Lu duduk lah sini sorang-sorang. Hidup Lu memang lancau. Cheers.", sambungnya lagi.

Seusai berbicara, dia terus menuju ke lantai tarian dalam keadaan terhuyung-hayang dan terus mendapatkan Bat. Walaupun terselindung dek orang ramai, aku masih dapat menangkap perbuatan tak senonoh Imran terhadap Bat.

Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Apa yang lancau pun aku tak tahu. Mahu sahaja aku cepuk muka dia sekali, biar dia sedar diri. Aku menyeluk saku untuk melihat schedule aku untuk hari esok dalam telefon pintarku. Tiba-tiba tanpa aku sedari aku telah menjatuhkan sekali barang yang aku kutip pada tengahari tadi. Aku terpaksa menunduk untuk mengutipnya. Najieha... terbit senyuman tanpa aku sedari ketika menyeru nama itu. 

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now