BAB 9

13 3 0
                                    

Aku membuka pakaianku lalu mencampak ke dalam bakal baju kotor. Aku menyeluk sakuku untuk mengeluarkan dompet dan telefon bimbit seperti kebiasaannya. Aku merasakan ada sesuatu yang terselit diantara telefon dan dompetku lalu aku mengeluarkanya. Ianya cuma sekeping kad yang bersimbolkan huruf X dan terlipat dua. Aku mendapati kad itu tidak seperti kad yang kebiasaan dilihat. Mungkin pembuatannya yang teliti dan penggunakan teknologi yang canggih menyebabkan kad ini kelihatan sangat menarik. Tiba-tiba, terlintas difikiranku akan insiden petang tadi, adakah kad ini mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut. Setelah memastikan aku berseorangan, aku membukanya perlahan-lahan

"SILA PERGI KE TANDAS LELAKI DI EAST COAST MALL JAM 3:30 PM DUA

HARI DARI SEKARANG. SATU BEG HITAM AKAN DILETAKKAN DIDALAM TANDAS

NO.3. TUKAR PAKAIAN ANDA DENGAN PAKAIAN YANG BERADA DALAM BEG TERSEBUT

LALU BERGERAK KE BELAKANG ECM. TERDAPAT KERETA KANCIL LAMA WARNA

MERAH YANG BERPLAT PEK 1999. PANDU KENDERAAN TERSEBUT. ARAHAN

SETERUSNYA AKAN DIBERIKAN DALAM KERETA TERSEBUT."

JANGAN PERCAYA SESIAPA!!!!!

P/S : KAD INI AKAN TERBAKAR DENGAN SENDIRINYA SETELAH 60 SAAT

DIBUKA

Aku terpaksa menghafal segala butiran yang tertera dekat kad tersebut jika apa yang tertulis benar-benar berlaku. Setelah 60 saat, kad itu perlahan-lahan terbakar tetapi bukan dengan api tetapi bara tanpa meninggalkan sebarang abu. Aku pula yang takjub melihatnya. Patutlah hatiku ini mengatakan kad ini bukan seperti kad yang biasa. Sedikit demi sedikit, aku mulai yakin dengan kredibiliti yang ada pada Din a.k.a Pengkid. Aku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diriku yang sudah berlengas sejak dari pulang kerja. Walaupun masih tertanya-tanya motif disuruh untuk berjumpa dengan Din dengan gaya James Bond, tetapi semuanya aku tolak ketepi dengan harapan segala persoalan yang aku tertanya-tanya selama ini terjawab. Siapa wanita itu?. Dan apa dia mahukan dariku?.

Seusai mandi, aku terus menuju ke tingkat bawah untuk mengisi perutku yang mengeroncong dari tadi. Mana tak mengeroncong, hari ini aku cuma mengisi perutku dengan secawan white coffee sahaja. Semasa menuruni tangga, semerbak bau masakan ayam masak lemak cili api kegemaranku.

'Ini yang makin sayang ni.',desis hatiku.

Aku melihat bunga ros hitam yang aku hadiahkan kepada Mia sejurus balik tadi tersengam indah didalam pasu bunga diruang tamu.Tetapi faham-faham jela, isteri aku memang kepala batu sikit sebab itu dia hanya letakkan bunga-bunga ros hitam kedalam pasu manakala dua tiga kuntum ros merah sudah selamat dikebumikan kedalam tong sampah. Masih segar diingatanku wajah Mia apabila menerima pemberianku. Seolah-olah kanak-kanak disorong dengan jajan. Tetapi hanya seketika sahaja sebelum bibir platypusnya muncul gara-gara aku selitkan dua tiga kuntum bunga ros merah. Dia terus menariknya keluar lalu membuangnya kedalam tong sampah. Kemudian, dia terus membebel mengatakan aku tidak sayang dia sebab tidak tahu yang dia hanya sukakan warna hitam sahaja. Aku ini masih tak maafkan dialah. Aku nak cari perempuan lainlah yang suka warna merah. Banyak sungguh dia melalut. Tiba-tiba dia menangis teresak-esak. Aku pula yang jadi tak keruan. Aku cakap dengan dia semua itu halusinasi dia je tapi dia masih tak percaya. Akhirnya, aku mendakapnya yang masih menangis sambil memegang bunga ros hitam. Aku terus membisikkan sesuatu kepadanya.

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now