BAB 19

12 2 0
                                    

Aku berhenti seketika di kaki Bukit Pelindung untuk mengambil nafas sebelum menyambung pendakian aku. Memang tidak disangkal, walaupun agak penat dan letih tetapi udaranya yang nyaman dan segar serba sedikit menenangkan aku. Sejak peristiwa semalam, menambahkan lagi tekadku untuk merungkai mimpi tersebut. Aku tidak tahu mengapa, hatiku kuat mengatakan mimpi-mimpi yang selama ini aku alami ada kaitan dengan diriku sendiri. Mungkin ada benda yang disembunyikan dan disimpan kemas selama ini dan aku tidak boleh tahu akan perkara itu.

Apabila benar-benar yakin pernafasan aku kembali normal, aku terus mengorak langkah untuk sampai kemuncak bukit. Sepanjang kepuncak, aku sudah beberapa kali dipintas oleh orang-orang tua yang tinggal disekitar bukit tersebut. Walaupun badan aku sasa, sejujurnya aku ini bukan jenis yang suka bersukan dan membuat aktiviti lasak. Paling-paling aku bersenam di Gim yang terletak tidak beberapa jauh daripada rumah aku untuk mengekalkan bentuk badan. Jadi, aktiviti-aktiviti mendaki ini aku anggap aktiviti yang agak sukar kerana aku sendiri kena guna tulang empat kerat aku. Kalau dibandar, aku hanya menggunakan pacuan empat roda untuk kesana sini. Selain menjimatkan tenaga dan masa. Sampai sahaja aku di puncak bukit, aku melihat Din sedang berpeluk tubuh sambil memandang tepat kearah ku. Bajunya kering seolah-olah dia baru sahaja keluar dari rumah. Aku yang baru sahaja sampai terus terduduk di tempat view tersebut. Dia menghampiriku lalu memberikan aku minuman untuk menghilangkan rasa haus dan terus mengambil tempat di sebelahku.

"Dah lama sampai?", tanyaku sambil membuka penutup botol.

"Takdelah baru je sampai."

Gulp...Gulp..

"Ahhh... lega sikit. Baru je sampai, baju dah kering?", tanyaku. Tanganku ligat menutup botol.

"Aik...wajib ke baju basah?', jawabnya selamba.

'Eh, perempuan ini. Ada pula cakap camtu.', desis hatiku.

"Takdelah, aku sendiri mendaki baju dah lencun. Takkan baju kau kering semacam. Nak cakap panas,dari pagi tadi redup dan mendung semacam.", balasku panjang lebar.

"Aku naik motor lah.".

"Patutlah. Kau dah tahu ke siapa perempuan itu?", tanyaku tak sabar-sabar.

"Tak."

"Dah itu buat apa kau mesej aku kalau takde apa-apa. Siap bagi kod bagai. Buang masa aku je kau ini", kataku agak kasar.

Dia tersenyum.

"Apasal kau senyum-senyum?". Sakit pula hati aku. Aku bermati-matian fikir dia dah tahu siapa perempuan tersebut.

"Nabilah cakap aku selesaikan kes berapa lama?",balasnya tenang.

"Balik-balik benda yang sama kau cakap. Dah memang takde modal lain ea.", dengusku.

"Kamil, bawa bertenang. Masih berbaki lagi 3 minggu. Bagi aku masa. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk tolong kau."

Aku hanya mampu melihatnya sahaja tanpa mengeluarkan sebutir perkataan.

"Cantikkan view dekat sini?", katanya sambil tersenyum.

"Cantik apa bendanya, kabus je aku tengok."

Dia terus tergelak.

"Kau memang tak romantis kan orangnya?", katanya dengan sisa ketawa yang masih tak hilang.

"Takde masa aku nak romantik-romantik dengan kau.". Aku terus membuang pandanganku kearah lain.

"Jadi asal kau nak jumpa aku?."

"Sabar ye bro. Timing tak beberapa sesuai sekarang."

Aku terus menatap wajahnya sejurus sahaja dia habiskan ayatnya.Dia hanya tersenyum.

"Kau dengar sini baik-baik.", bisiknya.

Aku rapatkan badanku untuk mendengar dengan lebih jelas.

"Sebaik sahaja motor yang aku bonceng tadi sampai. Aku nak kau cepat-cepat follow aku. Kita blah dari sini.", bisiknya lagi.

"Ha?.. Asal?", tanyaku dalam nada berbisik.

"Kau ikut je. Tak payah banyak soal." balasnya. Dia kembali menjauhkan badan dari aku. Tiba-tiba dia hulurkan tangan seolah meminta sesuatu daripada aku.

"Kau nak apa?".

"Bak phone kau."

"Kau nak buat apa dengan phone aku?", tapi aku masih turuti permintaanya. Aku menyerahkan phone milikku sekali dengan nokio 3310. Dia mengambilnya tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia berdiri dan menuju ke lereng bukit. Dia depakan tangan seolah-olah filem titanic. Lama dia berbuat begitu dan aku hanya memandang sahaja perlakuannya.

"Kau tahu tak, tempat ini betul-betul istimewa untuk aku.", kata Din.

Aku yang tadinya duduk terus mendapatkan dia. Aku berdiri jarak sikit dengan dia.

"Kenapa?", tanyaku. Kasihan dia tiada siapa yang melayan.

"Sebab dekat sini permulaan hidup aku."

"Kau lahir dekat sini ke?", tanyaku. Aku dah tergelak kecil.

"Gila apa kau ini. Dah takde tempat lain mak aku nak lahirkan aku gamaknya."

"Mana tahu kan."

"Kau tak perlu tahu.", balas Din yang kini telah menurunkan tangannya. Matanya masih terpejam seolah-olah menikmati angin-angin sepoi bahasa menampar lembut wajahnya. Aku sejujurnya mahu juga mengenali Din dengan lebih dalam. Aku mahu tahu mengapa dia boleh memilih kerja tersebut, mengapa dia jadi Pengkid dan lain-lain. Tapi aku tahu, tak semua benda kita boleh kongsi. Kadang-kadang orang lebih gemar memendam perasaan daripada meluahkan apa yang terbuku dihati.

Suasana sunyi tadi dipecahkan dengan bunyi motor yang menghampiri kawasan tersebut. Aku yakin itulah motor yang bakal aku bonceng. Din yang tadinya menutup mata kembali membuka mata dan memandang tepat kearahku. Dia tersenyum senget. Aku memahami isyarat yang diberikan terus mengganguk kepala. Aku menjeling-jeling kebelakang untuk mengetahui posisi motor tersebut diletakkan. Penunggang tersebut memarkir betul-betul sebaris dengan kami. Dia terus berjalan menghampiri kami manakala kami berjalan menuju kearah motor tersebut. Aku nampak Din sedang pass sesuatu kepadanya. Tiba-tiba dia mempercepatkan langkah. Aku mula berlari-lari anak. Sampai sahaja ke motor tersebut. Dia terus mencampakkan aku helmet dan sejurus dia siap memakai helmet tersebut, dia terus membonceng motor tersebut diikuti aku. Kami terus bergerak dari situ. Din terus menaikkan speed motor tersebut seolah-olah ada yang sedang mengejar tetapi aku yakin tiada seorang pun yang ikuti kami pada ketika itu. Aku yang mula-mula memegang besi dekat tempat duduk belakang terus memeluknya. Aku ini nampak katang-katang macam ini tapi ada masanya aku akan jadi penakut. Lagi-lagi benda yang boleh mengancam nyawa seperti sekarang. 

TAKSUB SEBUAH MIMPIWhere stories live. Discover now