BAB 6

16 3 0
                                    

Uahh...

Untuk ke sekian kalinya, aku menguap. Ini semua gara-gara semalam. Dah lah sampai rumah lambat. Tak cukup dengan itu, Mia muntah-muntah ketika aku sedang mengendongnya. Habis baju aku dengan Mia bau masam dan melekit. Nak tak nak, aku kena mandikan dia dan menyalin pakaiannya supaya dia dapat tidur dengan selesa. Kemudian, turn aku pula membersihkan diri lalu terlentok disisinya. Seingat aku, jam ketika itu menunjukkan pukul 5 pagi. Aku hanya dapat tidur selama 2 jam sahaja kerana aku ada mesyuarat seawal jam 7:30 pagi bagi membincangkan tentang Projek Perumahan Abadi. Pihak client sudah bising kerana masih tiada tanda projek itu akan siap pada masa yang ditetapkan. Dia mendakwa bahawa dia akan menyaman Syarikat ini kalau perjanjian yang telah dimetrai dilanggar. Pihak atasan juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana kesalahan bukan di pihak pekerja bawahan. Maka, bagi membendung masalah ini daripada berterusan, notis tunggakan gaji semua pekerja sebanyak 50 peratus untuk bulan ini akan dikeluarkan untuk menangani masalah ini. Selepas projek ini berjaya disiapkan, tunggakan tersebut akan dibayar beserta bonus dua kali ganda kepada semua pekerja. Semasa menghadiri mesyuarat tersebut, aku rasa dah lebih 5 kali aku menguap sampai ditegur oleh pihak pentadbir kerana tidak memberikan konsentrasi sepenuhnya.

Nada dering 'Akai Ito' by Yui Aragaki memenuhi ruangan pejabatku. Aku tahu siapa gerangan yang menelefonku kerana ringtone itu hanya disetkan untuk dia seorang sahaja. Si benang merah hatiku.

"Hello..." jawabku setelah menekan punat hijau.

"Hello...good morning, dear", dia bersuara dengan nada yang manja.

"Good morning? Apa you dah buta matahari dah mencacak naik dekat luar sana? Dah pukul

12:30 tengahari dah ini." kataku dengan nada yang saja dibuat-buat tegas. Saja nak mengusik sayang aku ini.

"Alah...you ini, janganlah marah. Actually, I call ini sebab nak ucapkan terima kasih."

"For what?" masih mengekalkan nada yang sama.

"Terima kasih kerana bawa I balik. Terima kasih kerana dukung I ke katil. Terima kasih kerana mandikan I and salin pakaian I. Terima kasih untuk segalanya." balasnya dengan nada memujuk.

"Hurmmm...okey." Walaupun responku sebegitu rupa tetapi sejujurnya aku sedikit tersentuh dengan kata-katanya. Seteruk mana pun dia, dia tetap isteriku. Perempuan yang aku angkat sumpah untuk menjaganya sehingga terpisahnya roh dari jasadku. Selagi hayat dikandung badan, aku tidak akan memungkiri sumpahku.

"..."

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya nak tutup telefon ini. Banyak dokumen yang saya kena semak."

"Saya minta maaf." balasnya dengan perlahan sebelum cepat-cepat menutup telefon.

Tut...Tut...Tut...

Aku menatap telefon pintarku sebelum meledak ketawa.

'Malu lettew', desis hatiku.

_____________________________________________

Aku bersandar di kereta bmw 7series putih milikku sambil menunggu si dia datang. Aku sejujurnya tidak beberapa ingat kenanganku ketika menjadi mahasiswa di University of Oxford, Australia dahulu. Yang aku tahu, aku berjaya menghabiskan pengajianku with flying colours dan di situlah aku bertemu dengan Mia.

"Assalamualaikum.", sapa suara lembut dari arah belakang.

"Wa'alaikumsalam. Maaf saya tak sedar awak dah sampai. Lama ke awak berdiri belakang saya?", jawabku ceria.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now