Dia terus keluar dari sebuah pohon tempat persembunyiannya tadi. Dari tadi dia hanya memerhatikan gelagat pengkid tersebut dengan Kamil. Dia fikir yang Kamil sudah tidak mahu berhubung dengan Din selepas pertemuan pertama. Dia betul-betul tak sangka yang pengkid itu seorang yang licik. Dia mengaburi matanya dengan lakonan yang mantap. Tidak mustahil pada hari Kamil tiba-tiba hilang ada kaitan dengan Din. Dia betul-betul bengang kerana sekali lagi dia telah kehilangan Kamil dan ianya berlaku betul-betul didepan matanya. Dia cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi orang-orang bawahannya. Dia perlu mengarahkan mereka untuk menjejaki Kamil kembali.
"Hello boss", jawab orang dihujung talian.
"Aku nak kau kejar motor yang baru sahaja keluar dari bukit ini. Nombor plat JAB 435. Motor warna merah. Pastikan kau orang tak kehilangan mereka. Kalau tak mati kau orang aku kerjakan."
"Baik boss.",jawab orang suruhannya takut-takut. Mana taknya 4 orang sahabat dia sudah menjadi korban boss mereka. Mengeletar lututnya apabila dengar ayat terakhir bossnya tadi. Tidak mustahil, hari ini merupakan malam terakhir untuk dia juga. Dia terus memecut kenderaan untuk ekori motor merah yang baru sahaja keluar dari bukit tersebut dengan kelajuan tinggi. Dia dapat mengecam penunggang ditempat duduk belakang adalah Kamil daripada segi pemakaiannya. Tetapi dia tidak pasti siapa yang sedang membawa motor tersebut dan mengapa Kamil boleh mengikutintya.
______________________________________________
Setelah agak lama berada di jalan raya, aku nampak Din menyimpang kearah hutan. Dia terus menurukan kelajuan dan berhenti betul-betul di tengah-tengah hutan tersebut.
"Turun sekejap.", arah Din. Aku terus melepaskan rangkulan aku dipinggangnya dan turun dari motor. Setelah aku turun, dia juga turun bergerak kearah salah satu semak berdekatan dengan kami. Dia mengambil suatu beg hitam yang terkandung nombor plat lain. Dia terus menukar nombor plat tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Dia tahu mereka tak boleh disitu lama-lama. Kalau tak, dia akan dalam bahaya. Aku hanya mampu berdiri di tepi kerana aku sendiri tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh Din. Aku hanya mampu jadi pemerhati. Siap sahaja menukar nombor plat. Dia kembali menaiki motor tersebut dan aku macam biasa jadi penumpang. Dia terus press untuk meningkatkan kelajuan motor. Aku yang pada mulanya merasakan Din hiperbola sebab buat kerja acah-acah detektif conan terkejut apabila dari kejauhan aku dapat melihat sebuah kereta sedang menghampiri dengan speed yang laju. Yang peliknya, dia tidak memotong tetapi hanya mengekor dari belakang. Aku dapat syak ada sesuatu yang tidak kena. Din cuba sebaik mungkin meletakkan jurang dan aku semakin lama, semakin kuat memeluk pinggangnya. Bahaya sungguh cara pemanduan Din. Keluar sahaja dari hutan, kami masuk ke highway.
Kereta tersebut masih mengekori kami. Sejujurnya aku agak risau minyak motor habis je selain risaukan siapa yang mengejar kami dari tadi. Ketika aku mencuri-curi pandang kearah kereta tersebut, mataku tertacap kepada 4 motor yang keluar dari arah belakang kereta tersebut. Mereka menunggang dengan sangat laju sehingga memintas kereta tersebut. Nak tahu kenapa aku memandang mereka?. Sebab mereka menggunakan motorsikal merah yang sama denganku dan juga nombor plat yang betul-betul sebiji dengan nombor plat yang baru sahaja kami tukar. Apabila mereka sudah hampir dengan kami, baru aku sedar yang setiap motor mempunyai 2 penunggang dan mengenakan pakaian yang sama dengan aku dan Din. Badan lebih kurang kami.
Firasat aku kuat mengatakan mereka semua sekutu Din. Mereka terus mengacah-acah dengan membelok kira dan kanan. Kadang-kadang kedepan kebelakang lalu bertukar-tukar posisi untuk mengelirukan pemandu yang mengekori kami dari tadi. Aku assume dari jarak aku dengan kereta tersebut, tidak mustahil dia tidak dapat mengenal pasti mana kami yang sebenarnya kerana Din dan rakan-rakannya menukar kedudukan motor dengan sangat cepat seolah-olah sudah dilatih awal-awal. Kami melakukan perkara tersebut sehingga sampai ke suatu simpang dan kami berpecah. Sangkaan aku benar belaka apabila kereta tersebut mengekori motor yang lain dan bukannya motor yang kami gunakan sekarang. Aku dan Din menghelakan nafas lega.
YOU ARE READING
TAKSUB SEBUAH MIMPI
Mystery / ThrillerKamil seringkali bermimpi tentang kelibat seorang wanita. Wanita itu serba sedikit menganggu lenanya mengakibatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita itu. Kamil mempunyai seorang isteri. Isterinya boleh digambarkan sebagai seorang yang perf...