Aku memberikan cek tersebut kepada Fauzi di site. Di situ juga dia melakukan sujud syukur. Dia menangis teresak-esak. Puas aku memujuknya agar berhenti. Dia berjanji akan membayar kembali wang tersebut walaupun banyak kali dihalang olehku. Projek Perumahan Abadi sudah siap sepenuhnya tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Aku akan membuat laporan kepada pihak atasan tentang perkara tersebut pada keesokan harinya. Aku bercadang untuk terus pulang ke rumah dari tapak site. Aku juga sudah memaklumkan kepada Fadzilah tentang hal itu. Aku memandu kereta bmw 7seriesku dengan penuh cermat. Perjalanan dari tapak site ke rumahku memakan masa 1 jam. Jam ketika itu menginjak jam 5.00 p.m. Aku akan mengambil Mia di syarikatnya dan bergerak pulang bersama-samanya. Ketika dalam perjalanan pulang, aku ternampak sepasang suami isteri yang sedang dimarahi oleh pemandu bas. Mereka seolah-olah tidak dibenarkan menaiki bas. Aku nampak wajah mereka begitu sedih sekali. Aku yang semakin dekat dengan terminal tersebut jatuh simpati terhadap mereka. Aku mengambil keputusan untuk berhenti berhampiran terminal tersebut untuk memantau keadaan.
"As'salamualaikum bang.",sapaku kepada pemandu bas.Aku bersalaman dengan dia. Aku juga bersalaman kepada sepasang suami isteri tersebut. "Kenapa kecoh-kecoh ini?", tanyaku.
"Bukan apa bang. Ini mak cik ngan pak cik ini, nak naik bas tapi barang mereka bawa itu banyak bang. Tak cukup tempat sebab ramai lagi stesen saya tak pergi lagi. Kalau angkut barang mereka, mahu penuh satu bas bang. Tak adillah kat penumpang yang lain. Dia orang fikir saya nak layan je kerenah dorang yang entah apa-apa ini. Saya banyak lagi kerja lain.", jawab pemandu bas itu agak kasar.Pak cik dan mak cik itu menunduk.
"Bang, nak ye pun abang banyak sangat kerja mengalahkan PM, jaga sikit bahasa itu bang. Kang, tak pasal-pasal penumbuk muka saya melayang dekat muka abang.", balasku agak kasar.Dia terdiam. "Pak cik dengan mak cik ini nak pergi mana?",tanyaku lembut.
"Pak cik nak balik rumah.Tadi pak cik ziarah anak pak cik. Masa perjalanan kesini, duit pak cik tercicir. Pak cik memang asalnya nak balik naik teksi tetapi duit yang ada dalam poket pak cik sekarang ini hanya lima ringgit.", jawabnya sayu.
"Entah ye entah tidak pak cik ini.", sampuk pemandu bas tersebut.
"Hei kau nie karang. Melayang penumbuk aku dekat pipi kau karang. Ada aku tanya kau ke?. Takkan. Baik kau diam.", aku memang cepat panas dengan orang yang biadab dengan orang tua ini. Mungkin sebab aku tidak sempat merasa kasih sayang ibu bapa. "Pak cik duduk mana?".
"Jauh nak. Taman Rembau sana."
"Lah Taman Rembau. Saya pun akan jalan area situ juga. Jadi meh saya hantar pak cik balik. Satu jalan je pun.",pelawaku.
"Takpelah nak. Pak cik naik bas je.", balasnya tidak mahu menyusahkan aku.
"Pak cik, abang biadab ini nak benarkan ke?. Kalau pak cik tak nak ikut saya secara baik. Maka saya akan paksa pak cik ikut saya. Jadi macam mana?. Nak secara baik ke secara kasar?", tanyaku dalam nada gurauan.
"Pak cik...", tak sempat dia kata apa, aku dah start angkut barang dia naik ke kereta. Aku malas nak bermukadimah banyak sangat. Nanti lambat pula nak ambil Mia. Pak cik tersebut yang kelihatan serba salah turut menolongku angkat barang. Aku pandang pemandu bas tersebut lalu berkata, "Abang dengan bas buruk abang ini boleh blah. Banyak lagi stesen abang kena singgah kan?", nganjingku. Dia mendengus geram. Pemandu bas itu memang dah awal-awal tarik muka dengan aku. Mungkin panas hati dengan aku.
Aku mempersilakan pak cik dan mak cik itu masuk ke kereta. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Aku start kereta dan sambung pemanduanku.
"Buat susah anak je.", kata mak cik tersebut yang dari tadi mendiamkan diri sahaja.
"Eh, tak susah pun. Bukan saya hantar mak cik sampai ke mesir pun. Sampai Taman Rembau sahaja. Lagipun kita sehaluan.", jawabku gurau.
YOU ARE READING
TAKSUB SEBUAH MIMPI
Mystery / ThrillerKamil seringkali bermimpi tentang kelibat seorang wanita. Wanita itu serba sedikit menganggu lenanya mengakibatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Kamil mempunyai seorang isteri. Isterinya boleh digambarkan sebagai seorang yang perf...