BAB 35

9 2 0
                                    

Genap 3 hari Mia sudah meninggalkan aku sendiri. Hidupku sunyi. Sunyi yang teramat sangat. Aku meneliti setiap ruangan di rumah aku, aku boleh nampak setiap kenangan aku bersama Mia. Kadang-kadang aku seakan-akan melihat Mia sedang berlegar-legar disana. Hari ini aku akan buat tahlil arwah dan diketuai oleh Pak cik Yus. Aku melihat penampilanku di cermin. Dengan wajah lesu, mata sembab, dan rambut serabai. Aku sendiri tidak mengenali diri aku sendiri. Dunia aku seakan-akan mati setelah Mia sudah tiada. Dia tulang belakang aku selama ini. Aku menyesal kerana tidak buat seperti diarah oleh pembunuh itu. Kalau aku ikuti, benda ini semua tidak akan jadi. Aku sewajarnya lindungi dia, utamakan dia tetapi aku lupa. Aku ikutkan sangat keinginan untuk bongkar misteri itu.

Aku berjalan perlahan-lahan meneruni tangga. Ramai yang sudah tiba di majlis itu. Aku menyambut mereka walaupun langsung tiada senyuman yang aku ukirkan. Susah untuk aku tersenyum ketika itu. Aku harap mereka faham keadaan aku. Aku awal-awal sudah mengarahkan jamuan malam itu supaya guna khidmat cathering. Aku duduk dalam bulatan untuk memulakan tahlil. Sepanjang majlis berlangsung, sesekali air mataku bertakung. Aku menahannya kerana tidak mahu dilihat oleh tetamu lain.

Kelibat Mummy tidak kelihatan padahal aku sudah memaklumkan kepadanya. Sebenci mana dia pada aku pun, takkan masa pengebumian anaknya sendiri, dia tidak hadir. Ketika aku berkunjung kerumahnya, Buk Ezani memaklumkan Mummy tidak mahu berjumpa dengan aku kerana dia berangapan aku adalah pembunuh anaknya. Dia sudah beri amaran tetapi aku tidak turuti. Aku langsung tidak dapat bersemuka dengan Mummy. Hanya Buk Ezani sebagai pengantara.

Masih segar diingatan aku, ketika aku baru terjaga dari pengsan, aku mendapati diriku berada di hospital. Din berada disisiku untuk menemani aku. Aku dipapah oleh Din ke bilik mayat untuk mengesahkan adakah itu isteri aku. Kakiku memang terlalu longlai sehinggakan aku memerlukan pertolongan untuk berdiri. Itu kali kedua aku kena masuk ke ruangan itu dalam masa beberapa hari. Aku tidak berhenti berdoa agar orang yang terbujur kaku itu bukan Mia. Tetapi sudah perancangan Allah, itu cuma sia-sia. Mia dijumpai di tempat letak kereta dengan kesan tikaman bertalu-talu diperut. Lama aku menatap wajahnya yang sejuk, aku tidak boleh meninggalkan dia disitu walaupun banyak kali diarah keluar. Matinya dia, mati juga jiwa aku. Aku ingin mengikutnya kealam sana. Aku tidak mahu lepaskan dia sampaikan beberapa petugas hospital terpaksa menarik aku keluar. Aku mengamuk tetapi usahaku siasia.

"Kamil...",panggil Pak cik Yus lembut. Aku terus memandangnya. Lama aku mengelamun sampaikan aku sendiri tidak sedar majlis sudah berakhir.

"Kamil tak makan?.", tanyanya lagi. Aku tersenyum. Aku tidak berasa lapar.

"Kamil, janganlah begini. Susut badan Kamil pak cik tengok."

"Saya tidak lapar. Pak cik tidak perlulah risau.", kataku dengan suara garau.

"Kamil ini ujian Allah S.W.T. Kamil kena terima dengan hati terbuka. Orang yang pergi, lepaskan dia pergi. Orang yang hidup, kena teruskan hidup."

"Senang cakap daripada buat pak cik. Saya sayang dia sepenuh hati saya. Hilangnya dia, nyawa saya sudah tidak berharga lagi. Tiada siapa yang saya perlu lindungi lagi. Saya sudah tidak berguna.", hiba hati aku setiap kali aku menuturkan ayat itu. Aku mulai menangis.

"Kamil, pak cik tidak suka kamu cakap begitu. Jangan pernah persoalan qada dan qada' Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.". Aku menundukkan pandangan. Aku tiada tenaga untuk mendengar apa-apa ketika ini.

"Kamil, dengar cakap mak cik ini. Allah tidak akan beri ujian kepada hambanya melebihi apa yang mampu ditanggungnya. Kamil terluka ketika ini, mak cik faham. Tetapi Kamil kena bangkit. Jangan pernah mengalah. Allah akan tunjukkan jalan. Percayalah. Jangan mensia-siakan kematian Mia, bangkit, cari siapa penyebabnya. Hentikan semua ini. Jika benar Kamil adalah kunci kepada kemelut ini, Kamil kena rungkai sendiri. Jangan biarkan dia jadi raja dalam hidup Kamil. Tegakkan keadilan kepada sahabat-sahabat Kamil, kepada isteri Kamil, mak cik tahu Kamil boleh.",kata mak cik Qu Aini.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now