BAB 28

8 2 0
                                    

Aku bergerak ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak polis seawal jam 8 pagi tadi. Mereka beritahu yang mereka sudah dapat mengenal pasti mayat yang dijumpai di tapak pembinaan tempoh hari. Sampai sahaja di hospital, aku terus diarahkan untuk pergi ke bilik mayat. Entah mengapa, dengar je perkataan mayat itu menyebabkan bulu roma aku ternaik. Aku masih lagi terkejut dengan kematian mengejut Hariz semalam. Aku mengharapkan tiada lagi insiden itu seperti berlaku. Dari kejauhan, aku nampak sosok tubuh pasangan yang sangat aku kenali. Langkahku terus terhenti. Mengeletar seluruh tubuhku. Aku tidak mampu meneruskan langkahku. Aku tak sanggup.

'Janganlah... janganlah... dia. Bukan dia... Dia orang yang aku sayang." Aku hanya berdiri kaku di situ. Melihat tangisan dipipi kedua-dua insan itu. Seolah-olah ada perkara buruk telah terjadi. Setelah mereka berlalu pergi, baru aku kumpulkan semangat aku kembali untuk melangkah kepada bilik itu. Kedatangan aku disambut oleh petugas di bilik mayat tersebut.

"Saya mendapat panggilan daripada pihak hospital pagi tadi."

Siapa nama Encik ye?"

" Saya Kamil. Tengku Kamil Bin Tengku Zafran."

"Oh.. ada... ada. Encik sila ikut saya."

Dia membuka pintu bilik mayat dan mempersilakan aku masuk. Kedinginan disebalik pintu itu sehingga mencengkam tulang, membuatkan aku takut-takut disitu. Aku takut apa yang aku fikirkan akan jadi kenyataan. Aku juga takut jika terlihat roh-roh orang mati disitu. Banyak yang aku fikirkan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengatur langkah memasuki ruangan itu. Disitu, terdapat banyak katil-katil besi kosong. Aku bernasib baik kerana tiada mayat diatas katil-katil tersebut. Aku diminta berdiri berhampiran himpunan peti besi menyimpan mayat.

Aku boleh katakan seolah-olah rak simpan barang tetapi diperbuat dari besi dan bersekala besar. Ditambah lagi penghawa dingin yang kuat dan bau-bauan yang wangi. Jika tidak difikirkan aku diminta kesitu, dah lama aku meninggalkan tempat tersebut. Petugas itu menarik salah sebuah peti. Dia menyuruh aku untuk melihat. Aku berjalan-jalan dengan penuh berhati-hati. Dia menunjukkan aku mayat yang hari itu dijumpai. Aku hampir je termuntah disitu kerana mayat tersebut berada dalam keadaan yang sangat mengerikan. Peti itu ditolak kembali oleh petugas.

"Encik Kamil cam siapakan gerangan orang tersebut."

Sambil menutup mulut kerana aku cuba tahan muntah. Aku mengeleng-geleng.

"Itu adalah cik Nabilah. Setiausaha Encik di Syarikat Qaish."

Terdengar je kata-kata petugas tersebut, kakiku tiba-tiba menjadi longlai. Aku terus rebah disitu. Aku tak dapat berkata apa-apa. Dunia aku menjadi pinar dan aku tercengang disitu. Aku masih tidak tafsir.

'Nabilah?. Tak mungkin dia. Nabilah setiausaha aku yang comel itu tengah dekat kampung. Aku baru je bercakap dengan dia. Aku tergelak dengan dia, aku sakat dia baru-baru ini. Dia marahkan aku itu. Sebab itu, dia pura-pura mati. Dia marah aku ejek dia gemuk. Tapi aku dah minta maaf. Dia sayangkan aku. Dia memahami aku. Dia takkan tinggalkan aku. Dia dah janji akan sentiasa disisi aku. Ini cuma mimpi. Ini cuma mimpi. Nabilah akan naik kerja minggu depan. Dia ambil cuti selama 2 minggu sebab mak dia sakit. Jangan pergi...jangan pergi... aku sayangkan kau...',rintih aku dalam hati. Air mata yang acapkali memunculkan diri, akhirnya keluar juga. Meraung aku disitu. Aku tidak boleh menerima kenyataan bahawa antara orang-orang kesayangan aku, pergi meninggalkan aku. Aku dipapah keluar oleh petugas hospital dan diarahkan duduk dibangku-bangku yang disediakan.

Lama aku termenung disitu. Aku langsung tidak berganjak dari kerusi tersebut kira-kira 1 jam. Orang yang lalu-lalang disitu tidak sedikit pun mampu menarik perhatian aku.Sehinggalah seorang insan hadir.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now